Wong Hon Wai

ahli politik Malaysia

YB Tuan Wong Hon Wai (Cina: 黄汉伟) (dilahirkan 1 Mac 1973) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai EXCO Pulau Pinang dan ADUN Paya Terubong.

YB Tuan

Wong Hon Wai

MP
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Memegang jawatan
2023
PortfolioPelancongan dan Ekonomi Kreatif
Ketua MenteriChow Kon Yeow
Kawasan pilihan rayaPaya Terubong
Dalam jawatan
2008–2013
PortfolioPerumahan, Perancangan Bandar dan Desa
Ketua MenteriLim Guan Eng
Kawasan pilihan rayaAir Itam
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Memegang jawatan
2023
Didahului oleh Yeoh Soon Hin
Kawasan pilihan rayaPaya Terubong
Majoriti36,802 (PRU-15)
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului oleh Cheang Chee Gooi
Digantikan oleh Joseph Ng Soon Seong
Kawasan pilihan rayaAir Itam
Majoriti
  • 7,316 (PRU-13)
  • 2,727 (PRU-12)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bukit Bendera
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Zairil Khir Johari
Digantikan oleh Syerleena Abdul Rashid
Majoriti40,731 (PRU-14)
Butiran peribadi
LahirWong Hon Wai
(1973-03-01) 1 Mac 1973 (umur 51)
Air Itam, George Town, Pulau Pinang
Parti politik Parti Tindakan Demokratik
Anak-anak3
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanAhli politik, peguam

Biodata

sunting

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kong Min Pusat, Air Itam dan Sekolah Menengah Chung Ling, Air Itam. Beliau menyambung pengajian dalam bidang sains komputer di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer pada tahun 1997. Beliau kemudiannya memulakan kerjayanya sebagai seorang jurutera teknologi maklumat. Sementara beliau bertugas sebagai jurutera teknologi maklumat, beliau juga melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens dari Universiti Malaya pada tahun 2014. Beliau memperoleh Sijil Amalan Guaman pada tahun 2005. Beliau selanjutnya memperolehi kelayakan sebagai seorang penguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya pada 20-07-2007. Beliau juga memperolehi Master in Economic Management dari Universiti Sains Malaysia pada 2022.

Wong Hon Wai telah menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada tahun 1997. Beliau juga merupakan penasihat undang-undang kepada beberapa badan sosial. Beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Air Itam pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Keluarga

sunting

Wong Hon Wai telah berkeluarga dan dikurniakan 3 orang anak.

Biodata WONG HON WAI

Pendidikan

1. Mendapatkan pendidikan di sekolah dalam kawasan Air Itam: SRJK (C) KONG MIN PUSAT (1980-1985), SMJK CHUNG LING (1986-1992)

2. Sarjana Muda Sains Komputer (UKM-1997)

3. Sarjana Muda Jurisprudens (UM-2004)

4. Sijil Amalan Guaman (2005)

5. Master in Economic Management (USM-2022)

Jawatan Dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang

1. Ahli EXCO Perancang Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian (2008-2013)

2. Pengerusi Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang (2009-2014)

3. Ahli Lembaga George Town World Heritage Incorporated

4. Timbalan Pengerusi Pendidikan Cina Negeri Pulau Pinang

5. Ahli Dewan Undangan Negeri (sejak 2008)

6. Pengerusi Backbenchers Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (Julai 2013-Mac 2014)

7. Pengerusi Public Accounts Comittee, Penang State Legislative Assembly (Julai 2013-Mac 2014)

8. Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang (Mac 2014 hingga Mei 2018)

9. Ahli Parlimen Bukit Bendera (Sejak Mei 2018)

Kerjaya Profesional

1. Jurutera Sistem di kilang-kilang Multinational di Bayan Lepas (1997-2006)

2. Pelatih Peguam (2006-2007)

3. Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya (2007-2008)

4. Sepenuh masa dalam pentadbiran awam dan politik (sejak 2008)

Kerjaya Politik

1. Ahli Dewan Undangan Negeri (2008-2018)

2. Ahli EXCO Perancang Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian (2008-2013)

3. Ahli Parlimen Bukit Bendera (2018-2022)

3. Pengerusi DAP Cawangan Air Itam

4. Bendahari DAP Pulau Pinang

Rujukan

sunting