Datuk Yahya Lampong ialah Naib Presiden Perkasa. Pendaftaran Perkasa diluluskan pada 22 September 2008.Perkasa mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera dalam Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Pada 2001, beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO Tanjung Aru. Pada 15 April 2011, mesyuarat perwakilan UMNO Tanjung Aru kecoh apabila 60 ahli UMNO dari 23 cawangan ditegah masuk ke dewan persidangan. Kesemua 60 cawangan itu mencalonkan Abdul Razak Dulait sebagai ketua bahagian Tanjung Aru.Yahya Lampong adalah salah seorang anggota cawangan Kampung Sembulan Baru yang menerima notis persidangan yang tidak sah hadir mesyuarat perwakilan bahagian. Fasal 14 (4.5) Perlembangan UMNO menyatakan bahawa cawangan-cawangan yang dicadangkan digantung atau dibubarkan boleh menghantar wakil jika cawangan itu dapat mengadakan persidangan dengan sempurna.[1]


Dilucut dari UMNO sunting

Pada 23 Ogos 2001, Lembaga disiplin UMNO melucutkan kawatan Ketua UMNO bahagian Tanjung Aru, Datuk Yahaya Lampong ;Ketua UMNO bahagian Gopeng, Mustafa Kamal Mohd. Nawi; dua ketua bahagian Muar, Datuk Abdullah Omar dan Abdul Malek Munip; ketua bahagian Baling, Datuk Zainol Md. Isa .Turut menerima nasib sama ialah Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kamaruddin Md. Nor dan Ketua Bahagian Bukit Bintang, Datuk Abdul Azim Mohd. Zabidi.[2]

Pengerusi CIS sunting

Datuk Yahya Lampong adalah pengerusi kilang simen CIS yang dibina dengan kos RM45.5 juta . Kilang ini beroperasi sejak April 2009 di Teluk Sepanggar. Terminal baru dapat membekalkan simen untuk daerah Sandakan, Tawau, Lahad Datu,Kunak, Semporna, Kinabatangan dan Beluran.[3]

Rujukan sunting