William Mawan Ikom

YB Tan Sri William Mawan Ikom merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Dayak dari Sarawak. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Sosial Sarawak di bawah kepimpinan Abdul Taib Mahmud dan Adenan Satem. Beliau juga merupakan penyandang kerusi Pakan sejak tahun 1991.


William Mawan Anak Ikom

PNBS, PGBK, AMN, PBS, PBJ
Penasihat Pejabat Premier Sarawak[1]
(Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah)
Memegang jawatan
2023
Premier SarawakAbang Johari Tun Openg
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk Pakan
Memegang jawatan
1991
Didahului olehJawie Wilson Masing
Menteri Pembangunan Sosial Sarawak
Ketua MenteriAbdul Taib Mahmud (-2014)
Adenan Satem (2014-2016)
Digantikan oleh Fatimah Abdullah
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Saratok
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh Jelaing Mersat
Digantikan oleh Ali Biju
Presiden dan Pengasas Parti Tenaga Rakyat Sarawak
Dalam jawatan
2014–2016
Didahului olehBaru diwujudkan
Digantikan olehParti dibubarkan
Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak
Dalam jawatan
2004–2014
Didahului olehBaru diwujudkan
Digantikan olehTiong King Sing
Butiran peribadi
Lahir1 Disember 1949 (72 tahun)
Crown colony of Sarawak
Parti politik -SNAP (-2004)
(2004-2014)
TERAS (2014-2016)
(2016-2018)
(2018-kini)
Kediamanpetra jaya Kuching
PekerjaanAhli politik

Sejarah sunting

William Mawan Ikom merupakan anggota Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). SNAP merupakan sebuah parti politik yang mementingkan hak rakyat Sarawak khususnya kaum Dayak. SNAP berpecah apabila Leo Moggie menubuhkan Parti Bansa Dayak Sarawak. Pada tahun 2004, Parti Bansa Dayak Sarawak kemudiannya berpecah ke Parti Rakyat Sarawak yang dipimpini oleh James Jemut Masing. Pada tahun 2002, tercetus krisis kepimpinan SNAP apabila pemimpin tertinggi mereka saling bersengketa menyebabkan terdapat dua kumpulan.

William Mawan Ikom seterusnya menubuhkan Parti Demokratik Progresif (PDP) pada tahun 2004 memandangkan parti SNAP telah dibubarkan pada tahun 2003 dan 2004 oleh (RoS). Parti Demokratik Progresif Sarawak bekerjasama dengan parti Barisan Nasional Sarawak yang lain iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak dan Parti Rakyat Sarawak.

Beliau berkhidmat sebagai anggota kabinet negeri Sarawak memegang portfolio Menteri Pembangunan Sosial Sarawak semasa pemerintahan Abdul Taib Mahmud dan Adenan Satem (2014-2016). Beliau walau bagaimanapun tidak tersenarai dalam kabinet baharu Adenan Satem pada tahun 2016 dan seterusnya kabinet Abang Zohari pada tahun 2017 yang menggantikan Adenan Satem setelah beliau meninggal dunia.

Pada tahun 2014, William Mawan Ikom mengambil keputusan drastik sekali lagi apabila beliau telah menarik 10 wakil rakyat untuk menarik diri dari Parti Demokratik Progresif tetapi masih menyokong BN. Beliau seterusnya menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS). Beliau berusaha keras untuk memperluaskan pengaruh parti ini di Sarawak. Namun demikian, menjelang Pilihan raya negeri Sarawak 2016 beliau mengumumkan bahawa beliau sudahpun menjadi ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu. Perkara ini seterusnya menyebabkan Parti TERAS terbubar.

Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing menggantikan beliau sebagai Presiden PDP. Tiong King Sing telahpun menjenamakan semula Parti Demokratik Progresif Sarawak ke Parti Demokratik Progresif di mana parti tersebut telahpun melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia. William Mawan Ikom yang kini merupakan ahli PBB diberikan kepercayaan oleh kepimpinan parti itu untuk bertanding di kerusi Pakan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut yang disandangnya sejak tahun 1991.