Yadomaru Lisa adalah seorang shinigami perempuan yang merupakan bekas Leftenan Skuad 8 dan Kaptennya ialah Kyōraku Shunsui. Dia juga merupakan seorang Vizard sama seperti Kurosaki Ichigo.

Watak Bleach
Yadomaru Lisa
Peranan Bekas Leftenan shinigami daripada divisyen 8.
Tarikh lahir 1 April
Ketinggian 162 cm
Berat 43 kg (86 lb)
Zanpakutō Hagurotonbo
Seiyū Tidak diketahui
Pelakon suara latar Kanako Hattori

Templat:Spoiler

Watak dan Perwatakan sunting

Lisa ialah seorang gadis bercermin mata dengan rambut panjang berwarna hitam. Dia memakai pakaian sailor fuku ketika dia menjadi Vizard. Dia mudah berasa terganggu dan sebenarnya gemar membaca manga (khususnya, manga Josei). Dia mempunyai sifat ambidekstrus namun bukan kidal, pada mulanya memegang zanpakutōnya dengan tangan kiri sama seperti Madarame Ikkaku dan beralih menggunakan tangan kanannya apabila bertempur dengan Kurosaki Ichigo. Lisa juga sentiasa suka mengambil tahu atau menyintip ketika mesyuarat 13 Kapten Gotei diadakan dan suka membawa buku besar kemana sahaja dan kini buku tersebut dipegang oleh Ise Nanao sebagai pengantinya dalam tugas leftenan Skuad 8.

Hagurotonbo sunting

Nama zanpakuto Yadomaru Lisa ialah Hagurotonbo dan ayat untuk mengaktifkannya ialah "Menghancurkan" (スマッシュ,sumasshu). Cara dia menggunakan zanpakutonya ketika berlawan adalah sama seperti Madarame Ikkaku. Pada tahap lepasan awal (Shikai) zanpakutonya juga lebih kurang sama dengan zanpakuto Ikkaku, mempunyai sebatang kayu bulat yang panjang dan di hujung pedangnya mempunyai bilah pedang yang pendek. Kebolehan zanpakutonya tidak diketahui kerana tiada kuasa yang pernah digunakannya ketika dia berlawan.

Rujukan sunting