Hayate Yagami (Jepun: (八神 はやて, Hepburn: Yagami Hayate) ialah watak fiksyen dalam siri animasi Triangle Heart dan juga Magical Girl Lyrical Nanoha A's yang ditayangkan di ntv7 pada tahun 2007 di Malaysia. Siri anime ini terbahagi kepada 5 musim iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha, Magical Girl Lyrical Nanoha A's, Magical Girl Lyrical Nanoha Strikers, dan diikuti dengan Manga-nya yang lain iaitu, Magical Girl Lyrical Nanoha Vivid dan Magical Chronicle Lyrical Nanoha Force. Hayate mula muncul di musim kedua iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha A's. Hayate merupakan gadis biasa berketurunan spesies manusia yang hidup di dimensi Bumi. Hayate menghabiskan masanya dengan Guardian Knight. Pada musim kedua dan ketiga, Hayate telah bekerja sebagai Pegawai Time Space Administration Bureau @ Jabatan Angkasa Bureau.

Yagami Hayate
Watak Magical Girl Lyrical Nanoha
Kemunculan pertama

Disuarakan oleh

Kana Ueda
Profil
Home world / Dunia Asal

Dimensi Bumi
Informasi
Sistem Magis

Sistem Ancient Belka
Wolkenritter

Guardian Knight
Armed Device

Book Of Darkness di A's,
Tome Of The Night Sky di StrikerS.

Personaliti sunting

Hayate yang muncul dalam musim kedua iaitu Nanoha Aces, ialah seorang kanak-kanak yang baik, dan dia tidak suka menyusahkan orang lain demi kepentingan dirinya. Biarpun Hayate mengalami penyakit lumpuh, namun Hayate tetap nampak ceria dan gembira. Sikapnya yang lemah lembut membuatkan Guardian Knight sanggup mengorbankan apa sahaja demi kegembiraan Hayate. Hayate gemar membaca buku dan memasak makanan yang sedap apabila mempunyai masa yang terluang. Dalam Nanoha StrikerS, Hayate menyandang jawatan yang lebih tinggi daripada Takamachi Nanoha dan Fate Testarossa. Oleh sebab itu, Hayate sentiasa sibuk dan dedikasi dalam melaksanakan tugasnya. Matlamatnya ialah, dia tidak mengingini kejadian yang menimpanya dahulu kembali berlaku. Dia ingin mengekalkan keamanan yang sedia ada dan melindungi mereka yang penting buatnya.

Sejarah Kehidupan sunting

Hayate dalam Musim Kedua sunting

Musim kedua, iaitu Aces dimulakan dengan episod satu yang menceritakan Hayate berada di bilik tidurnya pada malam hari. Pada ketika itu, di rak bukunya, Book Of Darkness mula diaktifkan. Namun begitu, Hayate masih tidak mengetahui bahawa buku tersebut mempunyai kuasa magis. Dia hanya menyimpannya di rak buku kerana kulit buku itu cantik dan unik. Hayate ialah seorag anak yatim di mana kedua-dua orang tuanya telah lama meninggal dunia. Namun begitu, segala perbelanjaan hariannya ditanggung oleh kawan ayahnya. Kawan ayahnya itu tinggal jauh daripadanya dan hanya mengirim wang. Tetapi kadangkala dia turut menjenguk Hayate di Rumah Keluarga Yagami.

 
Guardian Knight yang berpakaian pelik

Sehinggalah episod ke-6, Hayate menyambut hari lahirnya yang ke -9, Book Of Darkness mula bangun dengan mengaktifkan Linker Core milik Hayate. Apabila berlakunya tindak balas antara Book Of Darkness dengan Linker Core, terhasillah kebangkitan Guardian Knight yang dianggotai oleh Signum, Shamal, Vita dan Zafira. Mereka muncul secara mengejut dengan pakaian serba hitam yang amat pelik membuatkan Hayate terus pengsan. Hayate di bawa ke Hospital Uminari. Di sana, Doktor Ishida merawatnya. Hayate menjelaskan kepada Doktor Ishida bahawa Guardian Knight ialah keluarganya yang datang dari negara lain dan berpakaian pelik untuk menyambut hari lahirnya.

 
Guardian Knight menjamu selera dengan Hayate

Hayate melayan Guardian Knight seperti ahli keluarganya sendiri, bukan sebagai Master dan Servant. Layanannya berbeza daripada Master Book Of Darkness yang sebelumnya yang lebih kejam dan mengganggap Guardian Knight sebagai alat. Hayate membeli pakaian yang baru kepada Guardian Knight. Dia juga memasak makanan yang sedap. Hayate juga sering kali mandi bersama sama Signum, Shamal, dan Vita. Oleh sebab Hayate gemar membaca buku, Hayate seringkali ke Perpustakaan Uminari. Di situ, Hayate bertemu dengan sahabat Takamachi Nanoha iaitu Suzuka Tsukimura. Suzuka membantu Hayate untuk menggambil buku daripada rak kerana Hayate mengalami lumpuh.

Sehinggalah penyakit Hayate menjadi lebih teruk, Doktor Ishida mengatakan penyakit lumpuhnya mula merebak ke bahagian organ yang lain. Doktor Ishida masih binggung memikirkan apakah sebab berlakunya kelumpuhan. Signum berasa amat tertekan dan dia tahu bahawa Hayate sebenarnya tidak sakit, tetapi Hayate terikat dengan sumpahan Book Of Darkness. Jika Book Of Darkness tidak di isi dengan Linker Core, maka Book Of Darkness akan mula menyerap kuasa Masternya iaitu Hayate. Hayate akan lumpuh dan boleh mengalami kematian. Oleh itu, Guardian Knight mula membuat keputusan untuk mengumpul Linker Core demi keselamatan Master mereka. Signum memungkiri janjinya dengan Hayate untuk tidak mengumpul Linker Core. Mereka mula menyerang Mage yang lain dan merentap Linker Core sepertimana yang berlaku kepada Fate testarossa dan Takamachi Nanoha. Mereka berusaha keras untuk melengkapkan 666 muka surat Book Of Darkness untuk membolehkan Hayate mendapat kuasa sekaligus menyembuhkan penyakit lumpuhnya.

 
Dua watak yang tidak dikenali

Berlakulah pertarungan yang hebat antara Guardian Knight dengan pihak Jabatan Angkasa Bureau. Signum terpaksa bertarung dengan Fate, manakala Vita terpaksa bertarung dengan Nanoha. Begitu juga dengan Zafira yang bertarung dengan Arf Testarossa. Apabila menghampiri puncak cerita, Nanoha, Fate dan sahabatnya, Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura melawat Hayate di hospital. Di saat itu, Nanoha dan Fate akhirnya tahu bahawa Hayate ialah Master kepada Book Of Darkness. Mereka bertarung di bumbung hospital, dan pertarungan mereka di ganggu oleh dua watak yang tidak dikenali. Kedua dua watak itu menyerang Guardian Knight dan juga menyerang Nanoha dan Fate. Mereka merentap Linker Core Guardian Knight, dan memerangkap Nanoha dan Fate dalam Crystal Cage. Mereka menyamar sebagai Nanoha dan Fate, segera menyeru kedatangan Hayate. Hayate yang datang dan terkejut dengan apa yang berlaku mula menjadi marah dan hilang kawalan, sehinggakan membangkitkan Book Of Darkness, dan badannya diambil alih oleh Yagami Reinforce Eins.

 
Hayate dan Reinforce dalam Unison Mode

Yagami Reinforce Eins melancarkan serangan bertubi tubi ke atas Nanoha dan Fate. Hayate pula masih tidur dalam seliaan Reinforce. Fate diserap ke dalam Book Of Darkness, membawa kembali dirinya ke Garden Of Time dan hidup bersama sama dengan keluarganya, Precia Testarossa, Alecia Testarossa, Linith Testarossa dan Arf Testarossa. Sementara itu Nanoha pula bertarung bermati matian sehinggakan terpaksa menggunakan form Excellion Mode yang boleh mengakibatkan badannya menanggung stress yang cukup kuat. Apabila Hayate kembali sedar dalam Unison Mode antara dirinya dengan Reinforce, Hayate mengatakan bahawa semua ini adalah salah dan dia ingin Nanoha menyerang Reinforce sekuat hati. Hayate telah bangun dan berjaya mengambil alih tubuh Reinforce. Dia juga memberi nama baru kepada Reinforce. Reinforce dahulunya bernama Book Of Darkness, segera mendapat nama baru iaitu Yagami Reinforce Eins kerana Hayate percaya bahawa Reinforce boleh menyokong dan memberi kekuatan kepadanya. Sementara itu, Fate testarossa pula berjaya keluar dari Book Of Darkness dengan menggunakan form Sprite Zanber. Kemudian, Hayate membina kembali sistem Book Of Darkness kepada sistem asal, Tome Of The Night Sky. Hayate turut membina semula sistem Guardian Knight dengan memulangkan kembali Linker Core kepada Signum, Shamal, Vita dan Zafira.

Mereka kini bersama-sama dan bersatu padu menewaskan Kebangkitan Book Of Darkness Kali Kedua. Guardian Knight memberi kerjasama yang penuh kepada pihak Jabatan Angkasa Bureau. Mereka membuka kuasa tertinggi. Tiga punca kuasa utama iaitu Nanoha, Fate dan Hayate berjaya melemahkan Binatang Rasaksa yang merupakan program ciptaan Book Of Darkness. Binatang itu kemudiaannya dihantar ke orbit, dan Lindy Harlaown segera menembaknya dengan senjata Kapal Asura iaitu Arc En Ciel. Setelah semuanya selesai. Hayate pengsan dan dirawat di hospital. Reinforce pula korbankan dirinya kerana tidak mahu Hayate menghampiri maut. Reinforce ialah Book Of Darkness yang memakan roh Hayate secara perlahan lahan. Oleh itu Reinforce korbankan dirinya.

Hayate dalam musim ketiga/Strikers sunting

Musim ketiga, iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha StrikerS bermula setelah beberapa tahun Magical Girl Lyrical Nanoha A's ditamatkan. Ketika musim ketiga ini, Hayate, Takamachi Nanoha, Fate Testarossa, Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura telah mencapai 19 tahun. Mereka berlima berkawan baik dan sedang berada di tahap sekolah tinggi. Hayate yang lumpuh ketika dahulu, telah boleh berjalan kesan daripada pengorbanan Yagami Reinforce Eins. Hayate terus menetap di dimensi Bumi, Bandar Uminari bersama-sama dengan Guardian Knight.

Biarpun masih bersekolah tinggi, namun begitu, Hayate masih aktif melibatkan diri dalam misi Jabatan Angkasa Bureau. Kedudukannya sebagai Pegawai Atasan dan Ketua Kumpulan Bahagian 6 yang terbahagi kepada Kumpulan Bintang seliaan Nanoha dan Kumpulan Kilat seliaan Fate, menyebabkan dirinya turut menjadi sibuk menguruskan anak buahnya.

Kemunculan Hayate pada musim ini kelihatan lebih matang. Jubah perlawanannya tetap sama. Begitu juga dengan Guardian Knight. Hayate seperti dahulunya, amat rapat dengan Guardian Knight. Namun begitu, di musim ini, Hayate turt mengambil berat akan Nanoha dan Fate, malah mereka tidur sekatil bertiga. Biarpun nampak lembut namun Hayate amat tegas dalam melaksanakan tugasnya. Dalam StrikerS, Khazanah Logia yang Hilang ataupun Lost Logia masih dikaitkan dengan misi mereka. Cuma kali ini, ianya berbentuk Drones iaitu sebuah alat teknologi canggih yang mengunakan Jewel Seed sebagai punca kuasanya. Drones ini dihasilkan oleh Jail Scaglietti iaitu seorang saintis yang bijak dan agak gila. Fate ialah orang yang pertama menyedari bahawa Jewel Seed terlibat dalam kes terbaru mereka.

Hayate berada bawah tanggungjawab Nakajima Genya yang merupakan ayah kepada Nakajima Subaru dan Nakajima Gingga. Orang yang paling rapat dengan Hayate ialah Yagami Renforce Zwei yang juga merupakan Reinforce II, kelahiran semula Reinforce I. Yagami Hayate Master kepada Book Of Darkness sering menerima kritikan daripada Regius Gaiz yang tidak berpuas hati terhadap jawatan yang dikecapi oleh Hayate. Dia mengatakan bahawa Hayate tidak layak menyandang jawatan tersebut, membuatkan Hayate bekerja keras dan kadang kala tertekan. Mujurlah Hayate mempunyai kawan-kawan yang memberi sokongan seperti Nanoha, Fate dan sahabat barunya iaitu Inspektor Verossa Acous, Carim Gracia daripada Saint Church dan pembantunya, Schach Nouera. Ketika di episod 12, Hayate yang bekerja di pejabat secara tiba tiba memakai Pakaian Pertempurannya @ combat battle clothes @ barrier jacket, untuk membantu Nanoha dan Fate menewaskan Gadget Drones iaitu ciptaan Profesor Jail Scaglietti. Hayate juga membantu dalam pertempuran akhir sehingga dirinya terperangkap bersama-sama dengan Nanoha di tempat musuh. Namun begitu, Subaru dan Teana berjaya menyelamatkan mereka.