Worachit Kanitsribampen

(Dilencongkan dari Worachit Kanitsribumphen)

Worachit Kanitsribampen (Bahasa Thai: วรชิต กนิตศรีบำเพ็ญ, lahir 24 Ogos 1997), adalah seorang pemain bola sepak profesional Thai yang bermain sebagai pemain tengah menyerang untuk Kelab Chonburi dalam Liga Perdana Thailand.[1]

Worachit Kanitsribampen
Maklumat peribadi
Nama penuh Worachit Kanitsribampen
Tarikh lahir (1997-08-24) 24 Ogos 1997 (umur 26)
Tempat lahir Chiang Mai, Thailand
Ketinggian 1.69 m (5 ka ​6 12 in)
Posisi permainan Pemain Tengah Menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Port
Nombor 44
Kerjaya remaja
2009–2013 Chonburi
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2021 Chonburi 145 (47)
2013Phan Thong (pinjaman) 10 (2)
2014Sriracha (pinjaman) 16 (8)
2015Phan Thong (pinjaman) 12 (2)
2022–2023 BG Pathum United 28 (4)
2023Port (pinjaman) 14 (5)
2023– Port 15 (1)
Pasukan kebangsaan
2015–2016 Thailand B19 12 (11)
2015–2020 Thailand B23 25 (2)
2021– Thailand 14 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya awal sunting

Pada tahun 2009, Worachit menyertai akademi Chonburi pada usia 11. Pada tahun 2013, Worachit pergi untuk dua minggu percubaan dengan kelab Inggeris milik Thailand Leicester City.[2]

Kerjaya Kelab sunting

Pada tahun 2014, Worachat pada usia 16, memulakan kerjaya untuk pasukan senior Chonburi dalam perlawanan kedua Liga Perdana Thailand 2014 menentang Samut Songkhram F.C.. Pada tahun yang sama Worachit telah dipinjamkan kepada Sriracha Ban Bueng.

Pada tahun 2015, Worachit telah dipinjamkan kepada pengantara kelab Chonburi iatu Phan Thong pada perlawanan pertama musim ini. Walau bagaimanapun, beliau kembali ke Chonburi pada perlawanan kedua. Pada 8 Ogos, Worachit menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana Thailand menentang Rachaburi. Jaringan berikut mengangkat dia menjadi pemain termuda untuk menjaringkan gol dalam Liga Perdana Thailand, pada 18 tahun 340 hari.[3] Worachit telah disenaraikan dalam perlawanan seterusnya menentang BEC Tero. Pada 19 Ogos, Worachit memulakan perlawanan pertamanya dengan Chonburi semasa menentang Buriram United.

Pada 14 Disember 2015, Worachit terbang ke Jepun selama seminggu percubaan dengan kelab Jepun F.C. Tokyo yang selesai tempat ke-4 dalam J1 League 2015. Beliau mengambil bahagian dalam skuad senior dan latihan B18.

Kerjaya Antarabangsa sunting

Pada tahun 2015, Worachit dinamakan sebagai kapten untuk Thailand B19 dalam Kejohanan Remaja B-19 AFF 2015 di Laos. Beliau mengetuai pasukan ke separuh akhir dengan memenangi setiap perlawanan di peringkat kumpulan, dan memungut tiga gol untuk dirinya sendiri. Worachit menjaringkan gol dalam kemenangan 5-0 menentang Malaysia di separuh akhir dan layak ke perlawanan akhir menentang Vietnam B19. Pada 4 September 2015, Worachit menjaringkan dua gol di perlawanan akhir, di mana Thailand menewaskan Vietnam 6-0. Thailand telah dinobatkan sebagai Juara dan Worachit diiktiraf sebagai penjaring terbanyak dengan 6 gol.

Pada usia 18, Worachit kemudiannya dinaikkan pangkat ke pasukan Thailand B23 untuk persediaan Piala Asia B-23 AFC 2016. Beliau menjaringkan gol untuk Thailand B-23 dalam perlawanan sulungnya menentang Suphanburi.

Gol Antarabangsa sunting

Bawah-20 sunting

Gol untuk Thailand B20
# Tarikh Venue Tentangan Jaringan Keputusan Kejohanan
1. 26 Ogos 2015 Vientiane, Laos   Filipina 1–0 4–1 Kejohanan Remaja B-19 AFF 2015
2. 30 Ogos 2015   Kemboja 3–0 6–0
3. 4–0
4. 2 September 2015   Malaysia 2–0 5–0
5. 4 September 2015   Vietnam 1–0 6–0
6. 4–0
7. 4 Oktober 2015 Nonthaburi, Thailand   Singapura 3–0 3–0 Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2016

Kepujian sunting

Antarabangsa sunting

Thailand B-19

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Worachit Kanitsribampen". chonburifootballclub. Chonburi F.C. Dicapai pada 8 August 2015.
  2. ^ "Chonburi teen hunts place at Leicester". nationmultimedia. The Nation (Thailand). Dicapai pada 8 August 2015.
  3. ^ "Worachit becomes the youngest goalscorer for the TPL". Dicapai pada 9 August 2015.

Pautan luar sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.