Yamaha Nouvo adalah motosikal skuter CVT dengan badan kapcai yang dikeluarkan oleh Yamaha. Ia diperkenalkan pada April 2002 untuk pasaran Asia Tenggara dan pada tahun 2004, Yamaha mengambil langkah memperkenalkan model ini di pasaran Amerika Selatan iaitu di Brazil dengan nama Yamaha Neo.

Yamaha Nouvo
Yamaha Nouvo S
PengeluarYamaha Motor Co., Ltd.
Juga dikenaliYamaha Nouvo S di Malaysia
Yamaha Nouvo MX di Thailand
Yamaha Nouvo RC di Vietnam
Yamaha Nouvo Z di Indonesia dan Filipina
Yamaha Neo di Brazil
Pengeluaran2002-sekarang
PenggantiYamaha Nouvo LC
KelasSkuter, kapcai
TransmisiAutomatik CVT
BerkaitanYamaha Ego

Sejarah model sunting

2002 sunting

 
2002 Yamaha Nouvo dengan kotak barang di belakang
 
2006 Yamaha Nouvo MX

Setelah beberapa kajian menyeluruh di kawasan Asia, model Nouvo dibangunkan dengan kod model "AT115"[1] dan pada April 2002, Yamaha mula memasarkan model Yamaha Nouvo di Malaysia, Indonesia, Thailand dan negara Asean yang lain[2].

Jurutera Yamaha membangunkan dengan khusus kerangka model ini dengan tahap ketegaran yang hapir sama dengan motosikal kapcai untuk memperoleh tunggangan serta prestasi pengendalian sebagus kapcai serta tahap keselesaan seperti skuter. Motosikal ini digerakkan oleh enjin 4 lejang, SOHC 2 injap silinder tunggal yang mempunyai perwatakan kilasan yang kuat pada kelajuan rendah dan sederhana.

2004 sunting

Pada tahun 2004, Nouvo diberikan wajah baru yang agresif oleh Yamaha; ia termasuklah lampu hadapan yang menyerupai motosikal sport Yamaha YZF-R1. Untuk keselamatan, lampu belakang juga direka dengan penggunaan sistem berbilang pemantul. Untuk meningkatkan kestabilan, gantungan hadapan diset semula dengan tetapan baru. Perubahan kosmetik lain termasuklah bahagian penutup badan plastik serta alas kaki penumpang[3].

Setelah meperoleh kejayaan besar dalam pasaran, Yamaha Motor Company di Vietnam melancarkan edisi terhad bagi pasaran mereka pada tahun 2007, yang dikenali sebagai Yamaha Nouvo Limited[4]. Ia menampilkan lampu hadapan berbentuk V serta pelekat baru tetapi spesifikasi enjin tetap sama kecuali pada Nouvo Elegance. Model ini didatangkan hanya dengan dua warna - Putih Serigala dan Hitam Kesatria.

Setakat 2008, Nouvo masih merupakan motosikal skuter yang menyerupai kapcai di Asia Tenggara terutamanya di Thailand, Malaysia dan Indonesia kerana rekabentuk uniknya yang menarik ramai penunggang muda membelinya. Perkataan "Nouvo" berasal daripada "Nouveau" dalam Bahasa Perancis yang bermaksud "baru" atau "bergaya".

2008 sunting

 
2008 Yamaha Nouvo LX-RC

Setelah kejayaan Nouvo, pada Februari 2008 Yamaha Motor Company di Thailand dan Vietnam melancarkan model Yamaha Nouvo Elegance serba baru (LX di Vietnam) bagi pasaran masing-masing; perubahan ketara pada model ini ialah sesaran enjinnya dinaikkan daripada 115cc kepada 135cc (11.26 kuasa kuda). Tambahan pula, bahagian silinder dan omboh tempaan kini dibuat daripada DiASil (silinder aluminium acuan tempaan) yang lebih ringan bagi memberikan nisbah kuasa kepada berat yang lebih baik, mengurangkan kepanasan enjin pada perjalanan jauh. Radiator sejukan air juga dipasang pada bahagian sisi kanan enjin bagi penyejukan enjin serta ketahanan enjin yang lebih baik. Perubahan kosmetik turut dilakukan, termasuklah penggunaan papan pemuka baru dengan odometer digital. Nouvo Elegance turut dilancarkan di Malaysia pada Ogos 2008 dengan nama "Yamaha Nouvo LC"[5]. Menurut Yamaha, Nouvo Elegance bakal dilancarkan di Brazil pada tahun 2009.

Ciri utama sunting

  • Enjin SOHC 115cc atau 135cc dengan CVT yang mudah digunakan - Penggunaan enjin 4 lejang yang mesra alam bagi melepasi piawaian emisi tanpa penggunaan penukar bermangkin; spesifikasi ini memastikan tunggangan yang selesa terutamanya dalam keadaan tunggangan di bandar raya yang sibuk.
  • Karburetor BS oleh Mikuni - Yamaha Nouvo menggunakan karburetor Mikuni BS25/1 (BS26/1 bagi Nouvo Elegance) untuk memastikan tindak balas yang baik serta prestasi dan pembakaran yang lebih cekap pada enjin.
  • Roda 16 inci - Untuk prestasi tunggangan yang baik walaupun pada keadaan jalan yang teruk; fakta ini berasaskan hasil kajian pasukan R&D Yamaha di kawasan Asean.
  • Kerangka reka bentuk baru dengan ketegaran seakan kapcai - Reka bentuk ini memberikan kestabilan garisan lurus yang baik serta pengendalian yang lincah.

Spesifikasi sunting

Sesetengah spesifikasi mungkin berbeza mengikut negara Kesemua spesifikasi adalah menurut dakwaan pengeluar.

2002[2] 2004[3] dengan SE 2008[6]
Enjin
Type Sejukan udara, 4 lejang, SOHC, 2 injap Sejukan air, 4 lejang, SOHC, 2 injap dengan blok enjin DiASil
Sesaran 115 cc 135 cc
Susunan silinder Silinder tunggal
Lubang x lejang 50 mm x 57.9 mm 54.0 mm x 57.9 mm
Sistem bahan api Karburetor Mikuni BS25/1 Karburetor Mikuni BS26/1
Nisbah mampatan 8.8:1 10.8:1
Kuasa kuda 6.54kW (8.9 PS)/8,000rpm 8.4kW (11.2 PS)/8,500rpm
Kilasan 8.63N-m (0.88kgf-m)/7,000rpm 10.6N-m (1.08kgf-m)/6,500rpm
Pacuan akhir Tali sawat V
Sistem penghidup Elektrik dan tendang
Sistem penyalaan DC-CDI
Sistem pelinciran Takungan basah
Transmisi Automatik CVT
Kerangka
Jenis kerangka Tiub keluli tetulang bawah (underbone)
Brek hadapan Brek cakera 220 mm cakera tunggal dengan angkup 2 pot
Brek belakang Brek gelendong 130 mm
Gantungan hadapan Fork teleskopik Kayaba
Gantungan belakang Lengan ayun dengan penyerap hentakan berkembar Kayaba
Tayar hadapan 70/90-16 dengan rim lidi 16 inci* 70/90-16 dengan rim aloi 16 inci dan taya tanpa tiub
Tayar belakang 80/90-16 dengan rim lidi 16 inci* 80/90-16 dengan rim aloi 16 inci dan taya tanpa tiub
Dimensi
Panjang 1,935 mm 1,950 mm
Lebar 675 mm 678 mm
Tinggi 1,070 mm 1,080 mm
Tinggi pelana 755 mm 770 mm
Jarak roda 1,280 mm 1,290 mm
Caster 25 °00' N/A
Trail 112 mm N/A
Muatan bahan api 4.9 liter 4.8 liter
Muatan minyak enjin 0.9 liter 0.9 liter
Berat kering 96 kg/101 kg 103 kg/108 kg 105 kg/111 kg
Lain-lain
Jaminan Dibaharui pada 2004 1 tahun (Jaminan Terhad Pengeluar) atau 10,000 km

SE - Edisi Khas
* Rim lidi masih boleh didapati dengan model terkini di beberapa negara sebagai aksesori pilihan.

Pautan luar sunting

Laman web rasmi sunting

Carilah nouveau dalam Wiktionary, kamus bebas.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Rujukan
  1. ^ Buku Panduan Pengguna AT115
  2. ^ a b Yamaha Global: News Releases April 2002 Diarkibkan 2007-08-09 di Wayback Machine Release of the Yamaha Nouvo in the ASEAN markets Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Yamaha Nouvo Releases" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b Yamaha Global: News Releases September 2004 Diarkibkan 2007-08-09 di Wayback Machine New Yamaha Nouvo debuts on the Thai market Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Thai Releases" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Yamaha Global: News Releases July 2007 Flagship model in Vietnam
  5. ^ "Yamaha's New Automatic Motorcycle" (PDF). Hong Leong Yamaha. August 18, 2008. Dicapai pada 2008-08-29.
  6. ^ Motorcycle Thailand: News Releases February 19 2008 New Yamaha Nouvo Elegance 135cc debuts on the Thai market
Nota
  • Buku Panduan Pengguna AT135, Yamaha Motor Co. Ltd Edisi Ke-2, Januari 2005