Wynken Delirium merupakan sebuah kumpulan heavy metal yang berasal dari Johor Bharu.

Wynken Delirium
Juga dikenali sebagai
Gobbling
Berasal dariJohor Bharu, Malaysia
GenreSludge metal, Doom metal, Grunge
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif2004-sekarang
Syarikat rakaman
Saron Production/TFHM Records (MYS), Deadsea Records (USA)
Bekas ahliAhTan - Dram (Johor Malaysia): 2015 - 2017

pernah menyertai The Great Southern Gathering yang diadakan pada 26-October-2008 di Rookies, Pasir Gudang.

Sejarah sunting

Wynken Delirium wujud dari perpecahan kumpulan Gobling pada tahun 2004. Pada masa itu, Harris (bes) dan Zaihas (gitar) mencari kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama untuk menyambung perjuangan Gobling, dan mereka menjumpai Ajax (vokal), yang mempunyai rambut yang menawan. Ajax memperkenalkan mereka kepada Fad (dram) dan Shah (gitar) dan bermulalah Wynken Delirium.

“Gig” pertama Wynken Delirium sebenarnya ialah satu audition untuk pertandingan band “Rock Unite” pada tahun 2006 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, disaksikan oleh Ali Bakar dan Joe Wings. Memang malang nasib mereka pada ketika itu. Baru nak bermain sudah kena bermain di depan orang-orang tua yang mahir dalam muzik rock kapak walaupun sebenarnya kami bermain muzik rock mesin basuh. Semestinya kapak dan mesin basuh adalah dua objek yang amat berbeza dan tidak serasi, oleh kerana itu juga mereka gagal melepasi ujian saringan itu.

Tapi pengalaman pertama yang agak kekok itulah yang banyak membentuk masa depan Wynken Delirium. Mereka menjadi semakin serius, terutamanya dalam soal-soal asas muzik seperti bermain dengan “ketat”, intonasi, tuning, dan pitching. Daripada asas-asas tersebut barulah mereka boleh maju ke depan untuk menentukan muzik seperti apa yang mereka ingin mainkan.

Sejak itu, Wynken Delirium telah bermain di banyak gig di dalam dan luar negara. Mereka pernah berkongsi pentas dengan band-band hebat, di antaranya Noxa (Indonesia), Suaka (USA), Invictus (Indonesia), Bloodshed (Malaysia), Burgerkill (Indonesia), Predicate Not Defined (Malaysia), Damokis (Malaysia), Karmapura ( Singapura), Carnivora (Thailand), Abhorrence (Slovakia), Blind Tribe (Malaysia), Sil Khannaz (Malaysia), As Sahar (Singapura), Negation (Malaysia), Dead Mushroom (Malaysia), Stigmata (Sri Lanka), Black Territory (Malaysia) dan Forgiveness Before Death (Indonesia).

Pada tahun 2008, Fad dan Shah menarik diri dari Wynken Delirium untuk berekperimentasi dengan muzik grindcore bersama kumpulan Sickness, dan kami menjumpai para pengganti berkarisma yang terdiri dari Zam (gitar) dan Yan (dram). Semua ahli dan bekas ahli yang disebutkan di atas adalah amat penting dalam membentuk perkembangan Wynken Delirium dari segi bunyi, arah tuju muzik dan penampilan pentas.

Bermula dari tahun 2006 sehingga tahun 2009, Wynken Delirium telah secara berperingkat merakam lagu-lagu yang akhirnya bakal menjadi album sulung mereka, The Alchemy of Worlds di bawah label mereka sendiri Saron Production. Dalam masa tersebut, mereka telah mengedarkan single Eyes of Good dan Jingling Nona secara percuma kepada rakan-rakan, peminat-peminat, ahli keluarga mereka serta keluarga mertua mereka. Album sulung mereka diadunkan oleh Zaihas Amrizad Hasfar dan telah menjalani proses mastering oleh Kattaman "Pom" Chouglin di Amerika Syarikat. Album tersebut telah membantu Wynken Delirium mendapat pendedahan di luar negara, termasuk airplay di stesen-stesen radio di Singapura, Amerika Syarikat, Jerman dan Russia. Wynken Delirium melakukan tour untuk mempromosikan album tersebut di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Pada Jun 2012, Wynken Delirium bekerjasama dengan TUNE Studios, Saron Production, TFHM Records dan Crysella Records (Jerman), Wynken Delirium telah melancarkan album kedua mereka, Opinions. Album tersebut telah diadun di TUNE Studios oleh Hafiz Ahmad and Roslan Aziz, yang diakui sebagai antara jurutera bunyi terbaik Malaysia dan merupakan tenaga genius dan kreatif di belakang kejayaan artis-artis seperti Sheila Majid, Zainal Abidin dan Amir Yusoff. Album tersebut telah menjalani proses mastering oleh Joe Carra di Crystal Mastering, Melbourne, Australia. Wynken Delirium sekarang di dalam proses mengatur jadual promosi untuk album kedua ini.

Ahli-ahli sunting

  • Asri - Vokal (KL , Malaysia): 2012 - present
  • Aki Hakkinen - Vokal (Oulu, Finland): 2013 -present
  • Zaihas - Gitar (Johor , Malaysia): 2004 - present
  • Zam - Gitar (Johor , Malaysia) : 2008 - present
  • Harris - Bass (Johor , Malaysia): 2004 - present
  • Shaun Harun - Dram (Sabah, Malaysia): 2017-

Past Member

  • Yan - Dram (Johor, Malaysia) : 2008 - 2014
  • Alven - Dram (Johor, Malaysia) : 2014

Diskografi sunting

  • The Alchemy of Worlds (2009)
  • Opinions (2012)

Pautan luar sunting