Xi'an

ibu kota wilayah Shaanxi, China

Xi'an (Bahasa Cina: 西安; pinyin: Xī'ān; Wade-Giles: Hsi-An; ejaan peta pos: Sian[3]; nama lamanya adalah Cháng'ān[3]), ialah ibu negeri Provinsi Shaanxi di Republik Rakyat China dan juga sebuah bandar sub-provinsi. Sebagai salah satu kota tertua di China, Xi'an merupakan salah satu Empat Ibu Negara Purba China kerana bandar ini telah menjadi pusat pemerintahan banyak dinasti-dinasti China yang paling berpengaruh,[4] termasuk Dinasti Zhou, Qin, Han, Sui dan Tang.[4] Xi'an adalah titik paling timur dari Jalan Sutera dan dikenal sebagai tapak bersejarah Tentera Terracotta dari masa Dinasti Qin.[3] Bandar Xi'an memiliki sejarah lebih dari 3,100 tahun dan dikenali sebagai Chang'an (Cina Tradisional: 長安, Cina Ringkas: 长安, pinyin: Cháng'ān; harf. "Kedamaian Abadi") sebelum era Dinasti Ming.[3]

Xi'an

西安市
Pemandangan Xi'an
Pemandangan Xi'an
Kedudukan Xi'an di Shaanxi
Kedudukan Xi'an di Shaanxi
Koordinat: 34°15′54″N 108°57′14″E / 34.265°N 108.954°E / 34.265; 108.954Koordinat: 34°15′54″N 108°57′14″E / 34.265°N 108.954°E / 34.265; 108.954
NegaraChina
WilayahShaanxi
Kerajaan
 • Setiausaha PartiWang Hao
Luas
 • Urban1,088 km2 (420 batu persegi)
Populasi
 (2017)[2]
 • Bandar12,000,600
 • Urban
7,135,000
Zon waktuUTC+8
Laman webhttp://www.xa.gov.cn/

Sejak tahun 1990-an, sebagai sebahagian dari tonggak kebangkitan ekonomi pedalaman China terutama untuk wilayah tengah dan barat laut, bandar Xi'an telah maju sebagai sebuah pusat kebudayaan, industri dan pendidikan yang penting, dengan berbagai kemudahan penyelidikan dan pembangunan untuk ilmu pengetahuan, ketenteraan dan program angkasa lepas China.

SejarahSunting

 
Tengkorak yang dijumpai di Banpo, kini disimpan di Muzium Banpo Xi'an.

PrasejarahSunting

Beberapa penemuan artifak prasejarah wujud di Xi'an. Orang Lantian yang dianggarkan berusia 500 ribu tahun dauhlu ditemui pada 1963. Sebuah tinggalan kampung zaman Neolitik, Banpo dijumpai pada 1953 dan dianggarkan berusia kira-kira 6,500 tahun. Kawasan kampung purba itu kini dijadikan sebagai muzium.

Zaman dinastiSunting

Ketika zaman dinasti Zhou Barat, ibu kota dinasti ini, Zhōngzhōu ditubuhkan di kawasan barat daya Xi'an. Pada 770 SM, ibu kota dipindahkan ke Luoyang akibat situasi dinasti yang tidak aman.

Setelah China disatukan dalam dinasti Qin, Xianyang, kini di barat laut Xi'an dijadijan sebagai ibu kota.[5] Qin Shi Huang, maharaja pertama China mengarahkan pembinaan Tentera Terracotta serta makamnya di timur Xi'an sejurus selepas baginda menaiki takhta.[6]

Pada zaman dinasti Han, maharaja pertama dinasti, Liu Bang, menetapkan ibu kota dinasti di Chang'an pada 202 SM. Baginda membina Istana Changle dan dua tahun kemudian, membina Istana Weiyang yang berkeluasan 4.8 kilometer persegi.[7] Tembok bandar Xi'an mula dibina pada 194 SM dan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

 
Peta Chang'an ketika zaman dinasti Tang.

Pada 582 M, dinasti Sui berjaya menyatukan China selepas China mengalami huru-hara selama beberapa abad. Maharaja Sui mengarahkan pembinaan Daxing, ibu kota dinasti di tenggara kawasan ibu kota Han. Daxing terdiri daripada tiga kawasan, bandar imperial, kawasan istana dan kawasan orang awam. Pada masa ini, Daxing ialah bandar terbesar dunia dengan keluasan 84 km2 di dalam tembok bandar. Pada zaman dinasti Tang, bandar ini dinamakan semula sebagai Chang'an.[8]

Peristiwa Pemberontakan An Lushan menyebabkan Chang'an ditawan pada tahun 756, menyebabkan kebanyakan penduduk melarikan diri dari Chang'an dan selepas pemberontakan, sistem birokrasi Chang'an menjadi lemah.[9] Pada akhir dinasti Tang, pihak pemberontak Huang Chao menjatuhkan Chang'an pada tahun 880, menyebabkan kebanyakan kawasan Chang'an musnah. 25 tahun kemudian, serangan oleh pihak Zhu Quanchong menyebabkan ibu kota China dipindahkan ke Luoyang.[10]

Ketika dinasti Ming, sebuah tembok baharu telah dibina pada 1370, dan merupakan tembok yang kekal hingga kini. Selain itu, sebuah parit juga dibina di bahagian luar tembok.

Zaman modenSunting

Semasa Revolusi Xinhai paad Oktober 1911, para pendukung revolusi menyerang kubu Manchu di Xi'an, menyebabkan kira-kira 20,000 orang Manchu terkorban lalu melenyapkan penduduk Manchu di Xi'an.

Pada 1928, pihak Kuomintang menetapkan sempadan Chang'an dan Chengguan dan menubuhkan bandar Xi'an moden. Dua tahun kemudian, nama bandar ini ditukar kepada Xijing. Pada 1936, berlakunya Insiden Xi'an ketika Perang Saudara China yang membawa kepada kerjasama sementara antara Kuomintang dan Parti Komunis China untuk menumpukan perhatian kepada serangan Jepun di China.[11] Pada 20 Mei 1949, pihak Tentera Pembebasan Rakyat menawan Xi'an daripada kuasa Kuomintang.[12] Pada 25 Mei, Kerajaan Rakyat Xi'an ditubuhkan dan Tuofu Jia dilantik sebagai ketua bandar Xi'an pertama.[13]

GeografiSunting

Xi'an berkedudukan di tanah pamah Guanzhong di kawasan selatan wilayah Shaanxi. Tanah pamah ini diterbitkan daripada lapan batang sungai di sekeliling tanah tersebut. Bandar ini berketinggian purata sebanyak 400 meter di atas paras laut dengan taburan hujan purata tahunan sebanyak 553 mm.

Iklim Xi'an adalah bersifat sederhana dan dipengaruhi oleh monsun Asia Timur. Kebanyakan taburan hujan berlaku dari Julai hingga lewat Oktober, dan ribut petir yang kerap dan pendek berlaku ketika musim panas. Salji kadangkala turun ketika musim sejuk tetapi jarang bertahan lama. Ribut debu lazim berlaku pada bulan Mac dan April.

DemografiSunting

PendudukSunting

Populasi Xi'an setakat 2015 ialah kira-kira 8.7 juta orang, dengan 51.66% jumlah penduduk Xi'an adalah lelaki dan selebihnya adalah perempuan.[16] Majoriti penduduk Xi'an ialah adalah berbangsa Han, dan etnik Hui ialah etnik minoriti terbesar di Xi'an.

AgamaSunting

Agama majoriti penduduk Xi'an ialah agama-agama tradisional China dan Taoisme. Bandar ini memiliki banyak tokong utama serta tokong kecil. Tokong Buddha Cina dan Tibet juga banyak dibina di bandar ini.

Xi'an memperoleh pengaruh Islam sejak abad ketujuh apabila Maharaja Gaozong dari Dinasti Tang membenarkan amalan Islam pada 651 M. Bandar ini memiliki kumpulan Muslim yang ketara, kebanyakannya daripada golongan Hui dengan jumlah penduduk sebanyak 50 ribu orang.[17] Beberapa masjid dibina di Xi'an dengan masjid paling utama ialah Masjid Agung Xi'an.

PendidikanSunting

 
Kampus Universiti Xi'an Jiaotong.

Xi'an ialah salah satu daripada bandar-bandar pendidikan tinggi utama China. Xi'an mempunyai 37 buah institut pengajian tinggi (IPT) awam, 36 buah IPT swasta dan lapan buah akademi tentera, yang merangkumi kira-kira 200 ribu orang pelajar di Xi'an.[18] Universiti Xi'an Jiaotong tergolong dalam Liga C9, kumpulan sembilan buah universiti elit China.

PengangkutanSunting

Kereta apiSunting

Xi'an memiliki enam buah stesen kereta api penumpang, dan stesen kereta api Xi'an serta stesen kereta api Xi'an Utara ialah stesen kereta api utama bandar. Stesen kereta api ini ialah salah satu stesen api utama negara, serta hab pengangkutan utama wilayah Shaanxi. Stesen ini berkeluasan 597,000 meter persegi dengan lima buah platform penumpang dan 24 batang landasan. Stesen kereta api Xi'an Utara siap pada 11 Januari 2011 dan terdiri daripada 34 batang landasan, menjadikan stesen ini sebagai stesen kereta api terbesar di kawasan barat laut China.

Selain itu, stesen-stesen yang terdapat di Xi'an ialah:

  • Xi'an Barat
  • Xi'an Timur
  • Xi'an Selatan
  • Sanmincun
  • Fangzhicheng

UdaraSunting

Lapangan Terbang Antarabangsa Xi'an Xianyang terletak berdekatan Xi'an, yakni di daerah Weicheng di Xianyang, kira-kira 41 km barat laut dari pusat bandar Xi'an.[19] Lapangan terbang ini ialah salah satu lapangan terbang utama China, berkeluasan kira-kira lima kilometer persegi, memiliki dua batang landasan dan tiga buah terminal. Lapangan terbang ini ialah hab syarikat-syarikat penerbangan Joy Air and Hainan Airlines.[20]

KebudayaanSunting

 
Semangkuk sup Paomo.

MasakanSunting

Paomo, sejenis sup kambing yang ditambah dengan roti ialah masakan yang lazim di Xi'an. Selain itu, mi Biangbiang yang terkenal dengan aksara Cina yang rumit juga lazim dijumpai di bandar ini.[21]

Hubungan antarabangsaSunting

Bandar kembarSunting

Xi'an menjalin hubungan bandar kembar dengan:


RujukanSunting

  1. ^ Cox, W (2018). Demographia World Urban Areas. 14th Annual Edition (PDF). St. Louis: Demographia. m/s. 22. Diarkib (PDF) daripada yang asal pada 3 Mei 2018. Dicapai pada 16 November 2017.
  2. ^ 西安市2015年国民经济和社会发展统计公报. www.xatj.gov.cn/. Diarkib daripada yang asal pada 4 Jun 2016. Dicapai pada 2016-05-12.
  3. ^ a b c d "Xi'an". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2008-09-03. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam: |publisher= (bantuan)
  4. ^ a b "Xi'an". Encarta. 1993-2008. 2008-09-03. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam: |publisher= (bantuan)
  5. ^ 中国古今地名大词典 (dalam bahasa Cina). Shanghai: 上海辞书出版社. 2005. m/s. 2134.
  6. ^ O. Louis Mazzatenta (2009-10-09). "Emperor Qin's Terracotta Army". National Geographic. Diarkib daripada yang asal pada May 28, 2014. Dicapai pada May 28, 2014.
  7. ^ "Weiyang Palace: the Largest Palace Ever Built on Earth". Diarkib daripada yang asal pada March 3, 2016. Dicapai pada November 4, 2014.
  8. ^ "History of Xi'an" (dalam bahasa Cina). Diarkib daripada yang asal pada 2011-02-11. Dicapai pada 2011-02-22.
  9. ^ DeBlasi, Anthony (2001). "Striving for Completeness: Quan Deyu and the Evolution of the Tang Intellectual Mainstream". Harvard Journal of Asiatic Studies. Harvard-Yenching Institute. 61 (1): 5–36. doi:10.2307/3558586. JSTOR 3558586.
  10. ^ Cartwright, Mark (12 Julai 2017). "Chang'an". Ancient History Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris).
  11. ^ Guo Rugui, 《中国抗日战争正面战场作战记》 ,第二部分:从“九一八”事变到西安事变 绥远抗战的巨大影响和军事上的经验
  12. ^ "Public Government Policy" (dalam bahasa Cina). City of Xi'an. Diarkib daripada yang asal pada 2011-07-07. Dicapai pada 2011-02-22.
  13. ^ "第一任市长贾拓夫(图)". 华商报网络版.
  14. ^ 中国气象局 国家气象信息中心 (dalam bahasa Cina). Pentadbiran Meteorologi China. Jun 2011. Diarkib daripada yang asal pada 2009-07-16. Dicapai pada 2009-03-17.
  15. ^ "Extreme Temperatures Around the World". Diarkib daripada yang asal pada Ogos 4, 2014. Dicapai pada Februari 21, 2013.
  16. ^ 西安人口 [Xi'an population] (dalam bahasa Cina). City of Xi'an. Diarkib daripada yang asal pada 2007-03-22. Dicapai pada 2007-05-16.
  17. ^ Zhang, Zhizhong. 中国七大中心城市人口资源大调查 [Population survey of the seven central cities of China]. National Family Planning Commission. Diarkib daripada yang asal pada September 23, 2015. Dicapai pada August 21, 2013.
  18. ^ 西安文化概要,中国历史文化遗产保护网。
  19. ^ 陕西年鉴1992 [Shaanxi Yearbook 1992] (dalam bahasa Cina). Diarkib daripada yang asal pada 29 May 2014.
  20. ^ Kuan, Albert (20 December 2018). "Hainan Airlines Announces Xi'an Service From Los Angeles - 20 December 2018".
  21. ^ 西安麵館美食地圖,大秦網,騰訊

Pautan luarSunting