Ya̧nomamö merupakan sejumlah populasi penduduk asli di Amerika Selatan. Mereka mendiami hutan hujan Amazon, di bukit-bukau di sempadan Brazil dan Venezuela. Disebabkan pendudukan mereka yang terpencil, mereka kekal sukar dihubungi dengan dunia luar sehingga awal kurun ke-20. Ini telah membenarkan mereka mengekalkan beberapa aspek kebudayaan mereka yang ledakan populasi dan peningkatan kemewahan material telah hapuskan di dunia luar. Akibatnya, Yanomamö telah menjadi kumpulan yang paling mendalam dikaji oleh sains moden.

Ya̧nomamö
Kanak-kanak Ya̧nomamö
Kawasan ramai penduduk
Venezuela, Brazil
Bahasa
Bahasa Yanomama
Agama
Kepawangan

Perkataan Ya̧nomamö bererti 'manusia' dalam bahasa mereka. Perkataan ini dikatakan disebut melalui hidung (nasalisation). Bunyi fonik 'ö' tidak wujud dalam huruf Inggeris dan akibatnya mendorong kepada beberapa cara Ya̧nomamö dieja dan disebut. Sesetengah ahli antropologi telah menerbitkan ejaan Yanomamɨ, tetapi kerana kebanyakan pencetak dan pengatur huruf (typesetter) menghapuskan tanda diakritik, sebutan salah 'Yanomamee' telah wujud.

Kebanyakan maklumat cara hidup Ya̧nomamö dalam rencana ini betul sebelum 1960-an. Hubungan berkekalan dengan mubaligh, pegawai kerajaan, pelombong, pemberita, pelancong, ahlil antropologi dan yang lain telah mendorong perubahan besar dalam cara hidup mereka. Ia patut disedari bahawa terdapat kelainan yang besar wujud antara satu kampung dengan kampung yang lain. Sentiada terdapat individu dan masyarakat yang melanggar peraturan dan dengan itu berbeza dengan apa yang diterangkan di bawah.

Permakanan, pakaian dan kehidupan domestik sunting

 
Shabono Ya̧nomamö
Fail:YanomamoMultiStudy.jpg
Gambar dari filem Yanomamo: A Multidisciplinary Study

Ya̧nomamö tinggal dalam kampung biasanya terdiri dari sanak saudara dan ikatan perkahwinan (lihat di bawah). Saiz kampung berbeza sungguhpun sebagai garis panduan ia mengandungi antara 50 dan 400 orang. Dalam apa yang kebanyakannya sistem masyarakat, keseluruhan kampung tinggal sebumbung yang dikenali sebagai shabono. Shabono mempunyai ciri-ciri bujur dengan laman di tengah berukuran purata 100 ela. Shabono itu sendiri merupakan sempadan kampung, sekiranya ia tidak diperkukuh dengan dinding cerancang kayu.

Di bawah atap, pembahagian hanya ditanda oleh tiang sokongan, membahagi rumah dan ruang individu. Shabono dibina dari bahan mentah dari hutan sekeliling, seperti daun, akar, dan batang kayu. Ini menjadikannya terdedah kepada kerosakan teruk akibat angin, hujan dan serangan serangga. Akibatnya, shabono baru perlu dibina setiap 1 hingga 2 tahun.

Yanomamö bergantung kepada hutan; mereka menggunakan horikultur "tebang dan bakar", menanam pisang, menangkap ikan, mengumpul buah, dan memburu haiwan. Indian Yanomamö sering kali berpindah bagi mengelakkan kawasan yang telah terlebih guna mdash; tindakan yang dikenali sebagai penanaman pindah (shifting cultivation).

Sebagaimana kebanyakan Penduduk Asli Amerika kawasan tropika Amerika Selatan, Ya̧nomamö secara tradisi mengenakan pakaian minimum. Pengecualian tunggal bagi ini adalah tali pinggang seperti tali yang dikenakan oleh kaum lelaki, dipakai di bawah perut. Secara tradisi, kaum wanita tidak berpakaian sama sekali.

Kanak-kanak tinggal berhampiran dengan ibu mereka; kebanyakan penjagaan anak dilakukan oleh wanita. Ya̧nomamö mengamalkan poligini (sungguhpun kebanyakan pasangan adalah satu pasangan (monogami)). Keluarga poligami terdiri dari unit keluarga patrifocal berasaskan satu lelaki, dan sub-keluarga matrifocal lebih kecil: setiap unit keluarga wanita, terdiri dari wanita dan anak-anak mereka. Kehidupan dalam kampung berpusat sekitar unit keluarga matrilokal lebih kecil, sementara unit patrilokal lebih besar memiliki lebih kepentingan politik.

Bahasa Ya̧nomamö sunting

Terdapat banyak variasi dan dialek bahasa ini, sehinggakan penduduk dari kampung berlainan tidak sentiasa memahami sesama sendiri. Bahasa Ya̧nomamö dipercayai oleh pakar bahasa sebagai tidak berkait dengan semua bahasa Amerika Selatan lain, dan sebenarnya asal bahasa ini tidak dapat dipastikan masa ini.

Ia perlu disedari bahawa "Ya̧nomamö" bukanlah panggilan Ya̧nomamö pada diri mereka, tetapi perkataan dalam bahasa mereka bererti 'lelaki', digunakan oleh ahli antropologi Amerika, Napoleon Chagnon sebagai cara mudah bagi merujuk kebudayaan dan unjurannya kepada orangnya sekali.

Rujukan sunting


Bacaan lanjut sunting

  • Dennison Berwick, "Savages, The Life And Killing of the Yanomani" [1]
  • Napoleon Chagnon, The Ya̧nomamö (Formerly subtitled "The Fierce People")
  • Kenneth Good, Into the Heart
  • Jacques Lizot, Tales of the Yanomamo
  • Wiliam Milliken and Bruce Albert, Yanomami: A Forest People
  • (2008) Luis Pancorbo, "El banquete humano. Una historia cultural del canibalismo". Siglo XXI de España, Madrid. ISBN 978-84-323-1341-7 - (1990)"Amazonas, último destino", Edelvives, Madrid. ISBN 84-263-1739-1 - (1990)"Plumas y Lanzas". Lunverg-RTVE, Madrid. ISBN 84-7782-093-7
  • Alcida Ramos, Sanuma Memories
  • Dirk Wittenborn, Fierce People
  • Redmond O'Hanlon, "In Trouble Again: A Journey Between the Orinoco and the Amazon"
  • Helena Valero, Yanoama: The Story of Helena Valero, a Girl Kidnapped by Amazonian Indians, an eyewitness account of a captive who came of age in the tribe.
  • Mark Andrew Ritchie, Spirit of the Rainforest: A Yanomamo Shaman's Story (ISBN 0-9646952-3-5)
  • Maria Inês Smiljanic, Os enviados de Dom Bosco entre os Masiripiwëiteri. O impacto missionário sobre o sistema social e cultural dos Yanomami ocidentais (Amazonas, Brasil.) Journal de la Société des Américanistes, 2002, 88, pp. 137-158**[2]
  • Rose, Peter and Conlon, Anne, Yanomamo - a musical entertainment published by Josef Weinberger, London (1983)
  • Tierney, Patrick. Darkness in El Dorado: How Scientists and Journalists Devastated the Amazon

Pautan luar sunting