XX Ray (siri filem)

XX Ray ialah siri filem cereka sains Malaysia arahan Aziz M. Osman yang turut berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip, terbitan Nizarman.[1] Ia terdiri daripada 3 filem cereka, bermula dengan tayangan filem pertama bertajuk sama pada 24 Disember 1992, kemudian diikuti dengan filem kedua yang ditayangkan pada 25 November 1995. Filem ketiga dan terakhir dalam francais ini, XX Ray III ditayangkan pada 24 Januari 2019 dan menjadi filem XX Ray pertama dalam tempoh 24 tahun selepas filem kedua.[2] Kejayaan XX Ray turut membawa kepada penerbitan sebuah siri drama televisyen bertajuk Misi XX-Ray.

XX Ray
PengarahAziz M. Osman
PenulisAziz M. Osman
Dihasilkan oleh
  • Ruhani Abd. Rahman (1–2)
  • Lily Lokman (3)
Sinematografi
Disunting oleh
  • Mariam Ibrahim (1)
  • Aziz M. Osman (2–3)
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 1: 24 Disember 1992
  • 2: 25 November 1995
  • 3: 24 Januari 2019
Masa tayangan
330 minit (13)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem cereka sunting

XX Ray (1992) sunting

Dikeluarkan pada 24 Disember 1992, XX Ray berkisarkan tentang Amir, seorang mahasiswa di sebuah universiti, begitu obses dengan angkasa lepas, dan dia kemudiannya mencipta sebuah topi keledar yang menggunakan kuasa tahi bintang. Topi keledar berkenaan membuatkan sesiapa yang memakainya mampu melihat menembusi apa sahaja. Namun, kesan sampingan topi keledar berkenaan membuatkan Amir menjadi halimunan. Filem ini menjadi kejayaan komersial dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.2 juta.[3][4][5][6]

XX Ray II (1995) sunting

Dikeluarkan pada 25 November 1995, XX Ray II berkisarkan tentang Johan dan Tina, saintis kadet di pusat sains. Johan mendakwa bahawa dia mencipta mesin pelupusan laser yang sebenarnya ialah hasil cetusan idea Tina. Filem ini menjadi kejayaan komersial dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.5 juta berbanding filem pertama.[7][8][9]

XX Ray III (2019) sunting

Dikeluarkan pada 24 Januari 2019, XX Ray III berkisarkan tentang 3 pelajar universiti, Rayyan (pelajar fizik), Sam (pelajar kejuruteraan zarah) dan Lana (pekerja rahsia syarikat perindustrian yang berpengkalan di Jordan, sempadan Israel) dalam misi untuk menyelamatkan kerajaan Malaysia daripada disabotaj oleh seorang hartawan muda, Rosman yang mengancam untuk mengulangi insiden kehilangan kuasa tenaga elektrik di seluruh negara yang pernah berlaku pada Ogos 1996. Filem ini menerima pelbagai ulasan negatif dan hanya meraih kutipan terendah berbanding 2 filem terdahulu.[10][11]

Siri televisyen sunting

Misi XX-Ray (2006–2007) sunting

Siri TV susulannya, Misi XX-Ray, telah memulakan tayangan perdana di TV3 bermula 18 April 2006 hingga 5 Mei 2007 sebanyak 2 musim dan 26 episod. Ia dibintangi oleh Syed Aiman, Farah Putri, Qazem Nor dan Raja Farah. Episod pengenalan telah diterbitkan sebagai telefilem telah bersiaran pada 15 April, iaitu 3 hari sebelum tayangan perdana rasmi drama ini.[12]

Tenaga kerja sunting

Filem sunting

Pelakon sunting

Watak Filem
XX Ray
(1992)
XX Ray II
(1995)
XX Ray III
(2019)
Amir Aziz M. Osman
Annuar Faizal Hussein Faizal Hussein
Aishah Nor Aliah Lee
Zulina Sharmaine Farouk
Karim Edika Yusof
Ramlah Bibiyana Loyola
Beragas Ibrahim Pendek
Kublai Ebby Yus
Tok Binjai S.A. Bakar
Ismail Shaharuddin Thamby
Sharul Esma Daniel
Amat Mazlan Kamal
Colan Koo Chee Sing
Aida Syanie
So'ud/Guntur Osman Kering
Profesor Amin Jaafar Onn
Pembeli topi XX Ray Malek Noor
Makhluk UFO Erma Fatima
Shima Lydiawati
Seri Bayu Ida Nerina
Hang Tuah Jalaluddin Hassan
Sultan Mansur Shah Azmil Mustapha
Johan Bonni Sta. Maria
Tina Aleeza Kasim
Hang Jebat Razak Razman
Profesor Yeoh Richard Law
Bendahara Baharuddin Harun
Mak Dayang Aishah Abdullah
Rayyan Izzue Islam
Lana Nonny Nadirah
Sam Adam John
Adel Ardell Aryana
Rosman Dazrin Kamarudin
Badrul Ashraf Muslim
Azli Saiful Apek
Tan Sri Ismail Rahim Razali
Harun Razak Ahmad
Catatan: Sel kelabu terang menunjukkan watak tersebut tidak muncul dalam filem.

Kru sunting

Kru Filem
XX Ray
(1992)
XX Ray II
(1995)
XX Ray III
(2019)
Pengarah Aziz M. Osman
Penerbit Ruhani Abd. Rahman Lily Lokman
Penulis skrip Yusof Haslam
Penyunting Mariam Ibrahim Aziz M. Osman
Sinematografi Badaruddin Azmi Aryo Pingit
Ramli Long
Muzik Azman Abu Hassan M. Nasir Trabye
Syarikat penerbitan Nizarman Ace Motion Pictures
Empire Film Solution
Tarikh keluaran 24 Disember 1992 (1992-12-24) 25 November 1995 (1995-11-25) 24 Januari 2019 (2019-01-24)
Tempoh masa 116 minit 103 minit 109 minit

Siri televisyen sunting

Pelakon sunting

Watak Siri televisyen
Misi XX-Ray
(2006)
Misi XX-Ray II
(2007)
Arill Syed Aiman
Eyza Farah Putri Nisha Dirr
Jali Munir (Phyne Ballerz)
Daniel Qazem Nor
Marini Raja Farah
Mid Kamarool Haji Yusoff
Mud Ramli Harun
Tidak diketahui Awal Ashaari
Yasmin Haron
Linda Hashim

Kru sunting

Kru Siri televisyen
Misi XX-Ray
(2006–2007)
Pengarah Aziz M. Osman
Penerbit Aziz M. Osman
Penulis skrip Aziz M. Osman
Nor Aliah Lee
Syarikat penerbitan Ace Motion Pictures
Jumlah episod 26
Tarikh siaran pertama 18 April 2006 5 Mei 2007

Sambutan sunting

Filem Tarikh tayangan Kutipan Belanjawan Ruj.
XX Ray 24 Disember 1992 RM1.2 juta RM1.5 juta [4]
XX Ray II 25 November 1995 RM1.5 juta RM1.5 juta [13]
XX Ray III 24 Januari 2019 RM1.1 juta RM2.5 juta [14]
Jumlah RM3.8 juta RM5.5 juta

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Nasif Badruddin (25 April 2006). "Aziz, XX-Ray sudah serasi". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  2. ^ Muhammad Fairos Azizan (9 Disember 2018). "XX Ray masih ada peminat". Berita Harian. Dicapai pada 2 September 2019.
  3. ^ "Ada kelainan dalam XX-Ray". Berita Minggu. 29 November 1992. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  4. ^ a b Zubairi Zabidin (5 Januari 1993). "XX Ray cipta sejarah industri filem tanahair". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2019.
  5. ^ Seri Intan Othman (13 Disember 1992). "Filem XX Ray bertaraf antarabangsa". Berita Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  6. ^ Kamil Othman (10 Januari 1993). "XX Ray - A brave new world?" [XX Ray - Sebuah dunia baru yang berani?] (dalam bahasa Inggeris). Sunday Mail. Dicapai pada 18 Januari 2020.
  7. ^ Roslen Fadzil (1 Disember 1995). "Dimensi unik industri filem". Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  8. ^ Kebayan (26 November 1995). "Usaha Aziz ubah sejarah masa depan". Metro Ahad. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  9. ^ Siti Nurbaiyah Nadzmi (25 Oktober 1994). "XX Ray II a potential blockbuster" [XX Ray II bakal menjadi blokbuster] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  10. ^ Shazryn Mohd Faizal (6 Februari 2019). "Maaf Aziz! Sukar untuk 'XX Ray III' menjadi karya yang akan dikenang". mStar Online. Dicapai pada 21 Januari 2020.
  11. ^ Dennis Chua (26 Januari 2019). "#Showbiz: The weird science guy returns" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  12. ^ Khadijah Ibrahim (19 April 2006). "Misi XX-Ray beri peluang kepada pelakon baru". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 24 April 2010.
  13. ^ Zubairi Zabidin (10 Disember 1995). "Aziz belum puas". Metro Ahad. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  14. ^ Phic Arman (5 Januari 2020). "Senarai 10 Filem Melayu Dengan Kutipan Paling Rendah 2019 Dari FINAS". Murai.my. Dicapai pada 21 Januari 2020.