Yang di-Pertua Negeri Sabah

wakil raja pemerintah di Sabah, Malaysia

Yang di-Pertua Negeri Sabah ialah ketua dan pemerintah Istana Negeri Sabah yang berpusat di Istana Seri Kinabalu. Pemegang jawatan ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Sabah dan nasihat daripada suara induk komuniti rakyat-rakyat Sabah.[1]


Sabah
Penyandang
Tun Datuk Seri Panglima Haji
Musa Aman

sejak 1 Januari 2025
GelaranTuan Yang Terutama
Bidang kuasaSabah Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanIstana Negeri
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong Sunting nilai ini di Wikidata
Penjawat sulungTun Datu Mustapha Datu Harun
Dibentuk16 September 1963; 61 tahun yang lalu (1963-09-16)
SenaraiSenarai Yang di-Pertua Negeri Sabah Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak webistana.sabah.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Jawatan ini diwujudkan selepas Sabah merdeka di bawah pembentukan Malaysia pada 1963. Ia diwujudkan bagi menggantikan jawatan Gabenor Borneo Utara. Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, Perlembagaan Sabah pada asalnya menetapkan ketua negeri sebagai Yang di-Pertua Negara[2]. Cetakan semula Perlembagaan Persekutuan 1964 tercetak gelaran ini sebagai Yang di-Pertuan Negara namun telah dibetulkan kepada Yang di-Pertua Negara di bawah Akta 59/1966[3][4]. Seterusnya, pada 27 Ogos 1976, Akta A354 mengubah gelaran itu kepada Yang di-Pertua Negeri, yang masih digunakan hingga kini[5]. Istilah Gabenor secara tidak rasmi turut digunakan.

Pelantikan dan bidang kuasa

sunting

Menurut Perlembagaan Negeri, Yang di-Pertua Negeri dilantik selama empat tahun.

Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Negeri dan membuat keputusan dengan nasihat Kabinet atau Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau juga boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan beberapa fungsi seperti melantik Ketua Menteri dan menangguh dari memperkenankan permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan.

Persetujuan daripada Yang Di-Pertua Negeri adalah diperlukan bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

Sabah tidak mempunyai raja atau sultan. Sebaliknya Yang Di-Pertua Negeri merupakan ahli Majlis Raja-Raja. Setiap mesyuarat yang dihadirinya akan diiringi oleh Ketua Menteri Sabah. Bagaimanapun, Yang Di-Pertua Negeri tidak boleh mengundi untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong dan tidak boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Senarai penyandang

sunting

Yang di-Pertua Negara (19631976)

sunting

Berikut ialah senarai penyandang Yang di-Pertua Negara Sabah sebelum Akta (Pindaan) Perlembagaan 1976[2][4]:

No. Jata Negeri Potret Yang di-Pertuan Negara Tarikh Perkhidmatan
Mula Berkhidmat Tamat Berkhidmat Tempoh
1     Mustapha Harun 16 September 1963 16 September 1965 2 tahun, 0 hari
2     Pengiran Ahmad Raffae 16 September 1965 16 September 1973 8 tahun, 0 hari
3     Tun Fuad Stephens 16 September 1973 28 Julai 1975 1 tahun, 315 hari
4     Mohd Hamdan Abdullah 28 Julai 1975 27 Ogos 1976 1 tahun, 30 hari

Yang di-Pertua Negeri (1976kini)

sunting

Berikut ialah senarai penyandang Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas pindaan Perlembagaan 1976[5]:

No. Jata Negeri Potret Yang di-Pertua Negeri Tarikh Perkhidmatan
Mula Berkhidmat Tamat Berkhidmat Tempoh
4     Mohd Hamdan Abdullah 27 Ogos 1976 10 Oktober 1977 1 tahun, 44 hari
5     Ahmad Koroh 12 Oktober 1977 25 Jun 1978 256 hari
6     Mohamad Adnan Robert 25 Jun 1978 31 Disember 1986 8 tahun, 189 hari
7     Mohamed Said Keruak 1 Januari 1987 31 Disember 1994 7 tahun, 364 hari
8     Sakaran Dandai[6] 1 Januari 1995 31 Disember 2002 7 tahun, 364 hari
9     Ahmadshah Abdullah [7] 1 Januari 2003 31 Disember 2010 7 tahun, 364 hari
10     Juhar Mahiruddin [8] 1 Januari 2011 31 Disember 2024 13 tahun, 365 hari
11     Musa Aman [9] 1 Januari 2025 kini 170 hari

Rujukan

sunting
  1. ^ Yang di-Pertua Negeri Sabah - About YDPN Sabah - lantikkan daripada nasihat Ketua Menteri dan nasihat Komuniti Rakyat-rakyat Sabah
  2. ^ a b "Agreement relating to Malaysia between United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore - Wikisource, the free online library". en.wikisource.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-11.
  3. ^ Kawi, Mohd Roji (2022-02-18). "Tiada keperluan tukar gelaran Yang di-Pertua Negeri". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-17.
  4. ^ a b "Malaysia Federal Legislation". lom.agc.gov.my. Dicapai pada 2025-03-11.
  5. ^ a b "Malaysia Federal Legislation". lom.agc.gov.my. Dicapai pada 2025-03-11.
  6. ^ "Perjuangan Tun Sakaran Dandai demi sosioekonomi, pendidikan rakyat Sabah". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-12-17.
  7. ^ "Ahmadshah canselor baru UMS" (PDF). Borneo Mail. 18 April 2003.
  8. ^ "Juhar Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2011-01-01. Dicapai pada 2024-12-17.
  9. ^ BERNAMA (2024-12-17). "Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-17.