Winky
Winky dahulunya adalah Pari-pari Rumah milik Keluarga Crouch. Tidak seperti Dobby, Winky tidak inginkan kebebasan. Dia memandang dirinya sebagai Pari-pari Rumah yang patuh dan menjaga banyak rahsia keluarga Crouch. Ketika Barty Crouch Jr. diselamatkan dari Azkaban oleh ayahnya, Barty Crouch Sr., Crouch Jr dikawal dengan Sumpahan Imperius dan terpaksa bersembunyi di bawah Jubah Halimunan sepanjang waktu, dan dirawat hingga sembuh kembali oleh Winky.
Watak Harry Potter | |
---|---|
Winky | |
Jantina | Perempuan |
Spesis | Peri Rumah |
Pemilik | Hogwarts (sebelumnya Keluarga Crouch) |
Berpihak kepada | Bartemius Crouch Sr |
Kerana kasihan, Winky meminta Crouch Sr. untuk membiarkan anaknya itu menonton Piala Dunia Quidditch. Crouch Sr akhirnya bersetuju, tanpa menyedari bahawa Crouch Jr. sudah mula melawan sumpahan ke atasnya itu. Ketika menghadiri Piala Dunia, Crouch Jr. mencuri tongkat sihir Harry Potter dan menggunakannya untuk menjelmakan Tanda Kuasa Jahat. Para pegawai Kementerian Sihir segera tiba dan mengenakan Sihir Pemegun ke arah asal Tanda itu. Winky dan Crouch Jr. (masih tersembunyi di bawah Jubah Halimunan) pengsan terkena sihir itu. Winky ditemui sedang memegang tongkat sihir dan Crouch Sr., dalam kemarahannya, memberikan Winky pakaian dan membebaskannya (alasan sebenarnya adalah Winky dianggap tidak mampu mengawal anaknya itu dan keingkaran Winky menjatuhkan mukanya di hadapan ahli sihir lain). Kejadian ini dianggap menjengkelkan Hermione Granger.
Winky kemudian ditemui Dobby dan memperoleh pekerjaan bersama-sama di Hogwarts. Winky berasa sangat putus asa dengan pembebasannya, yang dianggapnya sebagai kegagalannya melayani keluarga Crouch dan mula mabuk dengan minuman yang agak keras bagi Pari-pari Rumah. Winky terus-menerus menolak untuk menganggap Pengetua Hogwarts sebagai pemiliknya dan masih menganggap Crouch sebagai tuannya. Ketika Crouch terkena ciuman Dementor dan jiwanya disedut, keturunan Crouch telah tamat, dan Winky hidup dengan merana di Hogwarts.