Wilson Ugak Kumbong

Datuk Wilson Ugak Kumbong merupakan ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Rakyat untuk Hulu Rajang sejak 2013. Beliau juga merupakan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).[1]


Wilson Ugak Kumbong

PJN, KMN
Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri

(Hal Ehwal Sabah, Sarawak
dan Tugas - Tugas Khas)
Memegang jawatan
10 Disember 2022
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriArmizan Mohd Ali
Didahului olehHanifah Hajar Taib
(Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Mastura Mohd Yazid
(Tugas-tugas Khas)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Hulu Rajang, Sarawak
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
24 Jun 2013 – 10 Oktober 2022
Didahului olehBilly Abit Joo
Pengerusi
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan
Dalam jawatan
8 April 2020 – 10 Disember 2022
Didahului olehAlice Lau Kiong Yieng
Butiran peribadi
LahirSarawak, Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikPRS
Sekutu gabungan
politik lain
BN (-2018)
GPS (2018-)
PasanganDatin Leyta Kupa
SaudaraAlexander Nanta Linggi (sepupu)
PekerjaanAhli politik

Beliau pertama kali bertanding untuk Hulu Rajang pada pilihan raya 2013 dan menang kawasan tersebut.[2] Beliau juga dipilih semula pada 2018, mengalahkan Abun Sui Anyit dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).[3]

Pada 2020, beliau dilantik sebagai Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggantikan Alice Lau Kiong Yieng dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).[1][4] Sebagai seorang Iban, beliau juga orang Iban pertama yang memegang jawatan tersebut.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Wilson Ugak is new Niosh chairman". 10 April 2020. Dicapai pada 26 Ogos 2021.
  2. ^ "BN Sarawak Umum Lapan Calon Baru". 16 April 2013. Dicapai pada 26 Ogos 2021.
  3. ^ "Bernama on Twitter". 9 Mei 2018. Dicapai pada 26 Ogos 2021.
  4. ^ a b "Wilson Ugak Kumbong is first Iban appointed as Niosh chairman". 14 April 2020. Dicapai pada 26 Ogos 2021.