Nama Bahasa CinaTulisan Cina TradisionalTulisan Cina Ringkas叶舒惠Hanyu PinyinYè ShūhuìPOJ Bahasa HokkienIa̍p Suhūi Yap Soo Huey (Cina ringkas: 叶舒惠) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Pulau Tikus. Yap merupakan alumni Universiti Monash, Australia, pada tahun 2005 dengan ijazah sarjana muda sains berkepujian. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam kedoktoran, mempelajari virus HIV, sebelum kembali ke Pulau Pinang untuk bekerja untuk Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam majlis sainsnya. Beliau dilantik oleh Lim Guan Eng sebagai Pegawai Sains, Teknologi dan Inovasi.[1] Dalam pilihan raya umum 2013, Yap bertanding di kerusi Pulau Tikus untuk DAP. Beliau memperoleh 11,256 undi, mengalahkan lawannya Barisan Nasional dengan majoriti 8220 undi, ketika mana DAP mengekalkan kuasa di Pulau Pinang.[2] Dalam Dewan Negeri, beliau telah mempromosikan aktiviti berbasikal sebagai alternatif kepada penggunaan kereta.[3] Beliau juga telah mempromosikan sistem lalu lintas sehala di Pulau Tikus.[4] Pada 2014, beliau berkata bahawa Pulau Tikus memerlukan pengangkutan awam yang lebih baik.[5] Yap tidak bertanding bagi penggal kedua di DUN Pulau Tikus bagi pilihan raya 2018 untuk menyambung ijazah sarjananya dalam pengajian perancangan pengangkutan dan bandar di Amerika Syarikat.[6]

Puan

Yap Soo Huey
叶舒惠
Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang
untuk Pulau Tikus
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului olehKoay Teng Hai (DAP)
Digantikan olehChris Lee Chun Kit (DAP)
Kawasan pilihan rayaPulau Tikus
Majoriti8220
Butiran peribadi
KerakyatanMalaysia
Parti politik Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Alma materUniversiti Monash

Keputusan pilihan raya

sunting
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[7][8]
Tahun Kawasan Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Jumlah undi Majoriti Turun mengundi
2013 N25 Pulau Tikus Yap Soo Huey (DAP) 11,256 78.10% Rowena Yam (Gerakan) 3,036 21.10% 14,442 8,220 80.50%

Rujukan

sunting
  1. ^ "Science alumni in the world" (PDF). Monash University. Dicapai pada 21 September 2014.
  2. ^ "13th General Election Results". Utusan. Dicapai pada 21 September 2014.
  3. ^ Shankar, Athi (24 Julai 2014). "Pulau Tikus set to become bicycle-friendly". Free Malaysia Today. Dicapai pada 21 September 2014.
  4. ^ "Assemblymen thanked for Pulau Tikus traffic system". Malaysia Chronicle. 22 Julai 2013. Dicapai pada 21 September 2014.
  5. ^ "Penang needs efficient public transport system before building undersea tunnel, says DAP rep". The Malaysian Insider. MSN News. 5 March 2014. Dicapai pada 21 September 2014.[pautan mati kekal]
  6. ^ "DAP's Yap Soo Huey to quit politics for studies /". Pradeep Nambiar. Free Malaysia Today. 14 Mac 2018. Dicapai pada 1 September 2018.
  7. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Results only available from the 2004 election.
  8. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2017.