Jasmin Hamid

Pelakon veteran wanita Malaysia
(Dilencongkan dari Yasmin Hamid)

Jasmiah Abdul Hamid (Tulisan Jawi: جسمين بنت عبد الحميد ; lahir 15 September 1974) atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid merupakan pelakon dan pelawak wanita Malaysia yang sayangkan kereta Proton Wira (Bun-Bun Car). Beliau mencipta nama pada era 1990an dan kini bergelar antara pelakon hebat yang masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini. Selain popular dengan watak-watak komedi, beliau juga diakui hebat membawa watak-watak dramatik hingga beberapa kali dicalonkan untuk anugerah Aktres TV Terbaik. Kemuncak kerjaya Jasmin adalah pada tahun 1997 apabila beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997.[1] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[2]

Jasmin Hamid
Jasmin ditemubual oleh MeleTOP di Anugerah Lawak Warna 2014 pada 23 September 2014.
Kelahiran
Jasmiah binti Abdul Hamid

(1974-09-15) 15 September 1974 (umur 49)
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1990–kini
Pasangan
  • Ian Rashid Macquistan (k. 2000; c. 2008)
  • Nazmir Abdul Rahim (k. 2021)
Anak-anak3
SaudaraAleza Shadan (sepupu)

Kerjaya sunting

 
Jasmin (paling kanan) beraksi dalam siri komedi Datin Wan Abe.

Permulaan kerjaya Jasmin bermula apabila beliau menyertai pertandingan Dewi Remaja 1990/91 dan layak ke peringkat akhir. Menerusi pertandingan itulah beliau disambar oleh penerbit Pansha untuk membintangi filem Boss biarpun usianya baru menginjak ke 17 tahun. Liku-liku kehidupan aktres cantik ini sepanjang lebih dua dekad bergelar artis sentiasa disimpan kemas dalam mindanya. Bukan mudah untuk Jasmin bergelar artis yang bukan sahaja mampu membawa diri ‘terbang lebih tinggi’, malah menampilkan lakonan yang berkualiti selaras dengan impiannya setelah memasukkan kaki dalam industri seni ini.

Nekad dengan pendiriannya yang tidak menganggap bidang lakonan sebagai medan untuk ‘suka-suka’ dan hobi, Jasmin menerima setiap pasang surut yang tercetus sejak dia mula ‘bertatih’ dalam lakonan sehingga menempa populariti kini hasil tempias pelbagai agenda dan kronologi karier mahupun kehidupannya. Disebabkan minat yang mendalam, lebih-lebih lagi apabila ditawarkan watak yang disukainya, dia menerima setiap tawaran lakonan tanpa rungutan.

Antara watak-watak yang sinonim dan masih segar di ingatan penonton ialah Minah Senget pada awal 90an, diikuti watak Maria Mercedes yang dipegangnya dalam siri TV Seri Pengantin pada awal 2000an. Terbaru beliau menghiburkan seisi rumah dengan watak Datin Wan Abe menerusi siri komedi tajuk serupa. Keupayaan beliau dalam menerajui watak komedi sememangnya tidak dipersoalkan lagi, malahan pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik di Anugerah Skrin 1997 menerusi watak komedi dalam drama Jutawan Segera.

Selain watak komedi, Jasmin juga menonjol menerusi watak antagonis dan serius. Antara lakonannya yang mencuri perhatian adalah menerusi drama Syurga Di Mana, Ilham Suci hasil tulisan Nor Faznita Md Nor dan Relung Kasih. Penglibatan Jasmin dalam drama bermutu tinggi pernah menyaksikan beliau mewakili Malaysia untuk menerima Anugerah Drama Terbaik Asia Tenggara pada Festival TV Antarabangsa Tokyo ke-3 yang berlangsung di negara matahari terbit itu pada tahun 2008 menerusi drama Bicara Aur dan Tebing. Pada tahun 2010, Jasmin terbang ke Los Angeles untuk mewakili drama Datin Wan Abe dalam lawatan sambil belajar anjuran Media Prima bersama pemenang Anugerah Skrin 2009.

Kehidupan peribadi sunting

Jasmin pernah mendirikan rumahtangga bersama Ian Rashid Macquistan, namun mereka dikatakan telah berpisah pada 4 Februari 2008. Walaupun masih menyembunyikan status sebenarnya kini, Jasmin berkata kehidupannya masih sama seperti dulu dan bahagia dengan dua orang putera dan seorang puteri hatinya. Mereka adalah Rohana, Lukhman Hakim, dan Ian Haziq. Rohana dan Lukhman merupakan anak angkat yang dibesarkan Jasmin sejak beliau berusia 20 tahun. Manakala Ian Haziq merupakan anak kandung beliau bersama Ian Rashid. Pada 2021 beliau berkahwin kali kedua dengan pa beliau iaitu Nazmir Abdul Rahman.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1991 Boss Shami Filem pertama
Kanta Serigala Wati
1992 Syahadat Normah
Ops Belantara Intan
1993 Cikgu Romantik Tila
1995 Sama Tak Serupa Intan
1996 Amelia Mim
2000 Anaknya Sazali June
2001 Cinta Tiada Restu Kathy
2004 Cinta Luar Biasa Kelly
2007 Budak Lapok Joyah (suara)
2015 Suamiku, Encik Perfect 10 Puan Yazmeen
2017 Pak Pong Sang Kelabai Besar Pelakon undangan
2019 Anak Perjanjian Syaitan Puan Rahmah
2020 Bikin Filem Kak Ngah
2021 Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut Mak Leman
2022 Operasi UFO
Seratus Penampilan khas
2023 Mat Tudung Begins

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1993 Cemburu
1994 Dilema Kasih
Memori Fazira
Hello Sayang
1995 Numero Uno Shikin TV3
1996 Miang Tak Jadi Liza
Bukan Aku Tak Cinta
Cuba Test
Pendatang Dengan Izin
Selamat Pengantin Baru Dato Emma TV3
Jutawan Segera
1997 Mina
1998 Gurindam Jiwa
2000 Kau Yang Satu
Kembali Bertaut
Hangatnya Salju Dinginnya Bara Salmi TV3
2001 Satu Hari Di Hari Raya
Cuba Test
Hari Jadi
2002 Tarantula TV3
2003 Jadi Tak Jadi Misha VCD
Neon Pelanggan Restoran III
2004 Mr Reed
2005 Syurga Di Mana
2006 Mek Salmah Ratu Budu TV2
2007 Kain Sutera Kain Cotton
Ilham Suci
Mek Salmah Dari Scotland Junaidah TV2
2008 Novelis Babysitter
Relung Kasih
Calon Madu
Bahang Ravina
Datin Wan Abe Special Raya Datin Wan Abe TV3
2010 Ratu Cinta
Mak Pengantin Tak Popular
Bara Cinta Ramadan Ita TV3
2011 21 Hari Nisa
Di Telapak Kaki Bonda
Selumbar Kisah
Noda Semalam
2012 Patah Seribu Astro Ria
Hadiah Cepumas
Bila Joyah Masuk TV Joyah TV9
Teratak Shamsiah
Bila Joyah Jadi Jutawan Joyah TV9
2013 Anak Sampah TV3
2015 Asparagus
Bibik Maduku Syarifah TV1
7 Petola Cinta Joyah TV9
2016 Kau Ilhamku TV3
Jangan Ambil Anak Aku Tok Ma TV2
2017 Balasan Dosa Timah TV9
2018 Studio Awie Puan Julia TV3
Rezeki Tanpa Alamat
Arafah
Janin Astro Citra
2019 Sesalan Terakhir TV3
2020 Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak Astro Citra
2021 Cincin Pusaka TV9
2022 Raya Talak Satu Azie Astro Ria
Kasih Dari Syurga TV2
Jodoh Buat Mia TV Okey
Along
2023 Bapak Tengoklah Nanti TV2

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1991 Minah Senget
1993 Wardah
1995 Bas Mini Salma TV1
1996 Sambal Peah TV3 Pelakon undangan
Egois
1997 Cameleon
1998 Cinderella Salina TV3
1999 Maksimum
2000 Seri Pengantin Maria Merdeces
2002 Harlina
2006 Dilema Wanita TV1
Mya Zara Elvy TV3
Simbiosis
2007 Bicara Aur dan Tebing
Datin Diaries TV3
Marikas
2007–2009 Bong Seri TV3
2008–2009 Spa Q (Musim 2) Datin Sofiera
2008–2009 Datin Wan Abe Datin Wan Abe
2009 Aliff Firdaus Siti Khadijah
2010 Na O Mei Aishah
Duyong Aridinata Jamie TV9
Bicara Aur dan Tebing 2
2011 Dia Atilia Astro Prima
Iparku Diva Astro Warna
2012 Buaian Kasih
Citra Juwita Citra TV9
Tanah Kubur (Musim 3) Ton Astro Oasis Episod: "Ulama"
Amerra Puan Suraya TV3
2013 Surat Dari Langit Biru Maria
2014 Jika Itu Takdirku Datin Jasmin
Alam Maya Athlia TV9
Bedah Vs. Joyah Joyah
Kusinero Cinta Datin Raudah Astro Mustika HD
2015 Nasuha Baidura TV9
2016 Inikah Cinta Dr. Dahlia TV3
Demi Cinta Ain Suraya
Lara Terindah Datin Liza
Pergilah Air Mata TV1
Lara Aishah Zurin Abdullah / Shila Amin Astro Prima
2017 Joyah Joyah TV9
Fifi & Fafai TV3
2017–2018 My Coffee Prince Datin Khatijah Astro Ria
2018 13 Khurafat Dukun Astro Prima
KOPI Julia Tonton Episod: "Kopi Julia"
Halalkan Hati Yang Ku Curi Dalina TV3
2019 Skrin Sentuh Hati Eryna Helena TV1
Pesan Pada Hati Puan Ruby TV3
2020 Nasi Kerabu Untuk Che Abe Nolly
7 Hari Mencintaiku 2 Puan Hayati Menggantikan pelakon asal Zila Bakarin
2021 Derita Untuk Bahagia Lina Astro Prima
Seminit Lagi Nida TV1
Cukup Derita Itu Mak Ngah Gayah TV3
Tikam Madam Joan Astro Ria
Keluarga Untuk Disewa TV9
Saat Kau Takluk Cinta Ini Datin Normah TV3
Oh My Hantaran Sakinah TV9
2022 Cinta Amnesia Puan Laila TV3
7 Hari Mencintaiku 3 Zarina
Air Mata Allisya Datin Norish TV9
She Was Pretty Datin Noraina Viu
Dia Bukan Bidadari Puan Sri Syarifah TV1
Anak Beranak Abe Yie Che Yah TV3
Hati Tanpa Rasa Mak Cik Rohani
2023 Ku Akad Kau Dengan Bismillah Datin Safiah
Aku Yang Kau Sakiti Mak Su
Tuhan Beri Aku Cinta Amnah TV1
My Famous Ex-Boyfriend Sofia Astro Ria
Hati Tercarik Luka Puan Safina TV3
2024 Takdir Itu Milik Aku Kamsiah Astro Ria

Teater sunting

Tahun Tajuk
2001 Anugerah
2011 Badai Semalam

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2000–2002 R ke R
2020 Rasa Anak Emak Anak Bapak (Musim 2) Dirinya sendiri Astro Prima Bersama anaknya Haziq Macquistan
2021 Havoc Nak Raya Artis Jemputan TV3

Muzik video sunting

Tahun Tajuk lagu Artis undangan
2019 "Ratu" Faizal Tahir

Anugerah dan pencalonan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Semangat kental Jasmin Hamid - Utusan Malaysia
  2. ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.

Pautan luar sunting