Yang di-Pertua Dewan Negara

individu yang mempengerusikan persidangan Dewan Negara, Malaysia


Yang di-Pertua Dewan Negara (Tulisan Jawi: يڠ دڤرتوا ديوان نڬارا) ialah pegawai pengerusi bagi Dewan Negara, dewan pertuanan bagi Parlimen Malaysia. Jawatan ini diwujudkan di bawah Perkara 56 Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertua
Dewan Negara
يڠ دڤرتوا ديوان نڬارا
Penyandang
Awang Bemee Awang Ali Basah
sejak 22 Julai 2024
Dewan Negara
GelaranTuan Yang di-Pertua (rasmi)
Tuan Speaker (tidak rasmi dan di dalam Dewan)
Lapor kepadaDewan Negara
Bidang kuasaDewan Negara Sunting nilai ini di Wikidata
Dilantik olehDipilih oleh ahli-ahli Dewan Negara
Tempoh jawatanDipilih jika terdapat kekosongan
Surat cara pembentukanPerlembagaan Persekutuan Malaysia
Penjawat sulungAbdul Rahman Mohamed Yassin
Dibentuk1959; 65 tahun yang lalu (1959)
Timbalan/naibAbdul Halim Abdul Samad (18 April 2016 - 2 November 2020)
GajiRM362,000 setahun
Tapak webParlimen Malaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara ini serupa dengan jawatan pegawai pengerusi di Dewan Rakyat, di mana ia dipilih dalam kalangan ahli-ahli Dewan (juga dikenali sebagai senator) dan dianggap tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Jika seseorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu juga merupakan seorang senator dan dipilih untuk memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua, beliau perlulah meletak jawatan sebagai ADUN.[1]

Yang di-Pertua Dewan Negara yang terkini belum ada penyandang. Mengikut kebiasaan, Yang di-Pertua akan dipanggil sebagai "Tuan Yang di-Pertua" atau "Tan Sri Yang di-Pertua".

Tanggungjawab

sunting

Sebagai seorang pegawai pengerusi, Yang di-Pertua Dewan Negara bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin. Ia juga menjadi tugas Yang di-Pertua untuk memastikan perbahasan mempunyai kaitan dengan perkara yang dibahaskan dan membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan.[2]

Senarai Yang di-Pertua

sunting
Yang di-Pertua Tempoh perkhidmatan Parlimen
1 Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin 11 September 1959 31 Disember 1969 Pertama, ke-2
2 Tun Syed Sheh Hassan Barakbah 27 Januari 1969 05 Februari 1969 Ke-2
3 Tan Sri Dato' Haji Mohamed Noah Omar 24 Februari 1969 28 Julai 1970 Ke-2
4 Tan Sri Haji Abdul Hamid Khan Haji Sakhawat Ali Khan 20 Februari 1971 22 Februari 1973 Ke-3
5 Tun Haji Omar Ong Yoke Lin 23 Februari 1973 31 Disember 1980 Ke-3, ke-4, ke-5
6 Tan Sri Ismail Khan 05 Januari 1981 13 April 1985 Ke-5, ke-6
7 Tan Sri Datuk Seri Panglima Benedict Stephens 15 April 1985 11 April 1988 Ke-6, ke-7
8 Tan Sri Dato' Sri Abang Haji Ahmad Urai Datuk Hakim Abang Haji Mohideen 11 Julai 1988 09 Julai 1990 Ke-7
9 Tan Sri Dato' Chan Choong Tak 17 Disember 1990 31 Mac 1992 Ke-8
10 Tan Sri Dato' Vadiveloo a/l Govindasamy 13 April 1992 12 Jun 1995 Ke-8
11 Tan Sri Dato' Sri Adam Kadir 13 Jun 1995 02 Disember 1997 Ke-9
12 Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Ya'acob 10 Disember 1997 05 Disember 2000 Ke-9, ke-10
13 Tun Michael Chen Wing Sum 07 Disember 2000 11 April 2003 Ke-10
14 Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh 07 Julai 2003 06 Julai 2009 Ke-10, ke-11, ke-12
15 Tan Sri Dato' Ir. Wong Foon Meng 07 Julai 2009 12 April 2010 Ke-12
16 Tan Sri Abu Zahar Ujang 26 April 2010 25 April 2016 Ke-12, ke-13
17 Tan Sri Dato' Sri SA. Vigneswaran 26 April 2016 22 Jun 2020 Ke-13, Ke-14
18 Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim 02 September 2020 16 Jun 2023 Ke-14,

Ke-15

19 Tun Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar 19 Jun 2023 19 Januari 2024 Ke-15
20 Datuk Mutang Tagal 19 Febuari 2024 10 Mei 2024
21 Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah 22 Julai 2024 kini

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Perlembagaan Persekutuan: Perkara 56. Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara". jpapencen.gov.my. Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Dicapai pada 31 Mei 2018.[arkib]
  2. ^ "Laman Utama » Dewan Negara » Yang di-Pertua". parlimen.gov.my. Parlimen Malaysia. Dicapai pada 31 Mei 2018.[arkib]

Pautan luar

sunting