Yahya Sulong
Datuk Yahya Sulong (1928 – 6 Februari 2013) juga dikenali sebagai Pak Ya merupakan seorang pelakon dan pelawak di Malaysia.
Yahya Sulong | |
---|---|
Kelahiran | Yahya Sulong 1928 |
Meninggal dunia | 6 Februari 2013 (berumur 84–85) |
Sebab kematian | Penyakit asma serta jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam, Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor |
Nama lain | Pak Ya |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak |
Tahun aktif | 1961–2013 |
Pasangan | Datin Alisah Ali (k. 1978; m. 2013) |
Anak-anak | 11 |
Kehidupan peribadi Sunting
Pak Ya yang sudah empat kali mendirikan rumah tangga dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit itu kini kekal dengan isteri tercinta Datin Alisah Ali.
Selain menjadi anak seni, dia pernah bertugas sebagai anggota keselamatan selepas pentas bangsawan ditutup pada 1948. Untuk meneruskan sumber rezeki, dia menyertai pasukan polis dan bertugas di bahagian skuad hutan. Pak Ya bertugas pada zaman komunis di Balai Polis Ipoh, Perak.
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1961 | Abu Nawas | Filem pertama | |
1968 | Ahmad Albab | ||
Miang Miang Keladi | |||
1970 | Asmara Kirana | ||
1971 | Putus Sudah Kaseh Sayang | ||
1972 | Anak Ku Suami Ku | ||
1978 | Gila-Gila | ||
1979 | Panglima Badol | Pualam | |
Kisah Seorang Biduan | Yahya | ||
1980 | Toyol | ||
1981 | Da Di Du | Badi | |
Si Luncai | Pak Malas | ||
1983 | Manis-Manis Sayang | Office Boy | |
1984 | Talak | Ramli | |
1985 | Anak Niat | ||
1989 | Oh Fatimah | Abu | |
1990 | Janda Meletup | Ketua Gangster | |
1999 | Senario The Movie | Pengunjung Funfair | Filem terakhir |
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1989 | Hikayat Hang Setia | TV1 |
Bangsawan Sunting
- Laila Majnun
- Batu Belah Batu Bertangkup
Album Sunting
Pernah bersama kumpulan 4 Serama dulu pernah menghasilkan album berjudul Rencah Ketawa Asam Pedas bersama Mek Habsah dan Osman Kering.
Lain-lain album yang dihasilkan Pak Ya ialah Oh Fatimah dan Apa Dah Jadi.
Anugerah Sunting
- Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Gabenor Pulau Pinang
Kematian Sunting
- Setelah menderita mengalami penyakit asma serta jantung, Beliau telah meninggal dunia pada jam 6.45 petang Rabu, 6 Februari 2013 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau meninggalkan balunya, Alisah Ali pada usia 85 tahun.