Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

wakil raja pemerintah di Pulau Pinang

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ialah jawatan tertinggi di Pulau Pinang, nama asalnya atau tidak rasminya Gabenor Pulau Pinang. Pulau Pinang yang diambilalih oleh penjajah British, Kapten Francis Light sehingga kini tidak mempunyai sultan atau raja.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Penyandang
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak
sejak 1 Mei 2021 (2021-05-01)
Jenisrencana senarai Wikimedia Edit the value on Wikidata
GelaranTuan Yang Terutama
KediamanSeri Mutiara
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong
Penjawat sulungRaja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad
Dibentuk31 Ogos 1957
Tapak webwww.penang.gov.my/index.php/tyt
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Biasanya tokoh politik yang berjasa akan dilantik menyandang jawatan ini. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang akan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang terkini sejak 1 Mei 2021. Watikah pelantikan beliau telah diserahkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 April 2021 di Istana Negara, Kuala Lumpur dan telah mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mei 2021.[1][2]

Senarai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sunting

Nama Tempoh berkhidmat
Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad 1957 – 1967
Tun Tan Sri Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabudin 1967 – 1969
Tun Tan Sri Syed Sheh Al-Haj bin Syed Hassan Barakbah 1969 – 1975
Tun Tan Sri Dato' Seri Dato' Haji Sardon bin Haji Jubir 1975 – 1981
Tun Dato' Dr. Haji Awang bin Hassan 1981 – 1989
Tun Tan Sri Datuk Dr. Haji Hamdan bin Sheikh Tahir 1989 – 2001
Tun Datuk Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas 2001 – 2021
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak 2021 – kini

Seri Mutiara sunting

Kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Pulau PInang adalah Seri Mutiara. Seri Mutiara dibina pada tahun 1890 pada asalnya dikenali sebagai "Residency".

Rujukan sunting

  1. ^ "Ahmad Fuzi angkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang". Berita Harian. 1 Mei 2021. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  2. ^ "Ahmad Fuzi takes oath of office as Penang governor". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 1 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2021. Dicapai pada 2 Mei 2021.