Buka menu utama

Yamaha Ego merupakan sebuah skuter kecil seakan kapcai dengan teknologi CVT yang dikeluarkan oleh Yamaha. Ia diperkenalkan di Asia Tenggara setelah kejayaan model Yamaha Nouvo. Ia juga dikenali sebagai Yamaha Mio. Ia menggunakan enjin SOHC 115 cc yang sama seperti yang digunakan pada Yamaha Nouvo.

Yamaha Ego
Yamaha Mio Ultimo 01.jpg Yamaha Mio Ultimo
PengeluarYamaha Motor Co., Ltd.
Juga dikenaliYamaha Mio
Pengeluaran2003-sekarang
PenggantiYamaha Mio Soul
Yamaha Mio Ultimo
Yamaha Ego S
KelasKapcai, Skuter
Enjin113.7 cc, 4 lejang, SOHC, 2 injap sejukan udara
Kuasa5.98kW @ 8,000 rpm
Tork7.53Nm @ 6,500 rpm
TransmisiCVT
BerkaitanYamaha Nouvo
Yamaha Vino 125

Sejarah modelSunting

2003Sunting

Berasaskan daripada prestasi jualan serta data kajian teknikal motosikal Yamaha Nouvo oleh pasukan R&D Yamaha, pada tahun 2003 Yamaha Motor membangunkan dan memasarkan Yamaha Mio di Asia Tenggara dan pada Mac 2004, Hong Leong Yamaha (HLY) memperkenalkan model ini di Malaysia dan menamakannya semula sebagai Yamaha Ego[1].

2006Sunting

Model tahun 2006 membawakan beberapa pembaharuan kepada Mio, terutamanya pada namanya di mana ia dikenali sebagai Yamaha Mio Soul (kecuali di Malaysia).

Antara perubahan yang dilakukan termasuklah lampu hadapan berbentuk V bagi penglihatan waktu malam yang lebih baik, papan pemuka baru serta pelekat badan baru, tetapi enjin yang digunakan masih sama seperti pada model lama. Untuk keselamatan, lampu belakang direka semula dengan tambahan pemantul cahaya.

Untuk pasaran Malaysia, HLY sekali lagi bertanggungjawab menamakan semula model ini sebagai Yamaha Ego S serta melancarkannya pada Oktober 2007. Majlis pelancaran bertempat di Sheraton Subang Hotel di Kuala Lumpur, Malaysia[2].

Pautan luarSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Ego Launch". Hong Leong Industries. March 10, 2004. Dicapai 2008-07-30. 
  2. ^ "Ego S Launch" (PDF). Hong Leong Yamaha. October 10, 2007. Dicapai 2008-07-30.