Xantona

(Dilencongkan dari Xanthones)
Xanthone
Nama IUPAC 9H-xanthen-9-one
Nama lain 9-okso-xantena
difenilin keton oksida
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ECHA InfoCard 100.001.816
  • O=C2C3=C(C=CC=C3)
    OC1=CC=CC=C12
Sifat
C13H8O2
Jisim molar 196.19 g/mol
Rupa bentuk pepejal putih sejuk
Takat lebur 174 °C (447 K)
Takat didih 351 °C (624 K)
sedikit larut dalam air panas
Bahaya
Frasa R R36/37/38
Frasa S S26,Templat:S37[1]
Sebatian berkaitan
Kecuali sebaliknya dicatatkan, data diberikan untuk
bahan-bahan dalam keadaan piawai
(pada 25 °C, 100 kPa)

Penafian dan rujukan Infobox

Xantona ialah sejenis sebatian organik dengan formula molekul C13H8O2. Ia boleh disediakan dengan memanaskan fenil salisilat.[2] Pada tahun 1939, xantona telah diperkenalkan sebagai suatu racun serangga dan kini, ia didapati boleh digunakan sebagai racun bagi telur-telur anak rama-rama dan sebagai suatu racun larva.[3] Xantona juga digunakan di dalam penyediaan xanthidrol yang digunakan untuk mengukur jumlah urea di dalam darah.

Xantona merupakan sejenis superantioksida yang mujarab, ia berkesan terhadap pengkulturan tisu barah misalnya: barah buah dada, barah paru-paru, barah perut dan sejenis leukemia.[perlu rujukan] Menurut kajian dari pakar penyelidik J. Frederick Templeman, (M.D), Xanthona mempunyai kesan positif terhadap keseluruhan sistem badan.[perlu rujukan] Kini kajian saintifik telah menemukan bahawa terdapat lebih 200 jenis superantioksida xantona di alam semula jadi.[perlu rujukan]

Rujukan sunting

  1. ^ MSDS dari AlphaAesar
  2. ^ Organic Syntheses, Coll. Vol. 1, p.552 (1941) - preparation of xanthone
  3. ^ Steiner, L. F. and S. A. Summerland. 1943. Xanthone as an ovicide and larvicide for the codling moth. Journal of economic entomology 36, 435-439.