Yannick Ferreira Carrasco

(Dilencongkan dari Yannick Carrasco)

Yannick Ferreira Carrasco, atau dikenali sebagai Yannick Carrasco (lahir 4 September 1993) merupakan pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi sayap untuk kelab Al Shabab dan pasukan kebangsaan Belgium.

Yannick Carrasco
Maklumat peribadi
Nama penuh Yannick Ferreira Carrasco
Tarikh lahir (1993-09-04) 4 September 1993 (umur 30)
Tempat lahir Ixelles, Belgium
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al-Shabab
Nombor 23
Kerjaya remaja
Stade Everois
Diegem Sport
Germinal Beerschot
2005–2010 Genk
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2012 Monaco B 30 (8)
2012–2015 Monaco 82 (15)
2015–2018 Atlético Madrid 81 (17)
2018–2020 Dalian Professional 50 (24)
2020Atlético Madrid (pinjam) 15 (1)
2020–2023 Atlético Madrid 102 (19)
2023– Al-Shabab 3 (1)
Pasukan kebangsaan
2008 Belgium B15 1 (0)
2010 Belgium B17 2 (0)
2010–2011 Belgium B18 9 (1)
2011–2012 Belgium B19 12 (3)
2013–2014 Belgium B21 11 (1)
2015– Belgium 68 (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 29 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023

Kerjaya kelab sunting

Monaco sunting

Carrasco dilahirkan di Ixelles, Belgium. Beliau merupakan campuran Portugis dan Sepanyol. Carrasco sertai kelab Perancis, Monaco dari kelab Belgium, Genk pada 2010. Beliau melakukan debut untuk Monaco pada 30 Julai 2012 dalam perlawanan Ligue 2 menentang Tours. Dalam perlawanan itu, beliau menjaringkan gol pembukaan melalui sepakan percuma dan Monaco menang 4-0.[1] Pada 13 April 2013, beliau menjaringkan dua gol untuk Monaco pada perlawanan liga menentang Auxerre. Dalam musim pertamanya untuk Monaco, Carrasco menjaringkan enam gol dalam 27 perlawanan dan membantu Monaco layak ke Ligue 1.[2]

Beliau menjaringkan gol pertamanya di Ligue 1 pada 5 Oktober 2013 pada perlawanan menentang Saint-Étienne. Beliau menyudahkan hantaran oleh James Rodríguez dan membantu Monaco untuk menang 2-1. Beliau menjaringkan dua gol dalam masa 10 minit pada 20 Oktober ketika seri 2-2 bertemu Sochaux.

Pada 25 Februari 2015, beliau menjaringkan gol terakhirnya di Monaco ketika menang menentang Arsenal di tempat lawan pada perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah selepas menggantikan Dimitar Berbatov pada minit ke-75.[3]

Atlético Madrid sunting

Pada 10 Julai 2015, Atlético Madrid mengumumkan pihak mereka telah mengikat Carrasco dengan kontrak lima tahun dan bayaran perpindahan dilaporkan sebanyak €20 juta.[4][5] Pada 18 Oktober 2015, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Atletico ketika menang 2-0 ke atas Real Sociedad.[6]

Pada 28 Mei 2016, beliau menjadi pemain Belgium pertama yang menjaringkan gol pada perlawanan terakhir Liga Juara-Juara. Beliau berbuat demikian untuk mengikat kedudukan 1-1 ketika perlawanan akhir menentang jiran setempat, Real Madrid di San Siro, Milan. Namun, Atletico tewas pada penentuan penalti 5-3.

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Monaco

Catatan sunting

  1. ^ "Yannick Ferreira Carrasco". AS Monaco. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-26. Dicapai pada 20 October 2013.
  2. ^ "Ligue 1 – Monaco promoted to top flight after late winner". Yahoo Sport. 11 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-24. Dicapai pada 20 October 2013.
  3. ^ McNulty, Phil (25 February 2015). "Arsenal 1–3 Monaco". BBC Sport. Dicapai pada 26 February 2015.
  4. ^ "Atletico Madrid sign Belgium international Yannick Carrasco from Monaco". FOX Sports. 10 July 2015. Dicapai pada 12 July 2015.
  5. ^ "Atletico Madrid sign Yannick Ferreira-Carrasco from Monaco". ESPNFC.com. Dicapai pada 2016-03-17.
  6. ^ "Real Sociedad 0-2 Atletico Madrid". BBC Sport. Dicapai pada 2016-03-17.

Pautan luar sunting