Yasna ( /ˈjʌsnə/ ; [1] Bahasa Avesta: 𐬫𐬀𐬯𐬥𐬀) ialah istilah Avesta yang merujuk kepada ibadah utama agama Mazdayasna (Zoroastrianisme). Ia juga merupakan nama koleksi liturgi utama teks dalam bahasa Avesta, yang dibacakan semasa upacara yasna tersebut.

Gambaran keseluruhan sunting

Fungsi upacara yasna, disebutkan secara kasar adalah untuk mengukuhkan kekuatan rohani dan penciptaan material Ahura Mazda terhadap serangan kuasa pemusnah, Angra Mainyu. Ritual yasna, iaitu bacaan teks Yasna, memuncak dalam apæ zaothra, "persembahan kepada air." Ritual juga boleh dilanjutkan dengan bacaan teks Visperad dan Vendidad. Upacara yasna biasa, tanpa anjakan, mengambil masa kira-kira dua jam apabila teks dibacakan oleh pendeta yang berpengalaman.

Teks Yasna terdiri daripada 72 bab kesemuanya, dikarang pada masa yang berbeza oleh pengarang yang berbeza. Bab-bab pertengahan disebut sebagai teks tertua (secara linguistik) dalam kanun Mazdayasna. Teks-teks yang sangat kuno ini adalah dalam Bahasa Avesta Lama yang sangat kuno dan sukar dari segi kebahasaan. Ia mengandungi empat doa yang paling suci dalam agama Mazdayasna, dan juga 17 bab yang terdiri daripada lima Gatha, him (hymn) yang dianggap telah digubah oleh Zarathustra sendiri. Beberapa bahagian Yasna mengandungi ulasan takwilan (exegesis). Bab-bab yang terkandung dalam Yasna dan petunjuk ayat-ayat secara tradisinya disingkatkan dengan huruf Y.

Perkataan Avesta, yasna secara literal bermaksud 'persembahan' atau 'penyembahan'. Istilah itu secara linguistik dan fungsional adalah berkaitan dengan perkataan Bahasa Sanskrit Veda, yajna.

Upacara ritual sunting

Liturgi sunting

Edisi sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting