Rujukan kehormat

(Dilencongkan dari Yang Berhormat)
Bagi rujukan kehormat di Brunei, lihat Terasul.

Dalam pertuturan rasmi Bahasa Melayu, khususnya di Malaysia, rujukan kehormat ialah frasa yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang kehormat seperti Raja-raja. Rujukan kehormat bermula dengan Yang.

Berikut ialah senarai rujukan kehormat berserta penggunaannya:

Kebawah Duli Yang Maha MuliaSunting

Digunakan sebagai gelaran bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berdasarkan gelaran Sultan di negeri masing-masing. Gelaran ini turut digunakan bagi Pemangku Raja bagi negeri yang sultannya menjadi Yang di-Pertuan Agong

NegeriSunting

Persekutuan: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Terengganu: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu

Kelantan: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan

Kedah: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman

Pahang: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Pahang

Duli Yang Maha MuliaSunting

Digunakan untuk Sultan dan Raja yang memerintah sesebuah negara dan kerajaan atau negeri serta digunakan oleh Suri Pemerintah atau Pemangku Raja di Negeri-negeri berikut: Perlis, Perak, Selangor sekiranya sultan negeri tersebut menjadi Yang di-Pertuan Agong (biasanya "Duli Yang Maha Mulia");

NegeriSunting

Perlis: Duli Yang Maha Mulia Raja Negeri Perlis

Perak: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Selangor: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Negeri Sembilan: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Johor: Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

Yang Maha MuliaSunting

Untuk gelaran Raja Permaisuri Melayu di Malaysia yang telah turun takhta dari menjadi Raja Permaisuri sesuatu negeri dan baginda masih hidup. (contoh: Yang Maha Mulia Raja Permaisuri)

Duli Yang Teramat MuliaSunting

Untuk Raja Muda dan Pemangku Raja yang memerintah sesebuah negeri/kerajaan. (biasanya "Duli Yang Teramat Mulia");

Duli Yang Amat MuliaSunting

Untuk Tunku Mahkota Johor dan Raja Dihilir Perak.

Yang Teramat MuliaSunting

Untuk pewaris-pewaris takhta, Raja-raja Bergelar di Perak, kaum kerabat terdekat Sultan Kedah, dan Undang (luak di Negeri Sembilan).

Yang Amat MuliaSunting

Untuk kerabat terdekat Sultan (anak-anak kandung/anak angkat dan adik-beradik)walaupun di gelar anak angkat, tetapi dikira secara sah dan anak angkat di gelar kepada anakanda sultan bagi negeri-negeri di malaysia.anak angkat kedudukan nya adalah sama seperti anak kandung sultan, di beri elaun dan elaun-elaun khas setiap tahun semasa menyambut ulang tahun kerabat sultan, dan nama Yang Amat Mulia boleh di turun kepada anak-anak kandung sehingga cucu kandung bagi kerabat-kerabat sultan. Walau pun orang awam melihat seseorang itu adalah anak angkat sultan, tetapi bahasa istana dan adat budaya raja-raja melayu adalah anakanda sultan yang sah sepanjang hayat dan yang telah di benar kan untuk naik singgahsana istana sepanjang hayat bersama isteri dan anak-anak

Yang MuliaSunting

Untuk (kerabat diraja) yang bergelar Tengku, Tunku, Megat, Ungku, Engku, Raja dan Syed

Tuan Yang TerutamaSunting

Untuk Yang di-Pertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja. (biasanya "Tuan Yang Terutama")

Yang Amat BerhormatSunting

Untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
(Panggilan ini tidak digunakan dalam Dewan Rakyat/Dewan Negara kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri yang juga adalah Ahli Parlimen.

Yang Amat DihormatiSunting

Untuk Orang Besar Berempat Perak dan Orang Kaya Berempat Pahang.

Yang Amat BerbahagiaSunting

Untuk mereka yang bergelar Tun dan Toh Puan, isteri kepada Perdana Menteri, isteri Timbalan Perdana Menteri, isteri Menteri Besar dan isteri Ketua Menteri.

Yang Amat ArifSunting

Untuk Ketua Hakim Negara / Presiden Mahkamah Rayuan / Hakim Besar Malaya / Hakim Besar Sabah & Sarawak / Ketua Hakim Syarie (dalam situasi formal, seperti di mahkamah dan di luar mahkamah).

Yang Berhormat MuliaSunting

Untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri/Speaker, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara (Senator) dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang berketurunan Raja/Anak gahara/kerabat diraja.

Yang BerhormatSunting

Untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Penerima darjah kebesaran daripada Sultan Johor juga menggunakan gelaran hormat ini.

Yang HormatSunting

Untuk penerima darjah kebesaran bergelar daripada KDYMM Sultan Pahang.

Yang BerbahagiaSunting

Untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Datuk, Dato', dan Datin (yang bukan Ahli Parlimen).

Yang ArifSunting

Untuk Hakim (pada situasi yang formal seperti di mahkamah dan di luar mahkamah).

Yang DihormatiSunting

Untuk Ketua Polis Negara Malaysia.

Yang BerusahaSunting

Untuk pegawai kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.

Sahibus SamahahSunting

Untuk Mufti Kerajaan Negeri.

Sahibul FadhilahSunting

Untuk Imam Besar Masjid Negeri

Al-FadhilSunting

Untuk para Tuan Guru.

BibliografiSunting

RujukanSunting

Kemalangan