Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

wakil raja pemerintah di Pulau Pinang

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ialah jawatan tertinggi di Pulau Pinang. Pulau Pinang yang diambilalih oleh penjajah British, Kapten Francis Light sehingga kini tidak mempunyai sultan atau raja.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Penyandang
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak
sejak 1 Mei 2021 (2021-05-01)
GelaranTuan Yang Terutama
KediamanSeri Mutiara
PelantikYang di-Pertuan Agong
Pemegang sulungRaja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad
Pembentukan31 Ogos 1957
Laman sesawangwww.penang.gov.my/index.php/tyt

Biasanya tokoh politik yang berjasa akan dilantik menyandang jawatan ini. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang akan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang terkini sejak 1 Mei 2021. Watikah pelantikan beliau telah diserahkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 April 2021 di Istana Negara, Kuala Lumpur dan telah mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mei 2021.[1][2]

Senarai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Sunting

Nama Tempoh berkhidmat
Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad 1957 – 1967
Tun Tan Sri Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabudin 1967 – 1969
Tun Tan Sri Syed Sheh Al-Haj bin Syed Hassan Barakbah 1969 – 1975
Tun Tan Sri Dato' Seri Dato' Haji Sardon bin Haji Jubir 1975 – 1981
Tun Dato' Dr. Haji Awang bin Hassan 1981 – 1989
Tun Tan Sri Datuk Dr. Haji Hamdan bin Sheikh Tahir 1989 – 2001
Tun Datuk Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas 2001 – 2021
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak 2021 – kini

Seri Mutiara Sunting

Kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Pulau PInang adalah Seri Mutiara. Seri Mutiara dibina pada tahun 1890 pada asalnya dikenali sebagai "Residency".

Rujukan Sunting

  1. ^ "Ahmad Fuzi angkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang". Berita Harian. 1 Mei 2021. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  2. ^ "Ahmad Fuzi takes oath of office as Penang governor". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 1 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2021. Dicapai pada 2 Mei 2021.