Xiamen Air
XiamenAir, sebelumnya dikenal sebagai Xiamen Airlines, ialah syarikat penerbangan penumpang dari China yang berpusat di Xiamen, Wilayah Fujian . [4] Syarikat penerbangan ini mengendalikan penerbangan penumpang berjadual dari Habnya iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Xiamen Gaoqi dan, pada tahap yang lebih rendah, Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing, Lapangan Terbang Antarabangsa Fuzhou Changle dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou Xiaoshan . Syarikat penerbangan ini dimiliki oleh Syarikat Penerbangan China Southern Airlines (55%), Kumpulan Pembinaan dan Pembangunan Xiamen (34%), dan Kumpulan Pelaburan & Pembangunan Fujian (11%). Syarikat Penerbangan Xiamen Airlines memegang sebanyak 99.47% saham di Syarikat Penerbangan Hebei Airlines dan sebanyak 60% saham di Syarikat Penerbangan Jiangxi Airlines .
| |||||||
Ditubuhkan | 25 Julai 1984 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Hab | |||||||
Hab kedua | |||||||
Bandar tumpuan | |||||||
Program kesetiaan | Egret Miles | ||||||
Perikatan | SkyTeam[2] | ||||||
Subsidiari |
| ||||||
Pesawat | 169 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini) | ||||||
Destinasi | 92 (jumlah keseluruhan destinasi) 89 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan) | ||||||
Syarikat induk | China Southern Airlines (55%) | ||||||
Ibu pejabat | ![]() | ||||||
Orang penting | Che Shanglun (Pengarah, Presiden) | ||||||
Laman web | www www |
Nama Mandarin | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Cina Tradisional: | 廈門航空 | ||||||
Cina Ringkas: | 厦门航空 | ||||||
Maksud harfiah: | Syarikat Penerbangan Xiamen Airlines | ||||||
|
Data KodSunting
SejarahSunting
Syarikat penerbangan ini ditubuhkan sebagai syarikat penerbangan domestik pada Tarikh 25 Julai 1984, terutamanya untuk menghubungkan wilayah Fujian ke seluruh China . Ketika sektor penerbangan China berkembang, syarikat penerbangan itu berkembang ke destinasi Asia serantau sementara penghantaran Armada siri Boeing 787 Dreamliners dengan badan besar membolehkan syarikat penerbangan itu menawarkan perkhidmatan jarak jauh. Perluasan antara benua pertama syarikat penerbangan itu ke Eropah yang bermula dengan perkhidmatan Amsterdam dari Tarikh 26 Julai 2015, dan perkhidmatan Paris dari Tarikh 11 Disember 2018. [5] Perkhidmatan ke Sydney diikuti dari Tarikh 30 November 2015, [6] dan Melbourne setahun kemudian. Perkhidmatan Amerika Utara pertama syarikat penerbangan itu, ke Vancouver dilancarkan pada Tarikh 26 Julai 2016. [7] Perkhidmatan pertama ke Amerika Syarikat bagi Syarikat Penerbangan XiamenAir adalah ke Seattle diikuti oleh Los Angeles dan kemudian New York . Menjelang awal Tahun 2020, syarikat penerbangan XiamenAir telah mendirikan pangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Fuzhou Changle, Lapangan Terbang Antarabangsa Nanchang Changbei, Lapangan Terbang Antarabangsa Xiaoshan Hangzhou, Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin Binhai , Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghua, Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing (dipindahkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing pada Tahun 2020), Lapangan Terbang Antarabangsa Quanzhou Jinjiang, Lapangan Terbang Antarabangsa Chongqing Jiangbei dan Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao [8] .
Syarikat Penerbangan XiamenAir diberi penghormatan dengan gelar "Syarikat Penerbangan Terbaik Di Tanah Besar China (Republik Rakyat China)" selama 19 suku berturut-turut dalam "Kajian Perkhidmatan Syarikat Penerbangan" yang dibuat oleh CARNOC.com. Tinjauan terdiri daripada soal selidik yang lengkap yang dijawab oleh penumpang dan dianalisis oleh pakar.
Syarikat Penerbangan Xiamen Airlines mengakhiri Tahun 2019 dengan jumlah penumpang yang diangkut sebanyak 39.87 juta dan keuntungan sebanyak 1089 juta CNY. Ini merupakan tahun ke-33 dengan keuntungan berturut-turut bagi syarikat penerbangan itu. Menjelang awal Tahun 2016, syarikat penerbangan itu mengendalikan sebanyak 230 laluan domestik dan 60 laluan antarabangsa. Syarikat Penerbangan Xiamen Air juga diakui sebagai pengendali laluan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Fuzhou Changle, Australia, Amerika Utara, Eropah, yang bermula ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith (Sydney), Lapangan Terbang Antarabangsa New York-JFK (Bandaraya New York) dan Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris (Paris).
Pautan Profil Syarikat Penerbangan Xiamen Air (MF)Sunting
Budaya Korporat Dan FalsafahSunting
Berjuang untuk berjaya, capai perkhidmatan bertaraf dunia dengan memperoleh prestasi yang sangat baik.
Di bawah bimbingan pemikiran Presiden Xi Jinping tentang sosialisme dengan ciri-ciri China untuk era baharu, dengan memikul misi memperkuat Negara dengan mengembangkan sektor penerbangan sipil, dan dengan menegakkan semangat berjuang untuk berjaya, syarikat akan terus membawa penumpangnya merupakan pengalaman perjalanan dengan ciri khas China yang luar biasa dari jangkaan mereka, untuk membina rangkaian global yang menjangkau setiap pelosok dunia dengan cakerawala antarabangsa, dan berada di kedudukan antara syarikat penerbangan bertaraf dunia dengan prestasi yang unggul.
Misi: Menciptakan Pelanggan yang Setia, Mewujudkan Karyawan yang Setia, Sumbangan kepada Masyarakat.
Mewujudkan Pelanggan yang Setia
Kami menyediakan perkhidmatan udara yang selamat, tepat waktu dan selesa, dan kami sangat memperhatikan perincian perkhidmatan. Pelanggan yang bepergian dengan kami akan merasa hangat dan selesa dalam semua aspek pengalaman penerbangan mereka.
Mewujudkan Pekerja yang Setia
Kami komited untuk memberi inspirasi kepada pekerja kami oleh pasukan pengurusan profesional dan inovatif kami. Kesejahteraan pekerja dijaga dengan murah hati menurut polisi dan faedah yang sangat baik yang diberikan oleh syarikat. Generasi muda pekerja yang berbakat dan bertenaga telah tertarik untuk bergabung dengan tenaga kerja kami setiap tahun, memasukkan Syarikat Penerbangan Xiamen Airlines dengan idea baharu dan kemahiran terkini, untuk memenuhi tujuan kerjaya mereka.
Misi: Menciptakan Pelanggan yang Setia, Mewujudkan Karyawan yang Setia, Sumbangan kepada Masyarakat.
Kesepaduan
Integriti adalah asas syarikat kami. Kita harus dipercayai dalam berurusan dengan pelanggan, pekerja, pemegang saham dan masyarakat kita. Kepercayaan setia pekerja kami adalah hasil langsung dari integriti kami.
Ketabahan
Ketekunan ialah kunci untuk membina syarikat yang kuat. Kami selalu fokus pada tujuan kami, dan tidak pernah gagal. Untuk mengatasi kesukaran, kita akan memiliki kemahuan, tekad, dedikasi terhadap tujuan, dan keberanian, untuk memenuhi misi syarikat sambil merealisasikan visi korporat utama kita.
Keharmonian
Keharmonian penting untuk kestabilan syarikat. Kita akan mempunyai kemampuan untuk melihat gambaran besar di sekitar kita dan mempunyai sikap yang betul untuk membina semangat kerjasama. Mematuhi prinsipal dan tujuan memastikan keuntungan korporat dan pengembangan perniagaan jangka panjang, kita harus memenuhi tanggungjawab kita dengan berani. Dengan menolong antara satu sama lain kita dapat bergerak maju dengan harmoni.
Kemajuan
Kemajuan yang berterusan adalah (kuasa) kekuatan yang mendorong syarikat maju. Kami akan menunjukkan semangat perusahaan dan gaya kerja yang praktikal dan berorientasikan kebenaran, berusaha untuk meningkatkan kemahiran pengurusan kami dan mengejar inovasi berterusan.
[9]
DestinasiSunting
PerikatanSunting
Pada Tarikh 17 November 2011, Syarikat Penerbangan XiamenAir menandatangani Memorandum Persefahaman dengan syarikat penerbangan di Pakatan SkyTeam. Pada Tarikh 21 November 2012, syarikat penerbangan XiamenAir secara rasmi disambut sebagai ahli SkyTeam yang ke-19. [10]
Perjanjian Perkongsian KodSunting
Syarikat Penerbangan XiamenAir mempunyai perjanjian perkongsian kod dengan syarikat penerbangan berikut: [11]
Perjanjian UsahasamaSunting
Syarikat Penerbangan XiamenAir mempunyai perjanjian usaha sama dengan syarikat penerbangan berikut
Galeri Armada Syarikat Penerbangan XiamenAir (MF)Sunting
Boeing 757-200 dalam pendaratan merupakan generasi pertama Syarikat Penerbangan Xiamen Airlines yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Xiamen Gaoqi
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Xiamen Airlines dengan siri Boeing 737-800 dalam generasi kedua
Dreamliner XiamenAir Boeing 787-9 dengan livery syarikat penerbangan semasa
Dreamliner milik Syarikat Penerbangan XiamenAir dengan siri Boeing 787-9 dengan Livery khas "Hidup Berkesinambungan Bangsa-Bangsa Bersatu"
ArmadaSunting
Setakat Jun 2020, Syarikat Penerbangan XiamenAir mengoperasikan kesemua Armada siri Boeing yang terdiri daripada pesawat berikut: [15] [16][17]
Pesawat | Dalam Perkhidmatan | Tempahan | Penumpang | Nota | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
F | B | E | Total | ||||
Boeing 737-700[18] | 9 | — | — | 8 | 120 | 128 | |
Boeing 737-800[19] | 136 | — | — | 8 | 162 | 170 | |
— | 8 | 156 | 164 | ||||
— | — | 184 | 184 | ||||
Boeing 737 MAX 8[20] | 12 | 12 | — | — | 184 | 184 | |
Boeing 737 MAX 10 | — | 10 | TBA | ||||
Boeing 787-8[21] | 6 | — | 4 | 18 | 215 | 237 | |
Boeing 787-9[22] | 6 | — | — | 30 | 260 | 290 | |
Total | 169 | 22 |
Armada BersejarahSunting
Syarikat Penerbangan XiamenAir sebelum ini mengendalikan pesawat berikut:
- Boeing 737-200
- Boeing 737-300
- Boeing 737-500
- Boeing 757-200
Kemalangan dan InsidenSunting
- Pada Tarikh 2 Oktober 1990, Penerbangan 8301 Xiamen Airlines dari Xiamen ke Guangzhou, sebuah pesawat jet Boeing 737-200, dirampas sejurus berlepas dan bertembung dengan dua pesawat tambahan ketika mendarat di Lapangan Terbang Baiyun, membunuh sebanyak 128 orang. [23]
- Pada Tarikh 16 Ogos 2018, Penerbangan 8667 Xiamen Airlines mendarat-terhempas di Manila di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Filipina berikutan berat hujan monsun. Boeing 737-800 tergelincir di hujung landasan. Semua 157 penumpang dan anak kapal tidak cedera. [24] Menurut data Flightradar24, penerbangan itu membatalkan percubaan pendaratan pertamanya. [25]
RujukanSunting
- ^ 厦门航空有限公司 (dalam bahasa Cina). Xiamen Air. Dicapai pada 10 July 2015.
- ^ SkyTeam (17 November 2011). "Xiamen Airlines Joins SkyTeam". Dicapai pada 10 July 2015.
- ^ "Airline Membership". IATA. Diarkib daripada yang asal pada July 11, 2015.
- ^ "Contact Us Diarkibkan Oktober 30, 2012, di Wayback Machine." Xiamen Airlines. Retrieved on October 29, 2012. "Mailing Address: 22 Dailiao Road, Xiamen 361006, China" - Address in Chinese Diarkibkan Julai 18, 2012, di Wayback Machine: "公司地址:中国厦门市埭辽路22号"
- ^ "Xiamen Air Celebrates First Intercontinental Service to Amsterdam". China Aviation Daily. July 27, 2015.
- ^ "Xiamen Airlines to land in Sydney on November 30". Australian Aviation. August 5, 2015.
- ^ "Airline Review - XiamenAir". Destination Travel. May 4, 2018.
- ^ "厦门航空上海分公司揭牌成立". State-owned Assets Supervision and Administration Commission of the State Council. September 23, 2019.
- ^ https://www.xiamenair.com/en-my/article-detail?articleLink=%2Fcms-i18n-ow%2Fcms-en-my%2Fcontents%2F47973.json
- ^ "Archived copy". Diarkib daripada yang asal pada January 22, 2013. Dicapai pada November 21, 2012.
- ^ "Profile on Xiamen Airlines". CAPA. Centre for Aviation. Diarkib daripada yang asal pada 2016-10-31. Dicapai pada 2016-10-31.
- ^ "Alitalia and Xiamen Airlines begins codeshare partnership in late-Sep 2019". Routesonline.
- ^ "AF-KLM, China Southern, Xiamen Air to form a single JV". Ch-Aviation. 19 July 2018.
- ^ https://www.vietnamairlines.com/my/en/about-us/subsidiaries-partners/airline-partners
- ^ "Global Airline Guide 2019 (Part One)". Airliner World. October 2019: 11.
- ^ "Orders & Deliveries" (dalam bahasa Inggeris). Boeing. Dicapai pada 2017-10-31.
- ^ https://www.xiamenair.com/en-my/article-detail?articleLink=%2Fcms-i18n-ow%2Fcms-en-my%2Fcontents%2F47897.json
- ^ https://www.xiamenair.com/en-my/article-detail?articleLink=%2Fcms-i18n-ow%2Fcms-en-my%2Fcontents%2F47897.json
- ^ https://www.xiamenair.com/en-my/article-detail?articleLink=%2Fcms-i18n-ow%2Fcms-en-my%2Fcontents%2F47897.json
- ^ https://www.xiamenair.com/en-my/article-detail?articleLink=%2Fcms-i18n-ow%2Fcms-en-my%2Fcontents%2F47897.json
- ^ https://www.xiamenair.com/en-my/article-detail?articleLink=%2Fcms-i18n-ow%2Fcms-en-my%2Fcontents%2F47897.json
- ^ https://www.xiamenair.com/en-my/article-detail?articleLink=%2Fcms-i18n-ow%2Fcms-en-my%2Fcontents%2F47897.json
- ^ "Hijacking Description, Xiamen Airlines Boeing 737-247 B-2510". Aviation Safety Network. Flight Safety Foundation. Dicapai pada 10 July 2015.
- ^ "Chinese Boeing 737 crash-lands at Manila airport". Dicapai pada 8 September 2018.
- ^ Flightradar24. "Flightradar24.com - Live flight tracker!". Flightradar24. Dicapai pada 8 September 2018.
Lihat JugaSunting
Pautan luaranSunting
- www
.xiamenair .com /zh-cn / - www
.xiamenair .com /en-cn / - www
.xiamenair .com /en-my / - www
.xiamenair .com /zh-my / - skytraxratings
.com /airlines /xiamen-airlines-rating - mf%20inflight%20meals
- mf%20inflight%20entertainment
- mf%20seat%20map
- mf%20unique%20cabin%20services
- mf%20service%20philosophy
- mf%20site%20map
- Laman web rasmi XiamenAir - (dalam bahasa Inggeris)
- Laman web SkyTeam rasmi - (dalam bahasa Cina)