Menerusi program “X-Trem Pesona”yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 23 September 2017 ini, setiap Ahad, pukul 11.30 malam di TV1 menonjolkan sisi berani dan kecekalan wanita melakukan sukan lasak yang dimonopoli kaum lelaki sebelum ini. 13 episod program ini menampilkan hos Ruzana Ibrahim, yang mengetengahkan antaranya penglibatan dalam sukan ‘luncur layar’ atau ‘wind surfing’, ‘paragliding’, ‘free diving’, Mixed Martial Arts (MMA), perlumbaan rally, ‘parkour’, Pelumba Cub Prix, ‘rock climbing’, ‘Crossfit’ (kombinasi jimnastik, angkat berat, berdayung dan gerakan sehari-hari seperti squat, tarikan, larian serta melempar), ‘Paintball’ juga ‘Drift’.