Wilson Nyabong Ijang

Wilson Nyabong Ijang (lahir 2 Januari 1959) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan N.61 Pelagus di Sarawak yang mewakili Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang ketika itu adalah sebahagian daripada Barisan Nasional dan sekarang Gabungan Parti Sarawak. Berikutan kejatuhan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2018 dan selepas pertemuan antara semua parti gabungan BN yang berpusat di Sarawak termasuk PRS pada 12 Jun 2018, telah memutuskan untuk meninggalkan gabungan tersebut untuk membentuk gabungan baru, GPS yang berpusat di Sarawak.[1] Beliau telah dipilih dalam pilihan raya setelah memperoleh majoriti di DUN Pelagus pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11, 2016.[2] Beliau kini dalam penggal kedua selepas memenangi majoriti dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12, 2021.[3] Beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi PRS.


Wilson Nyabong Ijang

Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak
untuk Pelagus, Sarawak
Memegang jawatan
7 Mei 2016
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak
Dalam jawatan
17 Mac 2010 – 7 Mei 2016
Butiran peribadi
Lahir (1959-01-02) 2 Januari 1959 (umur 65)
Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (kini Sarawak, Malaysia)
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikBarisan Nasional - Parti Rakyat Sarawak (PRS) (2004–2018)
Gabungan Parti Sarawak (GPS) - Parti Rakyat Sarawak (PRS) (2018–kini)
PasanganSeriah Thomas
Anak-anak5 (2 lelaki dan 3 perempuan)
KediamanKuching, Sarawak

Penghormatan sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sharon Ling; Geryl Ogilvy (12 Jun 2018). "Sarawak BN parties pull out of coalition to form independent state-based pact". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Jun 2018.
  2. ^ "30pct of S'wak election candidates lose deposits". Malaysia Kini (dalam bahasa Inggeris). 8 Mei 2016. Dicapai pada 31 Januari 2017.
  3. ^ "Still with GPS: Pelagus Voters give Nyabong 1049 vote". Dayak Daily. 18 December 2021. Dicapai pada 26 July 2022.
  4. ^ a b "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 20 Februari 2019.
  5. ^ "Wilson Baya, Effendi Norwawi made Tan Sri". The Borneo Post. 7 June 2014. Dicapai pada 11 January 2021.
  6. ^ "Full list of award recipients". New Sarawak Tribune. 9 October 2021. Dicapai pada 10 October 2021.
  7. ^ "Taib presents state awards to 111 persons". New Sarawak Tribune. 19 January 2022. Dicapai pada 13 February 2022.

Pautan luar sunting