Rujukan kehormat
Rujukan kehormat ialah frasa yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang kehormat seperti Raja-raja, bangsawan dan orang-orang kenamaan. Ia digunakan secara meluas di Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Selatan Filipina.
Malaysia, Brunei, Singapura dan beberapa Provinsi di Indonesia sering menjalankan istiadat pengurniaan darjah kebesaran yang membawa kepada gelaran kehormat kepada para penerima.
Rencana ini merujuk kepada sistem yang digunakan di Malaysia dan di Brunei sahaja.
Penggunaan
suntingSusunan yang betul untuk menulis dan membahasakan secara rasmi adalah: panggilan hormat, pangkat, gelaran turun temurun kerabat diraja, gelaran bangsawan, gelaran Persekutuan, gelaran negeri, kelayakan profesional, gelaran badan profesional, gelaran profesional, gelaran turun temurun bukan kerabat diraja, gelaran bagi mereka yang telah menunaikan Haji, iaitu Haji (gelaran) atau Hajah bagi wanita, nama.[perlu rujukan]
Malaysia
sunting- Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
- Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia
- Yang Amat Berhormat Dato' Panglima Perang, Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin Daud
- Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat
- Yang Amat Di-Hormati Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dato' Seri Panglima (Dr.) Haji Mohd Zahidi Zainuddin
- Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Utama Haji Abdullah Ahmad Badawi
- Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Mohd Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah
- Yang Berhormat Mulia Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
- Yang Berhormat Tuan Guru Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang
- Yang Arif Hakim Dato' Indera Mohd Arief Emran Arifin
- Yang Berbahagia Prof. Dato' Ir. Ts. Dr. Haji Mohd Fozi Ali
- Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Haji Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
- Yang Di-Hormati Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Dato' Seri Dr. Abdullah Fadzil Che Wan
Bagi penerima darjah kebesaran dari pelbagai negeri, gelaran darjah kebesaran digunakan ketika berada di negeri berkenaan. Sebagai contoh Perdana Menteri Malaysia.
Mahiaddin Yasin
- Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Persekutuan, Johor, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Kelantan, Terengganu)
- Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri Diraja Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Kedah, Perak)
- Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Negeri Sembilan)
- Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Perlis)
- Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Melaka)
- Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Sabah)
- Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Sarawak)
Ismail Sabri Yaakob
- Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Persekutuan)
- Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ismail Sabri bin Yaakob (Melaka)
- Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ismail Sabri bin Yaakob (Sabah)
- Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Ismail Sabri bin Yaakob (Sarawak)
Terdapat juga gelaran yang digunakan oleh kerabat diraja yang mengatasi gelaran orang kebanyakan. Contohnya Al-Haj digunakan oleh Raja-raja Melayu dan kerabat diraja sebagai tanda kemuliaan bagi menggantikan Haji (gelaran) bagi orang kebanyakan.
- Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Bagi para murabbi atau muallim yang mempunyai kelayakan dalam suatu bidang, mereka akan menggunakan gelaran seperti Al-Hafiz bagi penghafaz Al-Quran, Al-Muqri bagi individu yang mengetahui dan memperolehi kebanyakan bacaan qiraat (sab'ah/'asyarah sughra/'asyarah kubra) secara talaqqi musyafahah dan kemudian mengajarkannya dan Al-Qari bagi individu yang bertalaqqi musyafahah riwayat qiraat, mengetahui ilmu tajwid, waqaf & ibtida', menekuni riwayat tersebut tetapi tidak mengajarkannya.
- Sahibul Fadilah Dato' Sheikh Haji Mohamah Nor bin Mansor Al-Hafiz
- Sahibul Fadilah Ustaz Haji Ahmad Mustafa bin Mohd Sidin Al-Muqri
- Sahibul Fadilah Sheikh Muhammad bin Khalil Al-Qari
Brunei
sunting- Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib
Panggilan hormat
suntingPanggilan hormat dikategorikan seperti berikut :
- Panggilan Hormat Diraja
- Panggilan Hormat untuk jawatan
- Panggilan Hormat untuk para penerima Darjah Kebesaran Persekutuan
- Panggilan Hormat untuk para penerima Darjah Kebesaran Negeri
- Panggilan Hormat untuk keturunan
- Panggilan Hormat untuk ahli agama
- Panggilan Hormat untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ahli Akademik dan Pasukan/Badan-badan Beruniform
Berikut ialah senarai rujukan kehormat berserta penggunaannya:[1][2]
Raja-raja Melayu
suntingKebawah Duli Yang Maha Mulia
sunting- Digunakan sebagai gelaran bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berdasarkan gelaran Sultan di negeri masing-masing. Gelaran ini turut digunakan bagi Pemangku Raja bagi negeri yang sultannya menjadi Yang di-Pertuan Agong
Persekutuan
suntingKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Negeri
suntingTerengganu: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu
Kelantan: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan
Kedah: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman
Kebawah Duli Paduka Baginda
suntingNegeri
suntingPahang: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang (sejak 14 Mac 2024)
Duli Yang Maha Mulia
sunting- Digunakan untuk Sultan dan Raja yang memerintah sesebuah negara dan kerajaan atau negeri serta digunakan oleh Suri Pemerintah atau Pemangku Raja di Negeri-negeri berikut: Perlis, Perak, Selangor sekiranya sultan negeri tersebut menjadi Yang di-Pertuan Agong (kebiasaannya "Duli Yang Maha Mulia");
Negeri
suntingPerlis: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis
Perak: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Selangor: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
Negeri Sembilan: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Johor: Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor
Kerabat Diraja
suntingYang Maha Mulia
suntingUntuk gelaran Raja-raja Permaisuri Melayu di Malaysia yang telah turun takhta dari menjadi Raja Permaisuri sesuatu negeri dan baginda masih hidup. (contoh: Yang Maha Mulia Raja Perempuan, Yang Maha Mulia Raja Permaisuri, Yang Maha Mulia Tengku Ampuan dan Yang Maha Mulia Che Puan Besar). Juga digunakan sebagai gelaran kehormat untuk Pemangku Raja Kelantan.
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia
suntingPernah digunakan oleh pewaris takhta yang bergelar Tengku Mahkota Pahang.
Kebawah Duli Paduka Mulia
suntingUntuk pewaris takhta yang bergelar Tengku Mahkota Pahang (sejak 14 Mac 2024)
Duli Yang Teramat Mulia
suntingUntuk pewaris takhta bergelar Raja Muda di Perlis,Kedah,Selangor dan Perak serta Yang di-Pertuan Muda di Terengganu dan Pemangku Raja yang memerintah sesebuah negeri/kerajaan. (biasanya "Duli Yang Teramat Mulia");
Duli Yang Amat Mulia
suntingUntuk pewaris takhta yang bergelar Tunku Mahkota Johor serta pewaris-pewaris takhta kedua yang bergelar Raja Muda Johor,Raja di-Hilir Perak dan Tunku Mahkota Kedah.
Yang Teramat Mulia
suntingUntuk pewaris takhta yang bergelar Tengku Mahkota Kelantan, Raja-raja Bergelar di Perak, kaum kerabat terdekat Sultan Kedah, dan Undang (luak di Negeri Sembilan).
Yang Amat Mulia
suntingUntuk keluarga kerabat terdekat Sultan (anak-anak kandung/anak angkat dan adik-beradik serta saudara mara)walaupun di gelar anak angkat, tetapi dikira secara sah di sisi undang-undang dan agama serta anak angkat di gelar kepada anakanda sultan bagi negeri-negeri di malaysia.anak angkat kedudukan nya adalah sama seperti anak kandung sultan, di beri peruntukan khas diraja bulanan sepanjang hayat termasuk isteri, anak-anak dan cucunya dan elaun-elaun khas setiap tahun semasa menyambut ulang tahun kerabat sultan, dan nama keturunan Yang Amat Mulia atau ringkasnya Yang Mulia boleh di turun kepada anak-anak kandung sehingga cucu kandung bagi kerabat-kerabat sultan iaitu anak kandung mahupun anak angkat. Walau pun orang awam melihat seseorang itu adalah anak angkat sultan mahupun anak kandung sultan termasuk isteri dan cucu bagi kerahat diraja, tetapi bahasa istana dan adat budaya wajib menjunjung adab-adab diraja sebagai tanda hormat keatas keluarga diraja dan raja-raja melayu. anak sultan walaupun anak angkat mengikut akta diraja adalah sah sepanjang hayat dan yang telah di benar kan untuk naik singgahsana, tinggal di istana sepanjang hayat bersama isteri dan anak-anak. Yang Amat Mulia juga diguna pakai bagi isteri pasangan Undang. Gelaran rasmi ialah Yang Amat Mulia Tok Puan (ikut luak pasang)
Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia
Untuk di Negeri Sembilan, gelaran itu digunakan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Undang Yang Empat di Negeri Sembilan. Yang Teramat Mulia Dato' Undang Yang Empat ini berperanan dalam pemerintahan di luak masing-masing seperti di Luak Johol, Luak Sungei Ujong, Luak Jelebu dan Luak Rembau dan Raja Memerintah bersama bagi Negeri Sembilan sebagaimana Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan berkenaan Takrif Raja/Pemerintah bagi Negeri Sembilan.
Yang Mulia
suntingUntuk kerabat diraja yang bergelar (Raja), (Tengku), (Tunku), (Engku), (Ungku), (Ku), (Syed untuk lelaki dan Sharifah untuk wanita dengan nama belakang Jamalullail untuk Kerabat Diraja' Perlis sahaja) waris Undang di Negeri Sembilan Kebiasaannya paduka anakanda dan cucunda Raja-raja bergelar atau kerabat terdekat.
Gelaran kerabat diraja Melayu
suntingGelaran-gelaran berikut adalah untuk baka atau salasilah keturunan hanya diberikan kepada keluarga diraja di sembilan negeri beraja di Malaysia dan keluarga beraja Brunei.
Malaysia
suntingKebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) (Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا ) atau Duli Yang Maha Mulia (DYMM) (Jawi: دولي يڠ مها ملويا ) digunakan untuk Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan pemerintah Negeri-negeri beraja. Yang di-Pertuan Agong juga menggunakan "Seri Paduka Baginda"(Jawi: سري ڤدوک بݢيندا ). Walau bagaimanapun, penggunaan gelaran lain adalah mengikut negeri-negeri.
Persekutuan
sunting- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوک بݢيندا يڠدڤرتوان أݢوڠ ) ialah gelaran rasmi bagi ketua utama Malaysia yang dipilih dalam kalangan sembilan pemerintah negeri beraja.
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong (Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا تيمبلن يڠدڤرتوان أݢوڠ ) ialah gelaran rasmi bagi timbalan ketua utama Malaysia yang dipilih dalam kalangan sembilan pemerintah negeri beraja.
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوک بݢيمدا راج ڤرمايسوري اݢوڠ ) ialah gelaran rasmi bagi isteri ketua utama Malaysia.
Negeri Sembilan
sunting- Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar (Jawi: دولي يڠ مها موليا يڠدڤرتوان بسر ) ialah gelaran rasmi bagi Raja pemerintah Negeri Sembilan.
- Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato' Undang (Jawi: يڠ ترامت موليا داتوء اوندڠ) ialah gelaran rasmi bagi Raja memerintah bersama bagi Negeri Sembilan Darul Khusus.
- Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar (Jawi: دولي يڠ مها موليا تونکو امڤون بسر ) ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Negeri Sembilan yang berketurunan raja.
- Duli Yang Teramat Mulia Che' Ampuan Besar (Jawi: يڠ ترامت موليا چ امڤوان بسر ) ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Negeri Sembilan yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Yang Amat Mulia To’ Puan (Jawi: يڠ امت موليا توق ڤوان). ialah gelaran rasmi bagi isteri Pemerintah bersama bagi Negeri Sembilan iaitu Undang yang Empat.
- Yang Maha Mulia Tunku Ampuan (Jawi: يڠ مها موليا تونکو امڤوان ) ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian raja.
- Yang Maha Mulia Tunku Puan Besar (Jawi: يڠ مها موليا تونکو ڤوان بسر ) juga ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian raja.
- Anak bagi pemerintah Negeri Sembilan dipanggil Yang Amat Mulia Tunku (Jawi: يڠ امت موليا تونکو ).
- Anak lelaki pertama kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kebiasaannya dilantik sebagai Tunku Besar Seri Menanti dengan gelaran Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti (Jawi: يڠ امت موليا تونکو بسر سري مننتي )
- Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin (Jawi: يڠ ترامت موليا تونکو بسر تمڤين ) pula ialah pemerintah di Luak Tampin yang dipimpin oleh keluarga berketurunan al-Qadri. Pasangan mereka yang berasal dari kerabat diraja dipanggil Yang Mulia Tunku Isteri (Jawi: يڠ موليا تونكو استري ) manakala yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa) dipanggil Yang Mulia Cik Puan Isteri (Jawi: يڠ موليا چ ڤوان استري )
- Yang Mulia Tunku (Jawi: يڠ موليا تونكو ) ialah gelaran bagi kerabat jauh dan Anak Raja Bergelar iaitu Tunku Alang, Tunku Imam, Tunku Kecil Besar dan Tunku Kecil Muda.
- Yang Mulia Waris (Jawi: يڠ مليا واريث) ialah gelaran bagi suku pewaris bagi intitusi Undang yang Empat.
Selangor
sunting- Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan ialah gelaran pemerintah Selangor.
- Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Selangor yang berketurunan raja.
- Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Selangor yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Yang Teramat Mulia Che' Puan Besar ialah gelaran bagi isteri kedua pemerintah Selangor yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Yang Maha Mulia Tengku Ampuan ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian raja,yang berketurunan raja.
- Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja ialah gelaran bagi bonda Sultan yang tidak ditabalkan sebagai Tengku Ampuan.
- Yang Amat Mulia Permaisuri ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian raja yang bukan berketurunan raja.
- Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda ialah gelaran bagi pewaris takhta.
- Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda ialah gelaran bagi isteri pewaris takhta yang berketurunan raja
- Yang Teramat Mulia Che' Puan Muda ialah gelaran bagi isteri pewaris takhta yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Anak bagi pemerintah Selangor yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tengku.
- Kerabat bergelar Orang Besar Istana yang bertanggungjawab terhadap sebarang istiadat yang melibatkan istana digelar sebagai Yang Dimuliakan Tengku. Pasangan mereka akan dikurniakan rujukan awalan kehormat To’ Puan.
Perlis
sunting- Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Perlis ialah gelaran pemerintah Perlis.
- Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Perlis.
- Yang Maha Mulia Raja Perempuan Besar ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian raja.
- Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda ialah gelaran bagi pewaris takhta.
- Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda ialah gelaran bagi isteri pewaris takhta.
- Anak bagi pemerintah Perlis yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Syed/Sharifah dengan nama keluarga Jamalullail di akhir nama.
Terengganu
sunting- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan ialah gelaran pemerintah Terengganu.
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang berketurunan raja.
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri ialah gelaran bagi isteri pemerintah yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah ialah gelaran khas bagi isteri pemerintah yang dikurniakan oleh Sultan.
- Yang Maha Mulia Tengku Ampuan ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami.
- Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami, yang lebih tua.
- Yang Teramat Mulia Tengku Besar gelaran bagi bonda Sultan yang tidak dimahkotakan dengan sebarang gelaran.
- Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda ialah gelaran bagi pewaris takhta.
- Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Muda ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang berketurunan raja.
- Yang Amat Berbahagia To' Puan Seri ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Anak bagi pemerintah Terengganu yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tengku.
Kedah
sunting- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan ialah gelaran pemerintah Kedah.
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah ialah gelaran bagi isteri pemerintah, sama ada berketurunan raja atau tidak.
- Yang Maha Mulia Tunku Ampuan (gelaran lama) ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami yang berketurunan raja.
- Yang Maha Mulia Che Puan Besar ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami yang bukan berketurunan raja.
- Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda ialah gelaran bagi pewaris takhta.
- Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta.
- Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota ialah gelaran bagi pewaris takhta kedua.
- Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta kedua.
- Anak bagi pemerintah Kedah yang lain dipanggil Yang Teramat Mulia Tunku.
Kelantan
sunting- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan Yang di-Pertuan ialah gelaran pemerintah Kelantan.
- Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang berketurunan raja.
- Duli Yang Maha Mulia Sultanah ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Yang Maha Mulia Raja Perempuan pula ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami yang berketurunan raja.
- Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota ialah gelaran bagi pewaris takhta.
- Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mahkota ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang berketurunan raja.
- Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Anak bagi pemerintah Kelantan yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tengku. Sekiranya seseorang itu memegang sesetengah jawatan dalam Istana, mereka dipanggil Yang Berhormat Mulia Tengku.
Pahang
sunting- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan ialah gelaran pemerintah Pahang.
- Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang berketurunan raja.
- Duli Yang Maha Mulia Sultanah ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami, yang berketurunan raja
- Yang Amat Mulia Che Puan Besar ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota ialah gelaran bagi pewaris takhta.
- Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Puan ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang berketurunan raja.
- Duli Paduka Mulia Che Puan ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Anak bagi pemerintah Pahang yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tengku.
Johor
sunting- Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan ialah gelaran pemerintah Johor.
- Duli Yang Maha Mulia Permaisuri ialah gelaran rasmi bagi isteri sultan yang berketurunan raja berstatus puteri langsung kepada seorang sultan di luar dari susur galur darah keturunan Kesultanan Johor.
- Duli Yang Maha Mulia Sultanah ialah gelaran rasmi bagi isteri sultan sama ada berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa) atau kerabat diraja yang bukan berstatus anak sultan/raja pemerintah.
- Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan (gelaran lama) ialah gelaran bagi pasangan Sultan jika berasal dari susur galur darah keturunan Kesultanan Johor.
- Yang Amat Mulia Tunku Puan ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami yang berketurunan raja.
- Yang Amat Mulia Enche' Besar ialah gelaran bagi bonda Sultan yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota ialah gelaran bagi pewaris takhta.
- Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta.
- Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Duli Yang Amat Mulia Raja Muda ialah anak pertama kepada pewaris takhta.
- Anak bagi pemerintah Johor yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tunku.
Perak
sunting- Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah ialah gelaran pemerintah Perak.
- Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Perak yang berketurunan diraja.
- Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Perak yang berasal daripada orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Yang Teramat Mulia Raja Puan ialah gelaran rasmi bagi isteri kedua pemerintah Perak yang berketurunan diraja.
- Yang Teramat Mulia Che’ Puan ialah gelaran rasmi bagi isteri kedua pemerintah Perak yang berasal daripada orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Yang Maha Mulia Raja Perempuan ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami,yang berketurunan raja
- Yang Maha Mulia Raja Permaisuri ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami,yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda ialah gelaran bagi pewaris takhta.
- Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar ialah gelaran bagi isteri pewaris takhta yang berketurunan raja.
- Duli Yang Teramat Mulia Che’ Puan Besar ialah gelaran bagi isteri pewaris takhta yang berasal daripada orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar (berdarah diraja) dan Yang Teramat Mulia Che’ Puan Besar (orang kebanyakan) ialah gelaran rasmi balu kepada Raja Muda.
- Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir ialah gelaran bagi pewaris takhta kedua.
- Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda ialah gelaran bagi isteri pewaris takhta kedua yang berketurunan raja.
- Duli Yang Amat Mulia Che’ Puan Muda ialah gelaran bagi isteri pewaris takhta kedua yang berasal daripada orang kebanyakan (rakyat biasa).
- Yang Amat Mulia Raja Puan Muda (berdarah diraja) dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Muda (orang kebanyakan) ialah gelaran rasmi balu kepada Raja Di-Hilir.
- Anak bagi pemerintah Perak yang lain dipanggil Yang Teramat Mulia Raja/Engku.
Brunei
suntingBerikut ialah gelaran rasmi yang digunakan untuk kerabat diraja Brunei.
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (Jawi: کباوه دولي يڠ مها موليا ڤدوک سري بݢيندا سلطان دان يڠدڤرتوان نݢارا بروني دارالسلام ) ialah gelaran rasmi bagi Sultan Brunei.
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri (Jawi: کباوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوک بݢيندا راج ايستري ) ialah gelaran rasmi bagi pasangan Sultan yang pertama.
- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Isteri (Jawi: دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن ايستري ) ialah gelaran rasmi bagi pasangan Sultan yang lebih muda.
- Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan (Jawi: کباوه دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري بݢاوان سلطان ) ialah gelaran bagi bekas Sultan yang masih hidup.
- Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Suri Seri Begawan Raja (Jawi: كباوه دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سوري سري بݢاوان راج ) ialah gelaran rasmi bagi bonda Sultan.
Bagi mereka yang berketurunan raja dan telah berkahwin, mereka digelar sebagai Pengiran (Jawi: ڤڠيرن ):
- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota (Jawi: دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن مودا مهکوتا ) ialah gelaran bagi pewaris takhta.
- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda (Jawi: دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن مودا ) pula ialah gelaran bagi putera kepada Sultan
- Yang Teramat Mulia Pengiran Muda (Jawi: يڠ ترامت موليا ڤڠيرن مودا ) ialah gelaran bagi putera kepada Pengiran Muda Mahkota
- Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri (Jawi: يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن انق ڤوتري ) ialah gelaran bagi puteri kepada Sultan,
- Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri (Jawi: يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن انق ايستري ) ialah pasangan kepada Pengiran Muda Mahkota
- Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri (Jawi: يڠ ترامت موليا ڤڠيرن انق ايستري ) ialah pasangan kepada Pengiran Perdana Wazir
- Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri (Jawi: يڠ امت موليا ڤيرن انق ايستري ) ialah pasangan kepada putera Sultan yang lain.
- Pengiran Anak (Jawi: ڤڠيرن انق ) ialah gelaran bagi cucu Sultan yang lain.
- Yang Teramat Mulia Pengiran Anak (Jawi: يڠ ترامت موليا ڤڠيرن انق ) ialah gelaran bagi puteri kepada Pengiran Muda Mahkota
- Yang Amat Mulia Pengiran Anak (Jawi: يڠ امت موليا ڤڠيرن انق )ialah gelaran bagi cucu Sultan yang lain.
- Yang Amat Mulia Pengiran Anak (Jawi: يڠ امت موليا ڤڠيرن انق ) ialah gelaran bagi menantu Sultan yang dinaikkan kemuliaan.
- Yang Amat Mulia Pengiran Anak (Jawi: يڠ امت موليا ڤڠيرن انق ) bagi keluarga diraja yang lebih rendah pada peringkat Cheteria.
Gelaran bagi cucu juga diguna pakai untuk cicit dan piut Sultan. Bagi generasi terkemudian dipanggil dengan Pengiran sahaja.
Seseorang yang berkahwin dengan anggota jauh kerabat diraja akan digelar Pengiran Anak (Jawi: ڤڠيرن انق ), dan gelaran akan hilang sekiranya mereka bercerai.
Perempuan yang berketurunan raja yang berkahwin dengan putera digelar Pengiran Isteri (Jawi: ڤڠيرن ايستري ).
Perempuan yang bukan berketurunan raja yang berkahwin dengan putera pula digelar Pengiran Bini (Jawi: ڤڠيرن بيني ).
Keturunan yang jauh dari keluarga diraja akan digelar Awangku (Jawi: اوڠکو ) bagi lelaki dan Dayangku (Jawi: دايڠکو ) bagi perempuan[3]
Gelaran-gelaran lain yang kecil ialah Tengku Putera (Jawi: تڠکو ڤوترا ) bagi lelaki dan Tengku Puteri (Jawi: تڠکو ڤوتري ) bagi perempuan.
Yang di-Pertua Negeri
sunting- Tuan/Puan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri (Jawi: توان/ڤوان يڠ تراوتام ) pula bukan gelaran diraja, tetapi ialah nama bagi pemerintah negeri tidak beraja iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebelum ini, rujukan kehormat yang digunakan adalah Yang Terutama.
Orang kenamaan
suntingTuan Yang Terutama
sunting- Yang di-Pertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja. (kebiasaannya "Tuan Yang Terutama"). Ia juga digunakan keatas ketua kerajaan negara asing dan Pesuruhjaya Tinggi atau Duta Besar yang mewakili negara di Malaysia.
Paduka Yang Mulia adalah rujukan kehormat yang digunakan ke atas Pesuruhjaya Tinggi atau Duta Besar yang mewakili negara asing di Malaysia. Ia bagaimanapun dimansuhkan kerana berunsur feudal.
Puan Yang Terutama
suntingIa digunakan ke atas ketua kerajaan negara asing atau Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar dari kalangan wanita yang mewakili negara masing-masing ketika berada di Malaysia.
Yang Amat Berhormat
sunting(Panggilan ini tidak digunakan dalam Dewan Negara/Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri kepada Menteri Besar, Premier atau Ketua Menteri yang juga adalah Ahli Parlimen/ADUN, sebaliknya YB (nama kawasan Parlimen atau DUN yang diwakili digunakan)).
Yang Amat Dihormati
sunting- Orang Besar Berempat Perak.
- Orang Kaya Berempat Pahang.
- Pasangan/isteri Menteri Besar Johor.
Yang Amat Berbahagia
sunting- Mereka yang bergelar Tun dan Toh Puan
- Pasangan Yang di-Pertua Negeri
- Pasangan Perdana Menteri
- Pasangan Timbalan Perdana Menteri
- Pasangan Menteri Besar, Premier dan Ketua Menteri
- Pasangan kepada kerabat diraja Pahang
Yang Amat Arif
sunting- Ketua Hakim Negara
- Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia
- Hakim Besar Malaya
- Hakim Besar Sabah dan Sarawak
- Ketua Hakim Syarie Malaysia
Pengunaan ketika dalam situasi formal, seperti di dalam mahkamah dan di luar mahkamah).
Yang Berhormat Mulia
sunting- Menteri
- Timbalan Menteri
- Yang di-Pertua Dewan Negara
- Yang di-Pertua Dewan Rakyat
- Yang di-Pertua Dewan Negeri/Speaker
- Ahli Dewan Rakyat
- Ahli Dewan Negara (Senator)
- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Setiausaha Kerajaan Negeri
Untuk dari kalangan yang berketurunan Raja dan Sultan yang pemerintah sebuah Kerajaan atau Kesultanan dan kerabat diraja yang bergelar bangsawan diraja di Malaysia sahaja.
Yang Berhormat
sunting- Menteri
- Timbalan Menteri
- Setiausaha Parlimen
- Yang di-Pertua Dewan Negara
- Yang di-Pertua Dewan Rakyat
- Yang di-Pertua Dewan Negeri/Speaker
- Ahli Dewan Rakyat
- Ahli Dewan Negara (Senator)
- Ahli Dewan Negeri
- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Setiausaha Kerajaan Negeri
- Penasihat Undang-undang Negeri
- Pegawai Kewangan Negeri
- Penerima darjah kebesaran negeri Johor yang bergelar Dato' dan Datin Paduka kurniaan Sultan Johor
Yang Hormat
sunting- Penerima darjah kebesaran negeri Pahang yang bergelar Dato' Sri Setia, Dato' Sri Diraja, Dato' Sri, Dato' Indera, Dato' kurniaan Sultan Pahang.
Yang Berbahagia
sunting- Mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Pehin Sri, Seri Setia, Datuk Seri, Datin Seri, Dato' Paduka, Datin Amar, Datin Paduka, Datuk Amar, Datuk, Dato', Datu, Dato, Dato Sri, Datuk Patinggi, Datin Patinggi, Datuk Seri Panglima, Datin Seri Panglima, Datuk Seri Utama, Datin Seri Utama, Dato' Sri Diraja, Datin Sri Diraja, Dato' Sri Setia, Datin Sri Setia, Datin, Dato' Dato' bergelar Kelantan dan Dato' Dato' bergelar perlis atau yang berkaitan dengannya (yang bukan Ahli Parlimen dan ADUN).
- Pasangan pegawai kanan Persekutuan termasuklah antaranya Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Kementerian dan lain-lain yang tidak bergelar.
- Pasangan Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar
- Pasangan Yang Berhormat, Yang Amat Arif, Yang Arif, Yang Dihormati, Yang Berbahagia, Yang Amat Setia, Sahibus Samahah, Sahibul Fadhilah dan Sahibus Saadah.
- Pasangan kepada kerabat diraja
Yang Dihormati
sunting- Pasangan/isteri kepada penerima darjah kebesaran negeri Johor kurniaan Sultan Johor suami yang bergelar Dato', sebagai contoh Datin nama isteri dengan nama suami di belakang namanya
Yang Arif
sunting- Hakim bagi Mahkamah Rayuan Sivil dan Syariah, Mahkamah Tinggi Sivil dan Syariah, Mahkamah Rendah Syariah.
Ketika dalam situasi yang formal seperti di dalam mahkamah dan di luar mahkamah.
Pegawai kanan kerajaan
suntingYang Amat Setia
sunting- Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.[4]
Yang Amat Berusaha
sunting- Ketua-ketua jabatan negeri Kelantan yang tidak bergelar.
Yang DiHormati
sunting- Ketua Polis Negara Malaysia yang bergelar.
Pegawai kerajaan
suntingYang Setia
sunting- Pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Pegawai kanan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Yang Berusaha
sunting- Pegawai kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri yang tidak bergelar.
- Pasangan Yang Amat Berusaha
- Pasangan Yang Setia..
Agamawan
suntingSahibus Samahah
sunting- Mufti Kerajaan Negeri
Sahibul Fadilah
sunting- Kadi Besar Negeri
Sahibus Saadah
sunting- Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.
Al Allamah
sunting- Tuan Guru
Al-Fadil
sunting- Ustaz.
Gelaran Malaysia
suntingDi Malaysia, Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan gelaran persekutuan. Sebahagian mungkin membawa gelaran persekutuan yang berikut. Gelaran-gelaran sebegini adalah suatu kehormatan dan bukan keturunan. Gelaran persekutuan mungkin boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan mungkin boleh dikembalikan oleh seorang individu.
Persekutuan
suntingTun
suntingGelaran Tun telah wujud dalam masyarakat Malaysia selama beratus-ratus tahun. Pada zaman dahulu, Tun ialah gelaran kehormat yang digunakan oleh orang bangsawan berketurunan raja, yang diwarisi oleh kaum lelaki. Kini, gelaran Tun telah menjadi gelaran yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada penerima berkelayakkan dan paling berjasa yang telah memberi sumbangan besar kepada negara.
Tun ialah pangkat persekutuan paling kanan yang diberikan kepada penerima sama ada Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Seri Setia Mahkota (SSM). Gelaran untuk isteri Tun adalah Toh Puan. SMN biasanya dianugerahkan kepada Yang di-Pertua Negeri (YDPN) dan bekas Perdana Menteri Malaysia. Penerima gelaran Tun yang bukan pemerintah negeri atau wakil rakyat diberikan gelaran Yang Amat Berbahagia.
Contoh:
- Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
- Yang Amat Berbahagia Tun (Dr.) Haji Arshad Ayub
Tan Sri
suntingTan Sri ialah pangkat persekutuan paling kanan kedua yang diberikan kepada penerima sama ada Panglima Mangku Negara (PMN) dan Panglima Setia Mahkota (PSM). Isteri bagi Tan Sri adalah Puan Sri. Penerima gelaran Tan Sri yang bukan wakil rakyat digelar Yang Berbahagia.
Contoh:
- Yang Berhormat Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
- Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk
suntingDatuk ialah gelaran persekutuan yang mula diperkenalkan pada 1965. Ia terhad kepada penerima Panglima Jasa Negara (PJN) dan Panglima Setia Diraja (PSD). Isteri seorang Datuk digelar Datin. Penerima gelaran Datuk yang bukan wakil rakyat digelar Yang Berbahagia.
Contoh:
- Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Marzuki Mohamad
- Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rashid Asari
Gelaran Negeri
suntingNegeri
suntingPehin Sri
suntingGelaran Pehin Sri ialah gelaran yang diperkenalkan oleh Sarawak yang hanya dianugerahkan kepada individu yang pernah dilantik dan ialah bekas Ketua Menteri Sarawak, Perdana Menteri Malaysia, Yang di-Pertua Negeri atau setaraf atau lebih tinggi. Pehin Seri ialah gelaran bagi penerima darjah Satria Bintang Sarawak (SBS).
Contoh:
- Yang Amat Berbahagia Tun Pehin Sri Dr. Haji Mahathir bin Mohamad
- Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Seri Setia
suntingSeri Setia ialah gelaran baharu yang diperkenalkan oleh Melaka yang hanya dianugerahkan kepada individu yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka atau setaraf atau lebih tinggi, yang menerima Darjah Seri Paduka Setia Melaka (SPSM).[5]
Contoh:
- Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam
Datuk, Dato', Datu dan Dato
suntingDi Malaysia, darjah kebesaran negeri dan Wilayah Persekutuan dikurniakan oleh ketua bagi setiap 13 negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Gelaran-gelaran adalah suatu kehormatan dan bukan pewarisan. Gelaran negeri boleh ditarik semula atau digantung oleh ketua negeri atau dipulangkan semula secara perseorangan. Dato' Sri atau Dato' Seri (sesetengah Dato’ dieja dengan Datuk bagi sesetengah negeri) ialah gelaran tertinggi yang diberikan oleh penerima yang telah menyumbang sesuatu kepada negara dan negeri. Isteri penerima gelaran digelar Datin Sri atau Datin Seri.
Dato' Bergelar
suntingSenarai Dato' Bergelar Kelantan[6]
Kelantan
sunting- Dato’ Sri Paduka Raja
- Dato’ Sri Setia Raja
- Dato’ Sri Amar D’Raja
- Dato’ Sri D’Raja
- Dato’ Sri Nara D’Raja
- Dato’ Sri Nirmala
- Dato’ Sri Ratna D’Raja
- Dato’ Sri Derma
- Dato’ Amar D’Raja
- Dato’ Aria D’Raja
- Dato’ Bentara Setia
- Dato’ Wira Jaya
- Dato’ Istiadat Mahkota
- Dato’ Bentara Kiri
- Dato’ Bentara Dalam
- Dato’ Bentara Luar
- Dato’ Kaya Muda
- Dato’ Bentara Muda
- Dato’ Bentara Jaya
- Dato’ Biji Sura
- Dato’ Lela D’Raja
- Dato’ Adika Raja
- Dato’ Bentara Kanan
- Dato’ Kaya Setia
- Dato’ Lela Negara
- Dato’ Lela Jasa
- Dato’ Kaya Bakti
- Dato’ Kaya Nara
- Dato’ Jaya Ratna
- Dato’ Kaya Pati
- Dato’ Kaya Perba
- Dato’ Perwira Raja
- Dato’ Kaya Derma
- Dato’ Kaya Budi
- Dato’ Megat Lela D’Raja
- Dato’ Bandar
- Dato’ Panglima Laut
- Dato’ Panglima Perang
- Dato’ Lela Muda
- Dato’ Bentara Guna
- Dato’ Penghulu Balai
- Dato’ Kaya Hulubalang
- Dato’ Kaya Perwara
- Dato’ Biji Wangsa
- Dato’ Bentara Istana
- Dato’ Bentara Sakti
- Dato’ Bentara Rakna
- Dato’ Megat Muda
- Dato’ Lela Perkasa
- Dato’ Panglima Dalam
- Dato’ Megat Mahkota
- Dato’ Ratna Nila
Contoh:
- Dato' Sri Paduka Raja Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Asri bin Muda
- Dato' Bentara Setia Tuan Guru Tan Sri Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
- Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob
Perlis
sunting- Dato’ Kurnia Bakti
- Dato’ Indera Perkasa
- Dato’ Indera Dewa
- Dato’ Indera Jaya
- Dato’ Indera Pahlawan
- Dato’ Alim Panglima
- Dato’ Kaya Bakti
- Dato’ Setia Jaya
- Dato’ Alim Setia
- Dato’ Lela Perkasa
- Dato’ Arif Perkasa
- Dato’ Murshid Diraja
- Dato' Kaya Pahlawan
- Dato' Kaya Bakti
Contoh:
- Dato' Arif Perkasa Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
- Dato' Murshid Diraja Datuk Dr. Juanda Jaya
- Dato' Kaya Pahlawan Rashid Jasin
- Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahaman @ Dahlan Mohd Zain
Dato' Kehormat
suntingSenarai Dato' Kehormat Perak[7]
Perak
sunting- Dato' Kurnia Bakti
- Dato' Kurnia Diraja
- Dato' Kurnia Negara
- Dato' Kurnia Jasa
- Dato' Kurnia Setia
- Dato' Kurnia Jaya
- Dato' Kurnia Indera
Contoh:
- Dato' Kurnia Jasa Tan Sri Osman Talib
- Dato' Kurnia Jaya Dato' Seri Shaari Shafie
Jaksa Pendamai
suntingTahap Jaksa Pendamai (JP) berada di bawah semua Dato' atau Datuk.
Gelaran Brunei
suntingPehin
suntingPehin pula ialah gelaran yang diberikan pada pangkal nama seorang Manteri Berchiri. Sebagai contoh gelaran di Brunei ialah Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Ibrahim, bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei yang kini ialah Penasihat Khas Sultan Brunei.[8][9] Gelaran ini merujuk kepada jawatan tradisional manteri di Brunei.
Bibliografi
sunting- Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rujukan
suntingPanggilan Hormat oleh Bahagian Istiadat Istana Negara
- ^ Protokol panggilan hormat, ms 37
- ^ Panggilan hormat dan kaedah penggunaannya
- ^ "pengiran". Malay Dictionary. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 June 2011.
- ^ Panggilan hormat bagi pegawai kanan Pertahanan Awam
- ^ "Tun Mohd Ali terima Darjah Seri Paduka Setia Melaka". BH. 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Ogos 2024.
- ^ Gelaran kebesaran negeri Dato’ Bergelar
- ^ Senarai darjah kebesaran negeri Perak
- ^ Rozan Yunos. "The Daily Brunei Resources: A Pehin in Brunei".
- ^ Bahasa Dalam Brunei