Yang di-Pertuan Negara

Yang di-Pertuan Negara, atau secara literalnya ketua negara, ialah gelaran yang digunakan di Singapura antara tahun 1959 dan 1965. Ia juga pernah digunakan di negara lain, seperti Malaysia dan Brunei, yang mana bahasa Melayu ialah bahasa rasmi. (Di Singapura, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan salah satu daripada 4 bahasa rasmi).

Singapura sunting

Pada 1959, menyusul semakan Perlembagaan, yang mengakui pemerintahan mandiri Singapura, kedudukan istiadat Yang di-Pertuan Negara menggantikan jawatan Gabenor penjajah British. Di bawah aturan peralihan, gabenor terakhir England, Sir William Goode, menjawat sebagai Yang di-Pertuan Negara, dari 3 Jun sehingga 3 Disember 1959. Dia digantikan Yusof Ishak, yang mengangkat sumpah pada hari yang sama dengan diterimanya bendera, lambang, dan lagu kebangsaan.

Gelaran itu dipertahankan ketika Singapura menjadi negeri ke-14 Malaysia pada 1963, namun pada 9 Ogos 1965, Singapura berpisah dari Malaysia untuk menjadi negara merdeka. Pada 22 Disember pada tahun yang sama, perlembagaan dipinda, mengubah gelaran menjadi Presiden dengan dikuatkuasa berlaku dari tanggal kemerdekaan.

Malaysia dan Brunei sunting

Di Sabah, Malaysia Timur, jawatan Yang di-Pertuan Negara wujud dari 1963 hingga 1976, apabila gelaran itu digantikan kepada Yang di-Pertua Negeri.

Gelaran ini tetap rasmi di Brunei, yang mana Sultan Brunei juga merupakan Yang di-Pertuan Negara dari negara Brunei. Lihat Sultan Brunei untuk lebih jelasnya.

Rujukan sunting