Yahya Othman

ahli politik dan ulama Malaysia

Ustaz Datuk Haji Yahya Haji Othman adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang berlatarbelakangkan tarbiah harakiah. Beliau telah dinobatkan sebagai Murabbi PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kerajaan Negeri Kelantan.

Dato' Ustaz Haji

Yahya Othman

Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Banggol Judah
Dalam jawatan
1990–1999
Didahului olehIsmail Mamat
Digantikan olehZakaria Yaacob
Butiran peribadi
Lahir(1939-09-22)22 September 1939
Machang, Kelantan
Meninggal dunia14 Jun 2012(2012-06-14) (umur 72)
Machang, Kelantan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia

Latar belakang, Pendidikan dan Kerjaya sunting

Ustaz Yahya Othman yang dilahirkan di Kampung Dewan, Labok, Kelantan pada 22 September 1939 telah mendapat pendidikan agama di Darul Ulum ad-Diiniyah, Mekah (1947-1958) dan belajar di Baghdad dan Damsyik selama dua tahun sebelum ke Mesir pada 1960 dan mendapat ijazah syariah wal qanun pada 1966 dari Universiti al-Azhar. Pada 1970, beliau mendapat ijazah sarjana dalam siasah syar'iyah di universiti yang sama. Ketika berada di luar negeri beliau menjadi Penolong Setiausaha Jawatankuasa Belia Kelantan di Mekah, kemudian sejak 1961 menjadi pimpinan Persatuan Melayu Mesir (PMM) dan Nadi Talabah Wafidin mulai 1963.

Beliau dilantik sebagai pensyarah Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) pada 1967, sebelum menjadi Dekan Fakulti Syariah wal Qanun YPTIK dan akhirnya sebagai Timbalan Pengetua YPTIK. Pada 1978, beliau meletak jawatan kerana dicalonkan oleh PAS untuk bertanding di Parlimen Pasir Puteh.

Beliau juga pengasas dan pengarah Institut al-Nur selepas PAS tidak lagi mentadbir Kelantan tahun 1980-an. Pengasas Maahad Dakwah wa Imamah seawal PAS mentadbir semula Kelantan tahun 1990. Apabila Maahad Dakwah wal Imamah ditubuhkan pada 1992, beliau menjadi penyelia sehingga tertubuhnya Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Dalam PAS, Ustaz Yahya lebih banyak berperanan dalam bidang tarbiyah sejak 1970 dan menjadi pengasas tarbiyah haraki pada pertengahan 1970-an. Ketika ini beliau turut menjadi Ahli Jawatankuasa WAMY (1973-1975), selain menduduki Majlis Syura ABIM. Ustaz Yahya Othman telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mulai 1983 hingga 1999 dan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS sejak 1987 dan pernah menjadi Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS (1993-1998). Selain menduduki kepemimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Perhubungan PAS Kelantan, beliau juga merupakan Yang Dipertua PAS Machang (1971-1991).

Semenjak bertanding di Pasir Puteh pada 1978, beliau menumpukan seluruh kegiatannya bersama PAS terutama setelah Anwar Ibrahim menyertai Umno pada 1982. Beliau menggerakkan tarbiyah dalam PAS dan bertanding pada 1986 tetapi tewas di DUN Banggol Judah. beliau menjadi ADUN Banggol Judah (1990-1999) dan dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan penggal 1990-1994 selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah.

Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah.

Pilihan raya sunting

Yahya Othman bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1978 di kerusi Pasir Putih. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1990 beliau menang bertanding di kerusi DUN Banggol Judah dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN Negeri Kelantan.

Tahun 1982, beliau menjadi Pengarah Pilihan raya kecil Selinsing 1982. Pilihan raya itu diadakan berikutan petisyen kemenangan percuma calon Pas, Drs Abdul Rahman diterima mahkamah. Jadi pilihan raya semula terpaksa diadakan. Calon UMNO ialah Muhammad Abdu Bakar (Allahyarham).

Meninggal dunia sunting

Yahya Othman meninggal dunia pada usia 72 tahun di rumahnya di Labok, Machang, Kelantan pada 14 Jun 2012. Pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengunjunginya bagi mendapatkan doa agar hujung perbicaraan liwat 2 menyebelahinya. [1][2]

Rujukan sunting