Dalam mitologi Hindu, Yasoda (Sanskrit: यशोदा; Yaśodā) adalah nama seorang gopi (pengembala wanita), isteri Nanda. Dia juga merupakan ibu tiri Krishna ketika Krishna masih kanak-kanak. Yasoda tinggal di Gokula, suatu komuniti pengembala lembu di India Selatan. Yasoda sangat rapat dengan Krishna dan sering muncul dalam kisah masa kecil Krishna di Gokula dan Vrindavana.

Yasoda (kiri) dan Krishna dalam lukisan karya Raja Ravi Varma.

Pada mulanya, Yasoda melahirkan seorang bayi perempuan yang lahir sama dengan Krishna, namun di tempat yang berbeza. Untuk menyelamatkan Krishna dari kejahatan Kamsa, bayi perempuan Yasoda ditukar dengan Krishna. Sejak itu, Krishna berada dalam asuhan Yasoda.

Lihat pula sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.