Yang Quee Yee

penulis Malaysia

Yang Quee Yee(1931- )merupakan penyusun kamus yang telah menghasilkan Kamus Umum Bahasa Melayu(Melayu-Tionghua),bersama dengan isterinya Chan Maw Woh. Beliau juga merupakan seorang aktivis yang giat dalam bidang penginteraksian budaya Melayu-Tionghua.

Latar Belakang sunting

Yang Quee Yee dilahirkan di dalam sebuah keluarga tani di Pontian, Johor, Malaysia. Beliau merupakan seorang yang menerima pendidikan bahasa Cina dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat ijazah muda. Beliau telah menghabiskan pelajaran sekolah rendah di Pontian dan telah menyambung sekolah menengah ke Singapura.

Walaupun demikian beliau tidak sempat menghabiskan persekolahannya di peringkat menengah kerana telah disumbatkan ke dalam penjara oleh pihak pemerintah Inggeris kerana disalahanggap terlibat dalam anasir komunis pada tahun 1950. Dalam peristiwa itu, beliau telah dipenjarakan untuk beberapa bulan dan lepas itu telah disingkirkan daripada Singapura. Oleh itu beliau terpaksa belajar atas daya usaha sendiri sehingga beliau berjaya diterima masuk Universiti Nanyang pada tahun 1955. Selepas memperolehi ijazah muda dalam bidang ekonomi daripada Universiti Nanyang, beliau telah menyambung pelajarannya ke Univerisiti Indonesia pada tahun 1960 untuk bidang pengkhususan bahasa Melayu.

Selepas itu, beliau pernah menjadi pensyarah untuk matapelajaran bahasa Melayu di Universiti Nanyang. Tetapi, beliau sekali lagi disyaki terlibat dalam perkara sensitif sehingga dilucutkan jawatan atas sebab "masalah politik". Sejak itu, beliau berputus untuk menyelamkan diri dalam bidang perkamusan bahasa Melayu demi mengelakkan diri daripada sebarang "masalah politik".

Minat dalam Bahasa Melayu sunting

Yang Quee Yee telah menunjukkan minatnya dalam selok-belok bahasa Melayu sejak remaja lagi. Walaupun demikian, beliau tidak menerima apa-apa pendidikan formal dalam bidang bahasa Melayu di peringkat awal.

Pautan luar sunting