Wong Sau Ying

pengganas Malaya awal abad ke-20

Wong Sau Ying (juga Wong So-ying, Bahasa Cina: 黃素英pinyin: Huáng Sùyīng,[1] 1901-1925), Wong Sung atau Wong Shang ialah seorang anarkis kelahiran Tanah Melayu.

Beliau menjadi tumpuan kerana keterlibatannya dalam suatu kegiatan pengganasan mengebom Pejabat Pelindung Kaum Cina di Kuala Lumpur pada tahun 1925.[2]

Biografi sunting

Wong ada mengiringi seorang rakan seperjuangannya ke Mak Peng Cho dalam hukuman buang negeri Mak ke tanah China tahun 1923, namun beliau segera kembali ke Tanah Melayu apabila Mak terbunuh dalam suatu serangan pada akhir tahun tersebut.[2]

Pengeboman di Kuala Lumpur sunting

Pada 23 Januari 1925, beliau mengatur suatu rancangan bertujuan membunuh ketua Pelindung Kaum Cina (Chinese Protectorate) iaitu Daniel Richards di pejabatnya di Kuala Lumpur. Beliau menghasilkan sebutir bom buatan sendiri menggunakan bekas oat besi dijanakan bateri yang kemudiannya diletupkan suatu suis dari jauh.[3] Kejadian ini mencederakan diri sendiri, Richards serta seorang kerani Cina.[4][2][3] Beliau berjaya ditangkap tidak lama kemudian, beliau dibicarakan di mahkamah pada 29 Januari masih beranduh di tangannya.[3][5]

Beliau dihukum penjara di Penjara Pudu; namun beliau membunuh diri tidak lama selepas ditahan di sana.[1][6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ou Xi (25 January 1927). "南洋無政府主義運動之概況". Minzhong (dalam bahasa Cina). 2 (1). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2012. Dicapai pada 12 February 2021.
  2. ^ a b c Khoo Kay Kim (1973). "Gerakan Anarkis Di Tanah Melayu: 1919-1925". Jebat. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2: 69–72.
  3. ^ a b c Harper, Tim (2020). Underground Asia: Global Revolutionaries and the Assault on Empire. Penguin Books. m/s. 507–520. ISBN 9780674724617.
  4. ^ Yong, C. F. (1991). "Origins and Development of the Malayan Communist Movement, 1919-1930". Modern Asian Studies. 25 (4): 625–648 – melalui JSTOR.
  5. ^ "Bomb Outrage". The Straits Times. 30 Januari 1925. m/s. 10 – melalui NewspaperSG.
  6. ^ Yong, C.F. (1997). The origins of Malayan Communism. Singapore: Strategic Information and Research Development Centre. m/s. 32. ISBN 9789672165606. OCLC 1112676175.