Wul kaca

bahan penebat diperbuat daripada gentian kaca

Wul kaca ialah bahan penebat haba diperbuat daripada gentian kaca yang disusun oleh suatu bahan pengikat menjadi bersifat seakan wul. Kaedah ini memerangkap ruang-ruang udara kecil yang banyak dalam kaca; gas di udara memilik sifat kekonduksian terma yang lemah berbanding cecair dan pepejal,[1][2] maka pemerangkapan dalan ruang kecil ini memberikan sifat penebatan terma yang tinggi[3] pada produk akhir.

Longgokan wul kaca untuk tujuan penebatan

Produk ini dihasilkan dalam gulungan atau kepingan tebal dengan ciri terma dan mekanikal yang berbeza, malah juga dalam bentuk yang boleh disembur atau dilekatkan pada permukaan untuk tujuan penebatan.

Isu kesihatan sunting

Gentian dalam wul kaca boleh menyebabkan kerengsaan pada mata, kulit dan sistem pernafasan jika tidak dikendalikan dengan baik dan berhati-hati. Disapnea atau masalah pernafasan, sakit tekak, kegarauan suara serta batuk turut menjadi gejala yang berpotensi daripada pendedahan cuai ini.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Londerville, Stephen; Jr, Charles E. Baukal (25 Mac 2013). The Coen & Hamworthy Combustion Handbook: Fundamentals for Power, Marine & Industrial Applications (dalam bahasa Inggeris). CRC Press. ISBN 9781439873335.
  2. ^ K, DUTTA, BINAY (1 Januari 2000). HEAT TRANSFER: PRINCIPLES AND APPLICATIONS (dalam bahasa Inggeris). PHI Learning Pvt. Ltd. ISBN 9788120316256.
  3. ^ Gurr, Kevin (2004). Technical Diving: From the Bottom Up (dalam bahasa Inggeris). Periscope Publishing Ltd. ISBN 9781904381204.
  4. ^ Jabatan Buruh Amerika Syarikat (2005), Occupational Safety & Health Administration, "Chemical Sampling Information", CAS Registry Number: 65997-17-3 (Fibrous Glass).