Windows XP Embedded

Windows XP Embedded, atau XPe, adalah versi dikecilkan Microsoft Windows XP Professional dan pengganti kepada Windows NT 4.0 Embedded. Ia berasaskan inti yang sama dengan Windows XP Professional tetapi dipasarkan kepada pembangun OEM, ISV dan IHV yang memerlukan fungsi penuh 32 bit Windows tanpa memerlukan perkakasan Windows XP Professional. Ia boleh menjalankan aplikasi Windows serta fail pemacu peranti pada peranti dengan sekurang-kurangnya 32 MB ingatan kilat CompactFlash, 32 MB RAM dan mikropemproses P-200. XPe dilancarkan pada 28 November 2001. Setakat Februari 2007, keluaran terbaru XPe adalah Windows XP Embedded SP2 Feature Pack 2007.

Windows XP Embedded
BT telefon berbayar Internet memulakan Windows XP
PembangunMicrosoft
Keluarga OSWindows NT
KeadaanCurrent
Model sumberSumber tertutup
Keluaran terbaruSP2 Feature Pack 2007 / 30 Oktober 2006
Jenis IntiHybrid kernel
Antaramuka pengguna
terasal
Antara muka pengguna lalai
LesenMicrosoft EULA
Laman rasmiWindows XP Embedded

XPe tiada kaitan dengan Windows CE. Masing-masing mensasarkan peranti yang berbeza dan masing-masing mempunyai kelebihan serta kelemahan tersendiri yang menarik minat pengeluar OEM tertentu bagi peralatan tertentu.

Ciri-ciri sunting

Rencana ini adalah bahagian daripada siri
Windows XP.
Ciri-ciri baru
Edisi
Tablet PC Edition
Media Center Edition
Professional x64 Edition
64-bit Edition
Embedded
Rencana lain
Sejarah pengembangan
Kritikan
Pek servis
  • OS dikomponenkan - XPe dibina berasaskan kod yang sama dengan XP Professional tetapi pengeluar OEM boleh memilih ciri-ciri yang diperlukan sahaja, mengurangkan keberatan sistem pengendalian serta mengurangkan potensi serangan virus komputer.
  • But USB, CD atau rangkaian - XPe boleh dikonfigurasikan supaya boleh dibutkan melalui pemacu USB (seperti kad ingatan dan pemacu kilat USB), CD ataupun rangkaian kawasan setempat, menghapuskan keperluan bagi cakera keras serta memberikan sifat "but segar" (seolah-olah seperti komputer yang baru lepas diformatkan), sekaligus meningkatkan tahap kestabilan dan tahap kebolehpercayaannya.

Peralatan sasaran sunting

Peralatan yang disasarkan bagi penggunaan Windows XP Embedded termasuklah mesin ATM, permainan arked, mesin slot, mesin daftar tunai, robot industri, dll.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting