Yahaya Ismail atau 'Pak Ya' merupakan penulis politik dan biografi politik yang terkenal di Malaysia. Beliau pernah bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,Malaysia. Ketekunan beliau dalam kritikan sastera menyebabkan beliau diberi julukan 'H.B. Jassin Malaysia'.

Yahaya Ismail tinggal di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor.Beliau pernah memimpin Persatuan Penulis Nasional (Pena) dan cuba mengheret Pena ke dalam kancah politik apabila UMNO (Baru) berdepan dengan parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.Beliau dilihat tidak serasi dengan Gapena di bawah pimpinan Tan Sri Ismail Hussein yang asyik mencari Melayu di luar negara.

Beliau pernah mengendalikan ahkbar tabloit, 'Bebas' tetapi permitnya dibatalkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Pendidikan dan kerjayaSunting

Yahaya Ismail bersekolah di Sekolah Melayu Tanah Kebun (1947 – 1950) ; Sekolah Inggeris Methodist, Parti Buntar (1951 – 1957); Sekolah Laki-laki Methodist, Pulau Pinang (1958) dan Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur (1960-1961).


Kerjaya beliau bermula sebagai guru. Kemudian sebagai Pembantu Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka.Kemudian sambung belajar di Universitas Indonesia (1968 – 1970) dan mendapat Sarjana Sastera.Di DBP, beliau dilantik pula sebagai Penolong Pegawai Penyelidik (1971). Kemudian Yahaya sambung belajar di Australia (1973). Sewaktu menuntut di Australia, beliau menjadi Presiden bagi Persatuan Melayu Victoria.

Sekembali dari luar negara, beliau berkhidmat di Institut Teknologi MARA, Shah Alam sebelum berhijrah ke Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (1973-1976).Pada Oktober 1976, beliau bertugas sebagai pengarang majalah bulanan Dialog.

Yahaya menubuhkan syarikat perunding , editorial dan penerbitan Dinamik Kreatif (1977) yang bertempat di Bangunan Uda, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur.


Yahaya Ismail aktif dalam perjuangan mendaulatkan Bahasa Kebangsaan antara tahun 1964-1967 dan terpilih sebagai Ketua Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan 1964 untuk berunding dengan kerajaan .Malangnya .... Beliau tampil berpidato dengan begitu semangat sekali. Beliau menjadi Setiausaha I Persatuan Penulis Nasional (PENA)(1966 – 1967).

Kritikan sasteraSunting

Beliau cenderung kepada kritikan sastera Barat dan Timur terutama politik, falsafah dan sosiologi. Pelbagai kritikan dihasilkan terutama sekali kritikan novel novelis tempatan. Beliau pernah menulis buku 'Satu kajian Mengenai Karya-karya Ahmad Rashid Talu dan Pertumbuhan, Perkembangan dan Kejatuhan Lekra di Indonesia.

Kritikan Yahaya tidaklah dipuji malah ada yang tidak disukai kerana membawa pendekatan Barat dan mencetuskan polemik sastera. Kajiannya tentang Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA), organisasi berbaur 'komunis' telah diterbitkan oleh DBP .


Bakat beliau dalam cerpen dan novel bercorak cereka dan satira mendapat tempat di kalangan peminat.Novelnya Langkah Kiri, memaparkan sikap masyarakat yang berpura-pura dan rasuah apabila berada di tampuk kuasa.

Yahaya memimpin ruangan kesusasteraan dalam Mingguan Timur di utara Malaysia. Beliau mula terlibat dalam dunia penerbitan perniagaan. Yahaya bertugas sebagai Ketua Pengarang akhbar Kinabalu Sabah Times (1980-an). Selain itu menjadi penulis dalam akhbar mingguan Watan.[1]

KontroversiSunting

Pada Mac 2009, beliau dikatakan mengugut naib ketua Pemuda Umno dengan menerbitkan buku 'Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin' yang kemudian menjadi kes polis. Khairy membuat laporan kerana Yahaya Ismail mahukan wang RM100,000 untuk memindahkan hak cipta buku.[2]

PenulisanSunting

  1. Tsunami politik anti Pak Lah ,Usaha Teguh, 2008
  2. Tuah & Sial Khairy Jamaluddin
  3. Amaran Terakhir untuk UMNO
  4. UMNO politics : Abdullah Badawi's dilemma ,Usaha Teguh, 2003.
  5. Kepimpinan Umno selepas , Usaha Teguh Sendirian Berhad ; 2003.
  6. The cultural heritage of Sabah ,Dinamika Edition, 1998.
  7. Anwar Ibrahim ya atau tidak ? ,Dinamika kreatif sdn. bhd., 1998.
  8. Anwar & Nalla : seks + judi & konspirasi , Dinamika Kreatif, 1998.
  9. Siapa kebal, Mahathir atau raja-raja Melayu ? ,Dinamika Kreatif, 1993.
  10. Skandal politik Wan Mokhtar di Terengganu, ,Dinamika Kreatif, 1990
  11. Encyclopedia of Knowledge,Dragon, 1989.
  12. Politik UMNO : Melayu tergugat, ,Dinamika Kreatif, 1987
  13. Siapa Presiden UMNO 1987, Mahathir - Tengku Razaleigh? ,Dinamika Kreatif, 1987.
  14. Kekuasaan dan ketuanan Melayu di Malaysia,Dinamika Kreatif, 1986.
  15. Politik Islam di Sabah , Dinamika Kreatif Sdn. Bhd., 1986.
  16. Krisis UMNO: Dilema Mahathir, Dinamika Kreatif Sdn. Bhd, 1986.
  17. Ke mana USNO ? , Dinamika Kreatif, 1979.
  18. Bulan purnama gerhana di Kelantan : satu analisa politik Kelantan , Dinamik Kreatif, 1978.
  19. Politik Universiti Merdeka , Dinamika Kreatif, 1978.
  20. Sejarah sastra Melayu moden ,Fajar Bakti, 1976.
  21. Bimbingan sastra Melayu lama , Utusan Melayu, 1975.
  22. Ke mana Melayu Pulau Pinang ?
  23. Krisis politik di Kelantan , Dinamika Kreatif, ?


RujukanSunting