Yacine Brahimi

Pemain bola sepak

Yacine Brahimi (Arab: ياسين إبراهيمي; lahir 8 Februari 1990) merupakan pemain bola sepak Algeria[1] kelahiran Perancis yang beraksi untuk Porto dan pasukan kebangsaan Algeria. Dia bermain sebagai pemain tengah menyerang dan pemain sayap dan digambarkan sebagai "pemain berbakat teknikal". Jurulatihnya, Frédéric Antonetti, telah mengisytiharkan bahawa Brahimi akan menjadi "perancang masa hadapan Stade Rennais".[2]

Yacine Brahimi
Maklumat peribadi
Nama penuh Yacine Brahimi
Tarikh lahir (1990-02-08) 8 Februari 1990 (umur 34)
Tempat lahir Paris, Perancis
Ketinggian 1.75 m (5 ka ​8 78 in)
Posisi permainan Pemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Porto
Nombor 8
Kerjaya remaja
1997–2000 Montreuil
2000–2004 Vincennois
2003–2006 Clairefontaine
2004–2006 Paris Saint-Germain
2006–2009 Rennes
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2013 Rennes 39 (6)
2009–2010Clermont (pinjaman) 32 (8)
2012–2013Granada (pinjaman) 27 (0)
2013–2014 Granada 35 (3)
2014– Porto 5 (0)
Pasukan kebangsaan
2006 Perancis B16 7 (2)
2006 Perancis B17 3 (0)
2007–2008 Perancis B18 5 (1)
2008–2009 Perancis B19 25 (11)
2010 Perancis B20 5 (1)
2010–2012 Perancis B21 8 (1)
2013– Algeria 10 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 6 September 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 September 2014

Brahimi memulakan kariernya bersama berbagai bagai kelab di daerah Île-de-France, telah dilatih di ASB Montreuil dan CO Vincennois. Pada tahun 2003, dia dipilih untuk menyertai akademi Clairefontaine. Brahimi menghabiskan masa selama tiga tahun di akademi itu dan, apabila keluar, dia menyertai Stade Rennais. Semasa di akademi kelab itu, dia mencapai beberapa kejayaan kelab. Selepas menjadi profesional, Brahimi telah dipinjamkan kepada kelab divisyen kedua, Clermont Foot. Semasa di Clermont, dia mendapat kejayaan individu musim. Selepas menghabiskan musim sebelumnya di sana secara pinjaman, dia berpindah ke kelab La Liga, Granada CF pada tahun 2013, dan kemudiannya ke Porto dengan bayaran €6.5 juta satu tahun kemudian.

Seorang pemain antarabangsa Algeria, Brahimi merupakan bekas pemain antarabangsa belia Perancis dan telah mewakili negara itu di semua peringkat belia. Pada tahun 2009, dia bermain untuk pasukan bawah-19 yang layak ke separuh akhir Piala UEFA bawah-19 2009. Pada bulan Februari 2013, Brahimi beralih kesetiaan antarabangsa ke Algeria dan membuat penampilan sulung untuk mereka sebulan kemudian, dia juga bermain di Piala Dunia FIFA 2014.

Karier kelab sunting

Karier awal sunting

Brahimi dilahirkan di Paris kepada ibu-bapa Algeria dan membesar di pinggir bandar timur Paris di Montreuil, Seine-Saint-Denis.[3] Semasa membesar, dia sering mencontohi Zinedine Zidane semasa bermain bola sepak jalanan dengan kawan-kawannya.[4] Brahimi memulakan karier bola sepaknya dengan bermain untuk kelab tempatan, ASB Montreuil. Selepas empat tahun di sana, dia menyertai CO Vincennois, dikenali kerana menghasilkan pemain Ligue 1, Blaise Matuidi, berdekatan Vincennes. Dua tahun kemudian, Brahimi telah dipilih untuk menghadiri akademi terkenal, akademi Clairefontaine untuk meningkatkan pembangunan beliau. Semasa berlatih di Clairefontaine pada minggu itu, dia kerap bermain untuk Vincennois pada hujung minggu. Semasa tahun akhir di Clairefontaine , Brahimi menghabiskan satu tahun di Camp des Loges, pusat latihan belia Paris Saint-Germain, berlatih bersama-sama rakan sepasukan antarabangsa, Mamadou Sakho.[5] Walaupun dilamar oleh beberapa kelab Perancis dan Eropah, selepas masanya di Clairefontaine, dia menandatangani kontrak calon (belia) dengan Rennes. Pada bulan Oktober 2010, Brahimi berkata sebab dia memilih Rennes sebagai destinainya adalah kerana kelab itu mementingkan pendidikan dan "Ia adalah satu jaminan untuk ibu bapa saya. Mereka menasihati saya supaya memilih Stade Rennes. Dengan cara itu, saya boleh meneruskan latihan bola sepak saya semasa bersedia untuk Baccalauréat".[5]

Rennes sunting

Brahimi menyertai Rennes dan dengan pantas menjadi sebahagian daripada bakat di akademi kelab itu. Dia menyertai Damien Le Tallec, adik Anthony Le Tallec, Yann M'Vila, Yohann Lasimant, Kévin Théophile-Catherine, dan Samuel Souprayen sebagai prospek yang paling dicari kelab. Kombinasi M'Vila, Brahimi, Camara, dan Le Tallec, semua empat anggota itu dari kelas 1990, khususnya memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan belia mereka. Dengan pasukan bawah-16, empat orang itu memenangi Tournoi Carisport, kejohanan kebangsaan yang kerap disertai akademi terbaik di Perancis. Dua musim kemudian dengan pasukan bawah-18, Brahimi memenangi kejuaraan liga di bawah-18 untuk musim 2006-07. Pada tahun 2008, akademi belia itu mencapai kejayaan terbesar selepas memenangi Coupe Gambardella. Gelaran itu adalah Piala Gambardella ketiga Rennes dan yang pertama sejak tahun 2003 apabila orang-orang seperti Yoann Gourcuff dan Sylvain Marveaux telah bermain dalam pertandingan ini. Berikutan musim 2007-08, pada 23 Jun, Brahimi menandatangani kontrak profesional pertamanya bersetuju dengan perjanjian tiga tahun sehingga bulan Jun 2011. [6] Twalaupun mempunyai kontrak profesional, Brahimi tidak diberikan nombor dalam pasukan senior sebaliknya bermain dengan pasukan amatur Championnat de France kelab itu dalam liga divisyen empat, membuat 22 penampilan dan menjaringkan tiga gol untuk membantu kelab itu menduduki tempat pertama dalam kumpulan mereka, sekaligus layak ke play-off pertandingan dimana mereka kalah kepada Lyon dalam perlawanan separuh akhir.[7]

Dipinjamkan ke Clermont sunting

Selepas kejayaan musim dengan pasukan belia Perancis, Rennes memutuskan untuk menghantar pemain muda secara pinjaman supaya mereka dapta menerima masa bermain yang diperlukan. Pada 3 Julai 2009, kelab itu telah mengumumkan bahawa Brahimi akan menyertai kelab Ligue 2, Clermont Foot secara pinjaman untuk semusim.[8] Brahimi tiba di kelab itu susulan Piala UEFA bawah-19 2009, bersama-sama pemain Juventus Carlo Vecchione, dan diberi jersi bernombor 28. Dia membuat penampilan professional pertamanya ketika perlawanan pembukaan musim masuk sebagai pemain gantian ketika kekalahan 2–1 kepada Arles-Avignon.[9] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada 25 September menerusi sepakan penalti ketika kemenangan 3–2 ke atas Angers.[10] Brahimi menjaringkan gol pada 4 Disember ketika kemenangan 3–1 Clermont ke atas Bastia.[11] Dua minggu kemudian, dia sekali lagi menjaringkan gol, menerusi sepakan penalti ketika seri 1–1 dengan Guingamp.[12]

Pada 23 Mac 2010, Brahimi menjaringkan gol pembukaan ketika kemenangan 3–0 Clermont ke atas Ajaccio.[13] Tiga hari kemudian, dia menjaringkan gol dan membuat bantuan gol ketika kemenangan 3–1 ke atas Istres.[14] Sebulan kemudian, Brahimi menjaringkan gol menerusi penalti ketika kemenangan 3–2 ke atas Dijon.[15] Kemenangan ini membawa Clermont ke tangga ke-4 dalam kedudukan liga dan hanya tiga mata daripada tempat promosi. Pada minggu berikutnya, Brahimi teru beraksi cemerlang dengan menjaringkan gol menentang Le Havre. Walau bagaimanapun, perlawanan berakhir dengan kekalahan Clermont 2–1.[16] Ia merupakan kali pertama kelab itu kalah dalam perlawanan yang Brahimi menjaringkan gol. Tiga hari kemudian, Brahimi menjaringkan gol kelapannya dalam kempen ketika kemenangan 3–1 ke atas Guingamp.[17] Kemenangan itu memberikan perlawanan playoff promosi semasa perlawanan hari terakhir musim dan tempat ke-4 Clermont berdepan tempat ke-3 Arles-Avignon. Malangnya buat Clermont, kelab itu gagal dinaikkan pangkat ke Ligue 1 selepas kalah 1–0. Brahimi bermain 89 minit dalam perlawanan itu dan menerima kad kuning.[18]

Kembali ke Rennes sunting

 
Brahimi selepas perlawanan menentang SM Caen pada bulan Julai 2010

Berikutan musim ini, pada 15 Mei 2010, pengurus Rennes Frédéric Antonetti mengesahkan bahawa Brahimi akan kembali ke pasukan, walaupun mendapat minat dari kelab England, Arsenal dan kelab Sepanyol, Real Madrid, dan bahawa dia akan sangat dipercayai untuk musim 2010-11 berkemungkinan beraksi sebagai perancang menggantikan Jérôme Leroy.[19][20][21][22][23] Pada 7 Ogos 2010, Brahimi membuat kemunculan sulung untuk Rennes ketika perlawanan pembukaan liga menentang Lille. Dia bermain dalam kesebelasan utama dalam perlawanan itu 71 minit dimana perlawanan berkesudahan dengan seri 1–1.[24] Pada hari berikutnya, Rennes mengumumkan bahawa Brahimi telah menandatangani lanjutan kontrak empat tahun dengan kelab itu.[25] Perjanjuan baru itu akan mengekalkannya di kelab itu sehingga bulan Jun 2014.[26]

Pada 14 Ogos 2010, Brahimi menjaringkan gol pertama kariernya untuk kelab itu ketika kemenangan 3–0 ke atas Nancy.[27] Untuk sebahagian daripada musim itu, perancang itu gagal menjaringkan gol atau membuat bantuan gol. Atas sebab itu, Brahimi mula bertukar-tukar dalam kesebelasan utama. Selepas rehat musim sejuk, Brahimi mula menjaringkan gol dan membuat bantuan gol ketika kemenangan 7–0 ke atas kelab Championnat National, Cannes dalam Coupe de France.[28] Seminggu kemudian, dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan liga 4–0 ke atas Arles-Avignon.[29] Pada 5 Februari 2011, Brahimi menjaringkan gol ke atas bekas kelab belianya, Paris Saint-Germain.[30]

Granada sunting

Pada 30 Ogos 2012, Brahimi menandatangani secara pinjaman untuk kelab La Liga, Granada CF dengan nilai €700,000, dengan pilihan untuk menandatangani secara tetap dengan nilai €4 juta selepas itu.[31] Pilihan ini telah dibuat pada 4 Jun 2013, apabila dia menandatangani perjanjian empat tahun dengan kelab itu.[32]

Porto sunting

Pada 22 Julai 2014, F.C. Porto mengumumkan perpindahan Brahimi dari Granada CF dengan yuran 6.5 juta dengan kontrak 5 tahun.[33][34][35] Pada 24 Julai 2014 Porto menjual 80% hak ekonominya kepada Doyen Sports dengan nilai €5 juta.[36]

Gol pertamanya untuk kelab datang ketika perlawanan kedua play-off Liga Juara-Juara menentang Lille, menjaringkan gol secara terus menerusi sepakan percuma dan Porto layak ke peringkat kumpulan menerusi kemenangan agregat 3−0.[37] Dia menjaringkan hatrik pertamanya untuk kelab itu ketika perlawanan pertama Porto dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, menang 6–0 di tempat sendiri ke atas BATE Borisov pada 17 September.[38] Dalam perlawanan Eropah seterusnya, penalti yang diambilnya diselamatkan Andriy Pyatov dimana perlawanan berakhir dengan keputusan seri menentang Shakhtar Donetsk.[39]

Karier antarabangsa sunting

Algeria sunting

Pada bulan Februari 2013, ianya telah diumumkan bahawa Brahimi telah membuat keputuan menukar kesetian negara FIFA untuk mewakili Algeria.[40] Dia membuat penampilan sulungnya sebulan kemudian ketika kemenangan 3-1 ke atas Benin dalam kelayakan Piala Dunia FIFA 2014.[41]

Pada 22 Jun 2014, Brahimi menjaringkan gol antarabangsa pertamanya, gol keempat Algeria ketika kemenangan 4–2 mereka ke atas Korea Selatan dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2014.[42]

Statistik karier sunting

Kelab sunting

Sehingga 5 Oktober 2014[43]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Clermont 2009–10 32 8 0 0 2 0 - - 34 8
Jumlah 32 8 0 0 2 0 0 0 34 8
Rennes 2010–11 22 4 2 2 1 0 - - 25 6
2011–12 17 2 5 1 1 0 5 0 28 3
Jumlah 39 6 7 3 2 0 5 0 53 9
Granada 2012–13 27 0 1 0 - - - - 28 2
2013–14 35 3 1 0 - - - - 36 3
Jumlah 62 3 2 0 0 0 0 0 64 3
Porto 2014–15 6 0 0 0 0 0 4 4 10 4
Jumlah 6 0 0 0 0 0 4 4 10 4
Jumlah karier 139 17 9 3 2 0 9 4 156 24

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 22 Jun 2014 Estádio Beira-Rio, Porto Alegre, Brazil   Korea Selatan 4–1 4–2 Piala Dunia FIFA 2014
2. 6 September 2014 Addis Ababa Stadium, Addis Ababa, Ethiopia   Habsyah
2–0
2–1
Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2015
Betul sehingga 6 September 2014

Kejayaan sunting

Rennes

Rujukan sunting

  1. ^ "Yacine Brahimi profile". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. Dicapai pada 22 Jun 2014.
  2. ^ "Yacine Brahimi se construit un avenir radieux". Rennes Maville (dalam bahasa French). 9 Januari 2011. Dicapai pada 15 Januari 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Yacine Brahimi: J'ai dit non à la Coupe du monde, mais je ne dis pas non à l'Algérie". 123 Vive Algerie. 11 Mei 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2016. Dicapai pada 24 Jun 2010.
  4. ^ "Yacine Brahimi, le feu follet veut oublier". Caen Maville. 23 Mei 2009. Dicapai pada 24 Jun 2010.
  5. ^ a b "Brahimi, marked out for success". Stade Rennais F.C. 16 Februari 2011. Dicapai pada 26 Februari 2011.
  6. ^ "Yacine Brahimi passe pro". Stade Rennais F.C. (dalam bahasa French). 23 Jun 2008. Dicapai pada 24 Jun 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Réserves, demi-finale: Lyon élimine Rennes aux tirs au but". Stade Rennais F.C. (dalam bahasa French). 2 Jun 2009. Dicapai pada 24 Jun 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Rennes: Yacine Brahimi prêté à Clermont". Fédération Internationale de Football Association (dalam bahasa French). 3 Julai 2009. Dicapai pada 24 Jun 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Clermont v. Arles Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 7 Ogos 2009. Dicapai pada 24 Jun 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Clermont v. Angers Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 25 September 2009. Dicapai pada 24 Jun 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Bastia v. Clermont Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 4 Disember 2009. Dicapai pada 24 Jun 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Guingamp v. Clermont Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 22 Disember 2009. Dicapai pada 24 Jun 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Clermont v. Ajaccio Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 23 Mac 2010. Dicapai pada 24 Jun 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Istres v. Clermont Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 26 Mac 2010. Dicapai pada 24 Jun 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Dijon v. Clermont Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 23 April 2010. Dicapai pada 24 Jun 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Le Havre v. Clermont Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 4 Mei 2010. Dicapai pada 24 Jun 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Clermont v. Guingamp Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 7 Mei 2010. Dicapai pada 26 Februari 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Arles-Avignon v. Clermont Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 15 Mei 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Ogos 2014. Dicapai pada 26 Februari 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "Rennes prospect Yacine Brahimi aware of Real Madrid interest". Tribal Football. 11 Mei 2010. Dicapai pada 24 Jun 2010.
  20. ^ "Arsenal & Real Madrid target Rennes starlet Yacine Brahimi". New York Daily News. 6 Mei 2010. Dicapai pada 24 Jun 2010.
  21. ^ "Antonetti compte cur Brahimi". Mercato365. 1 Jun 2010. Dicapai pada 24 Jun 2010.
  22. ^ "Antonetti "compte sur Brahimi"". France Football (dalam bahasa French). 1 Jun 2010. Dicapai pada 24 Jun 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ "Yacine Brahimi grandit à l'ombre des volcans". Rennes Maville (dalam bahasa French). 31 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2012. Dicapai pada 24 Jun 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  24. ^ "Rennes v. Lille Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 7 Ogos 2010. Dicapai pada 8 Ogos 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  25. ^ "Y. Brahimi signe un contrat de 4 ans". Stade Rennais F.C. (dalam bahasa French). 7 Ogos 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2011. Dicapai pada 8 Ogos 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  26. ^ "Brahimi jusqu'en 2014". France Football (dalam bahasa French). 8 Ogos 2010. Dicapai pada 8 Ogos 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  27. ^ "Nancy v. Rennes Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 14 Ogos 2010. Dicapai pada 15 Januari 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  28. ^ "Rennes v. Cannes Match Report". L'Equipe (dalam bahasa French). 9 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2011. Dicapai pada 15 Januari 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  29. ^ "Rennes v. Arles-Avignon Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 15 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2011. Dicapai pada 15 Januari 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  30. ^ "Rennes v. Paris Saint-Germain Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 5 Februari 2011. Dicapai pada 26 Februari 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  31. ^ Prieto, Juan (30 Ogos 2012). "Yacine Brahimi llega como cedido al Granada [Yacine Brahimi arrives on loan at Granada]". Marca (dalam bahasa French). Dicapai pada 17 September 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  32. ^ "El Granada se queda con Brahimi [Granada stick with Brahimi]". Marca (dalam bahasa Spanish). 4 Jun 2013. Dicapai pada 17 September 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  33. ^ "Porto sign Algeria's Brahimi from Granada". King Fut. 23 Julai 2014.
  34. ^ "Porto sign Yacine Brahimi". GIVEMESPORT. 23 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 15 Oktober 2014.
  35. ^ "COMUNICADO" (PDF). FC Porto (dalam bahasa Portuguese). CMVM. 22 Julai 2014. Dicapai pada 4 Ogos 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  36. ^ "COMUNICADO" (PDF). FC Porto (dalam bahasa Portuguese). CMVM. 24 Julai 2014. Dicapai pada 4 Ogos 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  37. ^ "Porto oust LOSC for 19th group appearance". UEFA. 26 Ogos 2014. Dicapai pada 17 September 2014.
  38. ^ "FC Porto 6-0 BATE Bor". BBC Sport. 17 September 2014. Dicapai pada 17 September 2014.
  39. ^ "Martínez earns Porto stunning draw at Shakhtar". UEFA. 30 September 2014. Dicapai pada 1 Oktober 2014.
  40. ^ "Yacine Brahimi opte pour l'Algérie" (dalam bahasa French). DZFoot. 6 Februari 2013. Dicapai pada 8 Februari 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  41. ^ "Algérie 3-1 Benin" (dalam bahasa French). DZFoot. 26 Mac 2013. Dicapai pada 16 April 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  42. ^ "South Korea 2-4 Algeria". BBC. 22 Jun 2014. Dicapai pada 23 Jun 2014.
  43. ^ "Yacine Brahimi LFP Profile" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2015. Dicapai pada 5 Julai 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting