Wu-Tang Clan ialah sebuah kumpulan hip hop Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan pada tahun 1992 di Staten Island, Bandar Raya New York[4] dianggotai RZA, GZA, Ol' Dirty Bastard, Method Man, Raekwon, Ghostface Killah, Inspectah Deck, U-God dan Masta Killa. Kumpulan ini dianggap antara kumpulan hip-hop dan rap terunggul sepanjang zaman.

Wu-Tang Clan
Wu Tang Clan on Stage.jpg
Ahli kumpulan Wu-Tang Clan membuat persembahan di Baltimore pada tahun 2007.
Latar belakang
Berasal dariBandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat
GenreHardcore hip hop[1][2][3]
Tahun aktif1992–kini[4]
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Wu-Tang Killa Beez
Laman sesawang
wutangclan.com
Ahli
Bekas ahliOl' Dirty Bastard (meninggal dunia)

SejarahSunting

Robert Diggs, Gary Grice dan Russell Jones pada awalnya membentuk suatu grup bertajuk "Force of the Imperial Master" atau "All in Together Now Crew";[5] di mana setiap anggotanya bernama samaran masing-masing sebagai Prince Rakeem, The Genius dan The Specialist. Persembahan mereka sangat mendapat perhatian para penonton rap di New York termasuk orang terkenal seperti Biz Markie.[6] The Genius dan Prince Rakeem kemudiannya ada termasuk dalam label rakaman berasingan namun digugurkan tidak lama selepas itu. Mereka memutuskan memulakan pengenalan baru untuk mencuba nasib - Grice/The Genius menama diri semula sebagai GZA [ji-za] manakala Diggs/Rakeem menama diri semula sebagai RZA [ri-za].[7]

RZA mula berkenalan dan berkolaborasi dengan Dennis "Ghostface Killah" Coles anak jati Staten Island - kedua-dua mereka mula mengembangkan suatu tema untuk persembahan kumpulan mereka yang menerapkan unsur-unsur ketimuran daripada filem-filem kung fu dan buku komik. RZA dan Ol' Dirty Bastard menamakan kumpulan mereka hasil ilham dari filem Shaolin and Wu Tang ditonton mereka;[8] malah, album pertama mereka turut menerapkan perasaingan antara gaya ilham jurusan-jurusan seni lawan Shaolin dan Wu-Tang (Cina tradisional: 武當拳pinyin: Wǔdāng quán) dalam tema dan susunan lagu mereka.[9]

KeanggotaanSunting

  • RZA (nama sebenar: Robert Fitzgerald Diggs, 1969) – ketua de facto kumpulan, turut giat sebagai pelakon serta penggubah muzik dan pengarah filem
  • GZA (nama sebenar: Gary Grice, 1966) – ahli tertua grup, mula bergiat sejak tahun 1976.[10]
  • Ol' Dirty Bastard (nama sebenar: Russell Tyrone Jones, 1968–2004) – ahli paling lantang dan eksentrik serta paling mayhur sehingga pernah bergandingan dengan artis arus utama seperti Mariah Carey. Beliau meninggal akibat dos berlebihan dadah pada tahun 2004.[11]
  • Method Man (nama sebenar: Clifford Smith, 1971) – ahli termuda kumpulan, juga seorang pelakon
  • Raekwon (nama sebenar: Corey Woods, 1970)
  • Ghostface Killah (nama sebenar: Dennis Coles, 1970)
  • Inspectah Deck (nama sebenar: Jason Hunter, 1970) – juga seorang produser rakaman baik dalam kumpulan mahupun artis-artis lain.
  • U-God (nama sebenar: Lamont Jody Hawkins, 1970) – ahli pengasas.
  • Masta Killa (nama sebenar: Elgin Turner, 1969) – ahli dengan pengalaman tinggi dalam bidang rap
  • Cappadonna (nama sebenar: Darryl Hill, 1969)

Wu-Tang Clan affiliatesSunting

DiskografiSunting

Album studioSunting

RujukanSunting

  1. ^ Miszczynski, Milosz; Helbig, Adriana (2017). Hip Hop at Europe's Edge: Music, Agency, and Social Change. Indiana University Press. m/s. 105. ISBN 9780253023216.
  2. ^ Morris, Chris (September 20, 1997). "Hot Rap Act Wu-Tang Clan Runs Into Troubled Waters". Billboard. Nielsen Business Media, Inc. m/s. 1. ISSN 0006-2510.
  3. ^ "Drum: A Magazine of Africa for Africa". African Drum Publications. 1998. m/s. 59. Rap gems for hip hop brigade Hip hop fans should enjoy the soundtrack of the movie Soul In The Hole featuring hardcore rap artists the Wu-Tang Clan, Organized Kon- fusion, Mobb Deep and Xzibit. Petikan magazine memerlukan |magazine= (bantuan)
  4. ^ a b Matt Diehl (8 Disember 1996). "Brash Hip-Hop Entrepreneurs". The New York Times. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  5. ^ Cowie, Del F. "Days of the Wu at Exclaim.ca". Diarkib daripada yang asal pada April 28, 2005. Dicapai pada November 6, 2006.
  6. ^ "RZA Interview at HipHopCore.net". Diarkib daripada yang asal pada May 15, 2006. Dicapai pada December 26, 2006.
  7. ^ Pfeifle, Sam. "Days of the Wu — The RZA looks inside the Clan". The Boston Phoenix. Stephen M. Mindich. Diarkib daripada yang asal pada October 17, 2015. Dicapai pada November 12, 2015.
  8. ^ "The Wu-Tang Clan". Hip Hop Galaxy. 26 Julai 2004. Diarkib daripada yang asal pada 28 November 2006. Dicapai pada 14 Mac 2008.
  9. ^ Leckart, Steven (October 23, 2007). "Wu-Tang Clan's RZA Breaks Down His Kung Fu Samples by Film and Song". Wired. Dicapai pada October 25, 2007.
  10. ^ "Time Travelin' with the Genius – Oh Word". Ohword.com. September 20, 2005. Diarkib daripada yang asal pada Disember 16, 2008. Dicapai pada Januari 6, 2009.
  11. ^ "Ol' Dirty Bastard – Cause Of Death Revealed | News". Nme.Com. December 16, 2004. Dicapai pada March 1, 2010.

Pautan luarSunting