Yang di-Pertuan Negara Singapura

Yang di-Pertuan Negara Singapura atau secara rasminya ketua negara merupakan gelaran yang digunakan di Singapura antara tahun 1959 sehingga kemerdekaan negara itu pada tahun 1965.

{{{post}}}

SejarahSunting

Pada 1959, menyusul semakan perlembagaan Singapura, yang mengakui pemerintahan mandiri Singapura, kedudukan istiadat Yang di-Pertuan Negara menggantikan jawatan Gabenor Singapura. Dibawah aturan peralihan, gabenor terakhir Singapura, Sir William A.C. Goode, menjawat sebagai Yang di-Pertuan Negara Singapura yang pertama, dari 3 Jun sehingga 3 Disember 1959. Dia digantikan oleh Tun Yusof Ishak, yang mengangkat sumpah pada hari yang sama dengan diterimanya bendera, lambang, dan lagu kebangsaan.

Gelaran itu dipertahankan ketika Singapura menjadi negeri ke-14 Malaysia pada 1963, namun pada 9 Ogos 1965, Singapura berpisah dari Malaysia untuk menjadi negara republik yang merdeka. Pada 22 Disember pada tahun yang sama, perlembagaan dipinda, mengubah gelaran Yang di-Pertuan Negara Singapura menjadi Presiden dengan dikuatkuasa berlaku dari tanggal kemerdekaan.

Senarai GabenorSunting

Berikut ialah Gabenor Singapura dari 1959 sehingga Merdeka 1965, antaranya;

# Nama Tempoh berkhidmat
Mula Tamat
1 Sir William A.C Goode 3 Jun 1959 3 Disember 1959
2 Tun Yusof Ishak 3 Disember 1959 9 Ogos 1965

Lihat jugaSunting