Buka menu utama
Fail:Ino002.jpg
Yamanaka Ino

Ino ialah salah satu watak dalam siri manga dan anime Naruto.

Latar belakangSunting

Yamanaka Ino amat mementingkan rupa paras dan merupakan sebahagian daripada Pasukan 10 (Pasukan Asuma) bersama-sama dengan rakan sepasukan Nara Shikamaru dan Akimichi Choji. Pada mulanya, Ino tidak menyukai Choji kerana saiz badannya dan Shikamaru kerana personalitinya yang tidak popular tetapi sebenarnya, Ino mempunyai pertalian persahabatan yang baik dengan mereka. Lagipun, ayah mereka bertiga pernah bekerjasama sebagai satu pasukan. Maka, Pasukan 10 dianggap sebagai pasukan generasi kedua Ino-Shika-Cho. Ino, Shikamaru dan Choji memakai anting-anting yang sama jenis - cincin perak yang kecil.

Sebagai anak perempuan seorang pemilik kedai bunga, Ino sangat mahir dalam seni menggubah bunga. Sebagai ahli keluarga Yamanaka pula, Ino menguasai jurus yang melibatkan manipulasi minda.

Ino dan SakuraSunting

Fail:Ino001.jpg
Si kecil Ino

Semasa mereka masih menuntut di Akademi, Ino berkawan dengan Haruno Sakura, seorang gadis yang tiak disukai ramai kerana dahinya lapang. Ino menghadiahkan seutas reben kepada Sakura menyebabkan Sakura membina personaliti diri. Apabila keyakinan diri Sakura bertambah, Sakura mendapati dirinya meyukai Uchiha Sasuke yang turut diminati oleh Ino. Maka, Sakura menamatkan persahabatan mereka agar boleh bertanding secara adil dalam memenangi hati Sasuke.


Sumber-sumberSunting

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.