Nama Yahya Saidin ada tercatat dalam buku-buku bacaan untuk sekolah-sekolah sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan terbitan Sinaran Bros. Tokoh ini merupakan salah seorang pelukis kartun dan komik awal yang bergiat bersama-sama Ali Sanat dan Osman Kangkung di era akhbar dan majalah di Tanah Melayu sebelum merdeka.