Alhaji Dr. Yahya (Abdul-Aziz Jemus Junkung) Jammeh (Jola: يحيا آبدل-آزٌيز جمس خنكنغ ديلليو جمح; lahir di Kanilai, 25 Mei 1965; umur 58 tahun) merupakan Presiden Gambia. Sebagai pengerusi Majlis Kuasa Undang-undang Tentera Sementara, beliau mengawal negara ini dalam rampasan kuasa militan pada Julai 1994, dan terpilih sebagai presiden sah pada September 1996, dalam sebuah pilihan raya yang dikritik oleh banyak pihak.[4] Dia mengasaskan Perikatan Pembinaan dan Penyemaian Semangat Patriotik sebagai sebuah parti politik bagi bertanding dalam pilihan raya itu. Presiden Jammeh dilantik semula pada 18 Oktober 2001 dengan majoriti 53%; pilihan raya ini diisytiharkan bebas oleh para pemerhati.[5]

Yahya Jammeh
Presiden Gambia
Dalam jawatan
22 Julai 1994 – 21 Januari 2017
Naib PresidenIsatou Njie-Saidy
Didahului olehDawda Jawara
Digantikan olehAdama Barrow
Butiran peribadi
LahirYahya Abdul-Aziz Jammeh
(1965-05-25) 25 Mei 1965 (umur 58)
Kanilai, Gambia
Parti politikPerikatan Pembinaan dan Penyemaian Semangat Patriotik
PasanganZeinab Soumah
Alima Sallah (kemungkinan bercerai)
Tuti Faal (1994-98, bercerai.)[1][2][3]
Anak-anak2
Alma materWHISC
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Gambia
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Nasional Gambia
Tahun perkhidmatan1984–1996
PangkatKolonel

Jammeh telah dituduh sebagai menyekat kebebasan akhbar, undang-undang akhbar yang tegas dan diikuti dengan kes pembunuhan seorang wartawan yang tidak dapat diselesaikan yang kerap mengkritik kerajaan, Deyda Hydara, pada bulan Disember 2004.[6] Sebuah cubaan rampasan kuasa ke atas Jammeh telah dilaporkan dan berjaya dipatahkan pada 21 Mac 2006; Jammeh, yang ketika itu berada di Mauritania dengan segera kembali semula ke negaranya. Ketua Turus Tentera Ndure Cham, ketua cubaan rampasan kuasa itu,[7] dilaporkan melarikan diri ke negara jiran, Senegal, sementara beberapa orang yang lain telah ditahan[8] dan dibicarakan.

Jammeh bertanding untuk penggal ketiga sebagai presiden pada 22 September 2006. Pilihan raya terbabit dirancang diadakan pada bulan Oktober tetapi diawalkan berikutan bertembung dengan bulan suci orang Islam iaitu Ramadan.[9] Dia dilantik semula dengan majoriti 67.3% undian.[10]

Beliau seterusnya menang penggal keempatnya pada pilihan raya presiden November 2011 dengan majoriti 71.5 %.[11]

Pada pilihanraya presiden Gambia tahun 2016, beliau tewas ditangan Adama Barrow.

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FNdiv tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FNvisit tidak disediakan
  3. ^ "Yahya Jammeh Wife: Who Is Married To The Gambian President". Morning Ledger. 16 Disember 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2016. Dicapai pada 18 Januari 2017.
  4. ^ Nota Latar belakang: Gambia, Jabatan Negara A.S., Mac 2006.
  5. ^ Laporan tentang Hak Asasi Manusia di Gambia, Jabatan Negara A.S., 4 Mac 2002.
  6. ^ "Ribuan protes kematian wartawan", IRIN, 22 Disember 2004.
  7. ^ "Rampasan kuasa dipatahkan, kata jurucakap kerajaan", IRIN, 22 Mac 2006.
  8. ^ "Tangkapan dibuat terhadap cubaan rampasan kuasa", BBC.co.uk, 28 Mac 2006.
  9. ^ "Pilhan Raya dialihkan pada 22 September kerana bulan Ramadan" Diarkibkan 2006-06-20 di Wayback Machine, Reuters, 3 Jun 2006.
  10. ^ "Presiden Gambia dipilih semula", Berita BBC, 23 September 2006.
  11. ^ "Gambia's Jammeh Wins Fourth Term With 71% of Votes Cast". Bloomberg. 2011. Dicapai pada 27 November 2011.
Didahului oleh
Dawda Jawara
Presiden Gambia
1994–2017
Diikuti oleh:
Adama Barrow