William Muir

Orientalis British

Sir William Muir, KCSI (27 April 1819 – 11 Julai 1905) ialah seorang orientalis berbangsa Scot, pengkaji Islam, dan pentadbir kolonial.

Sir William Muir

Karya, sambutan dan warisan sunting

Sir William Muir merupakan seorang Orientalis dengan pengkhususan dalam sejarah zaman Nabi Muhammad SAW dan kekhalifahan awal. Buku-buku utama beliau adalah A Life of Mahomet and History of Islam to the Era of the Hegira ("Kehidupan Muhammad dan Sejarah Islam hingga ke Era Hijrah'); Annals of the Early Caliphate ("Catatan tentang Kekhalifahan Awal"); The Caliphate: Its rise, decline and fall ("Kekhalifahan: kebangkitan, kemerosotan dan kejatuhan"), sebuah peringkasan dan sambungan Annals, yang mencatat kejatuhan kekhalifahan Islam pada zaman kebangkitan Mongol; The Koran: its Composition and Teaching ("al-Quran: Kandungan dan Ajaran"); dan The Mohammedan Controversy ("Kontroversi berkaitan dengan Muhammad"), pencetakan semula lima buah esei yang diterbitkan di antara tahun 1885 dan 1887. Dalam tahun 1888 Muir menyampaikan syarahan Rede tentang "Kekhalifahan Awal dan Kebangkitan Islam" (asal, The Early Caliphate and Rise of Islam) di Cambridge.[1]

Life of Mahomet sunting

Buku awal Muir, Life of Mahomet, dikritik dalam sebuah ulasan semasa dalam akhbar Inggeris, The Times sebagai "penulisan propaganda" yang memuatkan bias Kristian dan "odium theologicum" (kebencian teologi).[2] Ahli sejarah sezaman, E. A. Freeman, memuji buku ini sebagai "karya agung", akan tetapi mempersoalkan kaedah konjektur (tekaan), khususnya "saranan takut-takut" [3] yang dibuat Muir kononnya Nabi Muhammad jatuh kepada pengaruh Syaitan.[4] Tentang dakwaan ini, Clinton Bennett mengulas bahawa Muir "memilih untuk menghidupkan semula sebuah teori lama Kristian" [3], dan memetik cebisan daripada karya Muir tahun 1858, Life, jilid 2:[5]


Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Chisholm 1911
  2. ^ Powell 2010, halaman 256 and 168 both contain these quotes cited from The Times, 15 November 1883, p. 2
  3. ^ a b asal, "half timid suggestion" Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "nota" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Powell 2010, halaman 168 citing EA Freeman, British Quarterly Review, 55 (January 1872), pp. 106–119
  5. ^ Bennett 1998, halaman 113 citing Muir's 1858 Life, vol. 2, p. 90f; Bennett traces the Satanic influence theory

Rujukan sunting

Bibliografi sunting

  • Esposito, John L. (2003). The Oxford dictionary of Islam. Oxford University Press. m/s. 563. ISBN 978-0-19-512558-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kuortti, Joel (1997). Place of the sacred: the rhetoric of the Satanic verses affair. Peter Lang. m/s. 116. ISBN 978-0-8204-3294-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Muir, William (1858). The life of Mahomet and history of Islam, to the era of the Hegira: with introductory chapters on the original sources for the biography of Mahomet, and on the pre-Islamite history of Arabia, Volume 2. Smith, Elder & Co. m/s. 152.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Pipes, Daniel (2003) [first edition: 1990]. The Rushdie affair: the novel, the Ayatollah, and the West (ed. 2). Transaction Publishers. m/s. 115. ISBN 978-0-7658-0996-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Powell, Avril A. (2010). Scottish orientalists and India: the Muir brothers, religion, education and empire. Boydell & Brewer. ISBN 978-1-84383-579-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Bennett, Clinton (1998). In search of Muhammad. Continuum International Publishing Group. ISBN 978-0-304-70401-9.CS1 maint: ref=harv (link)
Atribusi

  Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). "Muir, Sir William". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Unknown parameter |W1EC= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting

 
Wikisource



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.