Buka menu utama

Wong Chin Huat merupakan aktivis dan jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

DitahanSunting

Beliau ditahan pada 5 Mei 2009 di Balai Polis Brickfield dan dibebaskan pada hari Jumaat 8 Mei 2009.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Koh Hong Sun mengesahkan Wong disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menulis beberapa artikel berbaur hasutan termasuk kempen "1BlackMalaysia" dalam laman blognya.[1]

Semua ini gara-gara Persidangan DUN Perak Mei 2009 yang diadakan pada 7 Mei 2009. Seramai 117 orang ditahan polis, termasuk terpaksa meringkuk di lokap. ADUN Padungan Dominique Ng dan isterinya ditangkap kerana mengadakan perhimpunan haram di Kuching Waterfront tanpa permit polis. Mereka memakai pakaian serba hitam sebagaimana seruan Wong Chin Huat. Aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Ng Eng Kiat turut ditahan di Georgetown, Pulau Pinang. Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching turut ditahan. Mohamad Sabu ditangkap di Restoran Haslam, Sentul dan terpaksa bermalam di lokap Bukit Aman, dihantar ke Tanjung Malim dan dibebaskan di Mahkamah Tanjung Malim kerana tahanan reman ditolak oleh hakim.[perlu rujukan]

RujukanSunting