Yasser Arafat
Yasser Arafat, nama penuh Mohammed Abdel-Raouf Arafat bin Qudwa al-Hussaeini (24 Ogos 1929 - 11 November 2004) (Arab: ياسر عرفات), Presiden Palestin, Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan pemenang Hadiah Keamanan Nobel. Arafat dilahirkan sebagai Muhammed Yasser Abdel-Rahman bin Abdel-Raouf Arafat al-Qudwa al-Husseini di Kaherah, Mesir pada 24 Ogos 1929. Anak kepada seorang saudagar, Arafat mempunyai hubungan pertalian dengan keluarga Husseini, sebuah keluarga terkemuka di Baitulmaqdis, menerusi ibunya, Beliau dan isterinya, Suha, berumah tangga pada akhir tahun 80-an dan mereka mempunyai seorang anak perempuan, Zahwa.
ياسر عرفات Yasser Arafat (Yāsir `Arafāt) Kunya (Arab): Abu `Ammar ( ; 'Abū `Ammār) | |
---|---|
Presiden Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin yang Pertama | |
Dalam jawatan 5 Julai 1994 – 11 November 2004 | |
Perdana Menteri | Mahmud Abbas Ahmed Qurei |
Digantikan oleh | Rawhi Fattuh (interim) |
Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin yang Ketiga | |
Dalam jawatan 4 Februari 1969 – 29 Oktober 2004 | |
Didahului oleh | Yahya Hammuda |
Digantikan oleh | Mahmud Abbas |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mohammed Yasser Abdel Rahman Abdel Raouf Arafat al-Qudwa al-Husseini 24 Ogos 1929 Cairo, Mesir |
Meninggal dunia | 11 November 2004 Clamart, Paris, Perancis | (umur 75)
Kerakyatan | Rakyat Palestin |
Parti politik | Fatah |
Pasangan | Suha Arafat (1990–2004) |
Anak-anak | Zahwa Arafat (lahir 1995) |
Profesion | Jurutera awam |
Tandatangan |
Presiden Palestin Yasser Arafat telah menjadi simbol dan personifikasi perjalanan panjang perjuangan Palestin untuk merdeka di negeri sendiri. Sejak masa remaja, Yasser, nama panggilannya semasa kanak, sudah berjuang untuk bangsa dan negerinya. Berulangkali nyawanya terancam tapi ia tidak pernah surut melawan Israel yang menjajah negerinya. Bahkan terakhir, ia diancam usir paksa oleh Zionis Israel daripada markasnya di Baitulmaqdis. Tapi ia tak gentar.
Yasser Arafat dilahirkan pada 24 Ogos 1929 di Kaherah. Ayahnya seorang pedagang tekstil keturunan Palestin dan Mesir, ibunya berasal daripada keluarga Palestin di Baitulmaqdis. Ibunya mati ketika Yasser berumur lima tahun, lalu ia dikirim untuk tinggal bersama paman daripada pihak ibu di Baitulmaqdis, ibu kota Palestin.
Ia menceritakan sedikit sekali tentang masa kanak-kanaknya, tetapi salah satu kenangan yang tidak dilupakannya adalah ketika tentera Inggeris menyerbu masuk ke rumah pamannya lepas tengah malam, memukuli anggota keluarganya dan memporak-porandakan perabotan. Setelah empat tahun di Baitulmaqdis, ayahnya membawanya kembali ke Kaherah, di mana kakaknya yang lebih tua menjaganya dan saudara-saudara kandungnya. Arafat tidak pernah menyebut-nyebut ayahnya, yang tidak terlalu dekat dengan anak-anaknya. Arafat bahkan tidak menghadiri penguburan ayahnya pada tahun 1952.
Di Kairo, sebelum berumur 17 tahun, Arafat menyelundupkan senjata bagi warga Palestin untuk digunakan melawan Inggeris dan Yahudi. Usia 19 tahun, selama perang antara Yahudi dan negara-negara Arab, Arafat meninggalkan studinya di Universiti Faud (sekarang Universiti Kairo) untuk berjuang melawan Yahudi di daerah Gaza. Kekalahan negara Arab dan berdirinya negara Israel membuatnya putus asa lalu mengurus visa untuk belajar di Universiti Texas. Setelah semangatnya pulih dan keinginan untuk terus mengejar mimpinya akan tanah Palestin yang merdeka, ia kembali ke Universiti Faud mengambil jurusan kejuruteraan awam tetapi malah menghabiskan banyak waktunya sebagai pemimpin mahasiswa-mahasiswa Palestin.
Ia berhasil mengambil gelarnya tahun 1956, sempat bekerja di Mesir lalu ditempatkan kembali di Kuwait, pertama kali bekerja di departemen pekerjaan umum, lalu kemudian berhasil menjalankan usha sendiri, perusahaan kontraktor. Tapi ia menghabiskan sebagian waktu luangnya dalam kegiatan politik, di mana ia menggunakan sebahagian besar keuntungan ushanya untuk kepentingan perjuangannya itu.
Pada 1958, dia dan teman-temannya mendirikan Al-Fatah, jaringan rahsia gerakan bawah tanah, dimana pada 1959 mulai menerbitkan majalah yang menganjurkan perang melawan Israel dengan senjata. Akhir 1964, Arafat meninggalkan Kuwait untuk menjadi seorang revolusioner sepenuh waktu, mengorganisasikan serangan Fatah ke Israel dari Yordania.
Pada tahun yang sama pula, berdirilah Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), yang disponsori oleh Liga Arab, mengumpulkan semua kelompok agar bersatu membawa Palestin menjadi negara merdeka. Sikap Arab lebih bersifat kebijakan mendamaikan dibandingkan kebijakan Fatah, tetapi setelah kekalahan mereka melawan Israel tahun 1967 dalam perang selama enam hari, Fatah bangkit dari bawah tanah sebagai kelompok paling kuat dan terstruktur dengan baik dibandingkan kelompok-kelompok lainnya yang membentuk PLO.
Fatah mengambil alih organisasi itu pada 1969 ketika Arafat menjadi ketua komite eksekutif PLO. PLO tidak lagi menjadi organisasi boneka negara-negara Arab, yang menginginkan agar warga Palestin tetap diam, melainkan menjadi organisasi nasionalis independen yang berpusat di Yordania.
Arafat membangun PLO menjadi sebuah ‘negara’ yang memiliki kekuatan militer sendiri dalam negara Yordania. Raja Hussein dari Yordania, sangat terganggu dengan serangan-serangan gerilya dan metode kekerasan lainnya yang mereka lakukan terhadap Israel, hingga pada akhirnya ia memaksa PLO keluar dari negaranya. Arafat mencari jalan membangun organisasi yang sama di Lebanon, tetapi tersingkir oleh pendudukan militer Israel. Ia berjuang mempertahankan organisasi itu tetap hidup, dengan memindahkan markas besarnya ke Tunisia. Ia berulang kali bertahan hidup, lolos dari kecelakaan pesawat, lolos dari pencobaan pembunuhan oleh agen rahsia Israel, dan pulih dari penyakit stroke yang serius.
Hidupnya adalah perjalanan, berpindah dari negara yang satu ke negara yang lain untuk mempromosikan Palestin. Selalu menjaga agar gerakannya tetap bersifat rahsia, sama seperti yang dia lakukan terhadap kehidupan pribadinya. Bahkan pernikahannya dengan Suha Tawil, seorang perempuan Palestin yang berusia separuh dari usianya, tetap dirahsiakan selama lima belas bulan. Isterinya pada waktu itu sudah aktif dalam kegiatan sosial khususnya bagi anak-anak cacat di rumahnya, tetapi penampilannya yang mencolok dalam pertemuan di Oslo menjadi kejutan bagi banyak pemerhati Arafat. Sejak itu, putri mereka, Zahwa, yang diberi nama sesuai nama ibu Arafat, lahir.
Period setelah pengusiran dari Lebanon merupakan masa sulit bagi Arafat dan PLO. Lalu gerakan protes Intifadha mendorong Arafat untuk menarik perhatian dunia terhadap kesulitan yang dihadapi Palestin.
Pada 1988 terjadi perubahan kebijakan. Dalam pidatonya di PBB di Jenewa, Swiss, Arafat menyatakan bahwa PLO menolak aksi terorisme dan mendukung ‘hak semua kelompok yang bertikai di Timur Tengah untuk hidup damai dan aman, termasuk negara Palestin, Israel dan negara-negara tetangga”.
Prospek ke arah perjanjian damai dengan Israel mulai cerah. Setelah kemunduran akibat keputusan PLO mendukung Irak dalam Perang Teluk tahun 1991, proses perdamaian mulai serius dilakukan, dimulai dari Perjanjian Oslo tahun 1993. Perjanjian ini akhirnya membawa Arafat, Yitzak Rabin, dan Shimon Peres memperoleh penghargaan Nobel Perdamaian di tahun 1994.
Sebagai anggota gerila dan ketua pertubuhan Fatah, beliau dianggap sebagai pejuang kebebasan oleh penyokongnya tetapi sebagai pengganas oleh musuhnya.
Beliau meninggal dunia pada 11 November 2004, sewaktu berumur 75 tahun di hospital tentera Percy de Clamart di Perancis dan telah dikebumikan di Ramallah.
Kehidupan di Mesir
suntingDari 1952 ke 1956, Arafat menuntut di Universiti Kaherah dan lulus dengan ijazah dalam kejureteraan awam. Semasa di universiti, beliau telah menganggotai gerakan Ikhwan al Muslimin (Muslim Brotherhood) dan juga menjadi presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Palestin. Dikerahkan ke dalam tentera Mesir, Arafat telah mengambil bahagian dalam Perang Suez 1956. Setelahnya, beliau berpindah ke Kuwait untuk bekerja sebagai seorang jurutera. Pada akhir tahun 50-an, Arafat bersama beberapa orang rakannya mengasaskan kumpulan "Fatah", sebuah gerakan nasionalis Palestin yang kemudiannya muncul sebagai sebuah cabang terpenting dalam PLO. PLO ditubuhkan pada 1964, dan mendapat sokongan kuat daripada negara-negara seperti Syria, Lubnan, dan Mesir. PLO berhasrat untuk menjadi wakil utama rakyat Palestin (penduduk Arab yang tinggal di daerah yang dikenali sebagai Palestin sebelum tubuhnya negara Israel pada tahun 1948) dalam memeperjuangkan hak-hak mereka.
Kerjaya di PLO
suntingPada tahun 1967, Israel mengalahkan negara-negara Arab dalam pertelingkahan yang dikenali sebagai Perang Enam Hari (Six-Day War). Akibat peperangan tersebut, Israel berjaya menawan dua bahagian Palestin yang bersejarah: Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Ekoran kekalahan Arab, serpihan militan Fatah berjaya mengambil alih PLO. Pada tahun 1969 Arafat dilantik menjadi pengerusi majlis eksekutif PLO.
Kerjaya Arafat pada awal tahun sebagai ketua PLO dipenuhi dengan keganasan, bermula pada “September Hitam” tahun 1970, apabila Raja Hussein dari Jordan, yang pada masa itu tidak bersefahaman dengan PLO, memerintahkan tenteranya untuk bertindak ke atas gerila Palestin yang berada di kawasan sempadan antara Jordan dengan Israel. Lebih mengejutkan lagi adalah pembunuhan 11 orang atlet Israel sewaktu Sukan Olimpik Munich pada 1972 oleh pengganas Palestin (hal ini dinaggap konspirasi kerana berdasarkan siasatan terbaru, perisik Israel sendiri menjadi dalang dalam tragedi ini)
Secara beransur-ansur, Arafat mula mengamalkan jalan politik dan diplomatik untuk mencapai matlamat PLO dan meninggalkan tindakan ganas. Sewaktu Perang Yom Kippur pada Oktober 1973, ketika Mesir dan Syria cuba mendapatkan kembali tanah yang dirampas oleh Israel, Amerika Syarikat mula campur tangan untuk menarik pihak yang bertelagah untuk berbincang mencari penyelesaian bagi hak milik kawasan tersebut. Majlis Kebangsaan Palestin atau Palestine National Council (PNC), badan pemerintah PLO, mencari huraian bagi masalah petempatan tersebut, sekali gus mengangkat pembentukan kedaulatan Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Dengan sokongan daripada negara-negara Arab, pada November 1974, Arafat menjadi perwakilan pertama daripada agensi bukan kerajaan berucap dalam sidang pleno Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
"Saya datang mempertahankan dahan pokok zaitun dan senapang milik pejuang keamanan," antara kata-kata Arafat yang sangat popular. "Jangan sampai dahan tersebut terlepas daripada genggaman saya" Dengan tekanan daripada segolongan Palestin "tegar" hard-liners, Arafat berrpegang teguh pada penolakannya untuk mengiktiraf kewujudan Israel, dan seterusnya kerana itu beliau dianggap melanggar dua resolusi Majlis Keselamatan PBB. Pada tahun 1975, Amerika Syarikat menghentikan rundingannya dengan PLO.
Pada tahun 1977, Presiden Anwar Sadat dari Mesir memulakan ikhtiarnya sendiri dengan menganjurkan perjanjian perdamaiannya sendiri dengan Israel. Bersama Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter dan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin, Sadat menandatangani persefahaman Kem David pada tahun 1978, yang menjanjikan kuasa autonomi Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, tetapi tidak pernah dilaksanakan. Arafat dan Plo menentang persetujuan tersebut. Menganggap "autonomi" sebenarnya hanya menggalakkan perampasan oleh Israel, beliau berikutnya terus menjaja teori kebebasan dan kemerdekaan Palestin.
Pada awal 80-an, pengaruh Arafat merosot sementara kerana berlakunya perpecahan dalam pergerakan tersebut. Pada 1982, beliau dikritik teruk oleh Syiria dan puak berkiblatkan Syria dalam PLO kerana kelemahannya menangani pendudukan Israel di kawasan penuh konfllik di selatan Lebenon. Tentera Israel telah mengepung ibu pejabat PLO di Beirut dan memaksa arafat berpindah ke Tunisia. Ibu pejabat yang berpindah randah itu kemudiannya pada tahun 1987, berada di Baghdad, Iraq.
Apabila perpecahan dalam PLO berjaya dibaiki, Arafat kembali kepada usaha-usahanya untuk meningkatkan kerjasama dan persefahaman diplomatik. Pada 1985, Arafat dan raja Jordan, Raja Hussein meminta bantuan AS untuk mendapatkan persetujuan Israel tentang konfederasi antara entiti Jordan dan Palestin yang akan dibentuk di Tebing Barat dan Gaza. Malangnya, Raja Hussein menarik semula sokongannya dalam rancangan tersebut dan mendakwa PLO tidak mahu bertolak ansur dalam ha-hal tertentu termasuklah mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB.
Pada 1989, Arafat dipilih sebagai presiden "negara impian" Palestin oleh Majlis Pusat PNC. Empat tahun kemudian, beliau membawa PLO kepada perjanjian keamanan di Oslo, Norway, bersama kerajaan Israel, yang diwakili oleh perdana menterinya waktu itu Yitzhak Rabin. Ketetapan Oslo atau Oslo Accord merencanakan pelaksanaan pemerintahan sendiri Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza selama lima tahun. Menurut Deklarasi Utama atau Declaration of Principles, Israel harus mula berundur segera dari tempat-tempat yang didudukinya; dan sebagai imbalannya, PLO bersetuju untuk mematuhi resolusi PBB yang mengakui kewujudan Israel di samping menggalakkan keselamatan dan keamanan yang berpanjangan antara masyarakat Arab dan Yahudi di wilayah yang bergolak. Atas usaha-usaha besar ini, Arafat, Rabin, dan Shimon Peres (yang kemudiannya menjadi Menteri Luar Israel) dipilih secara bersama menerima Hadiah Nobel Keamanan 1994. Arafat kemudiannya dipilih menjadi presiden Pihak Berkuasa Palestin atau Palestinian Authority (PA) yang bertanggungjawab memerintah wilayah Palestin: Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Selepas pembunuhan Rabin oleh ekstrimis Yahudi pada 1996, Arafat terus berunding tentang pemerintahan sendiri Palestin dengan pengganti Rabin, Benjamin Netanyahu. Zaman bersama Netanyahu amat buruk buat Arafat dan Israel, kerana Netanyahu sengaja melambat-lambatkan usaha Palestin ke arah pemerintahan sendiri dan juga untuk melaksanakan prinsip Ketetapan Oslo; dan oleh itu, menyebabkan PLO juga mengabaikan langkah-langkah tertentu untuk menjamin keamanan, yang antaranya termasuklah menentang keganasan, mengharamkan pemilikan haram senjata api, mencegah propaganda anti-Yahudi, dan mengurangkan anggota polis Palestin. Pada awal 1997, Arafat dan Netanyahu menandatangani perjanjian Hebron, yang bermaksud Israel akan mengundurkan terteranya dari Hebron, bandar terakhir yang didudukinya di Tebing Barat. Sebagai balasannya, Arafat berjanji melaksanakan segala ketetapan yang dibuat di Oslo.
Beberapa bulan selepas pengunduran Israel dari Hebron, pihak Palestin dikatakan masih tidak mengotakan janji-janjinya. Pada musim luruh 1998, selepas 19 bulan berdiam diri, Presiden AS Bill Clinton kembali campur tangan, mengaturkan sidang kemuncak di Wye Plantation di Maryland. Menurut memorandum Wye River, Israel bersetuju untuk berundur dari 13 peratus lagi kawasan yang didudukinya di Tebing barat dan Gaza. Anggota PLO akhirnya mengundi, pada Disember 1998, untuk membubarkan salah satu daripada cabang PLO yang bertujuan untuk memusnahkan Israel sebagai sebahagian daripada usaha daripada pihak mereka. Langkah ini dianggap cukup besar ertinya ke arah mencapai keamanan yang diimpikan.
Pada 4 Mei, 1999 (selepas 5 tahun Ketetapan Oslo), Arafat berada dalam keadaan yang sesuai untuk membentuk sebuah negara Palestin merdeka, dengan atau tanpa persetujuan Israel. Tetapi saat yang dinanti-nantikan tidak muncul jua. Beberapa minggu selepas itu, rakyat Israel mengundi menyingkirkan Netanyahu dan memilih muka baru, Ehud Barak. Barak, dianggap anak buah tokoh politik Israel yang disayangi: Rabin, menandingi Netanyahu, yang memusihi Arab, dan dipercayai dan diharapkan dapat melakar langkah positif ke arah perdamaian yang abadi.
Pada 5 September, 1999, Arafat dan Barak menandatangani perjanjian keamanan, disaksikan oleh Setiausaha Negara AS Madeline Albright. Perjanjian tersebut menetapkan penyerahan sepenuhnya kawasan yang diduduki Israel kepada Palestin sehingga hal-hal yang meliputi pemerintahan Palestin baharu menjelang 13 September 2000. Kejayaan peralihan kuasa/kawasan ini bergantung sepenuhnya kepada isu sempadan yang cukup sensitif, apatah lagi soal Juruselam atau Baitulmaqdisyang direbutkan.
Beberapa bulan menjelang tarikh akhir, rundingan damai telah tertangguh, menjejaskan seluruh semangat ke arah penyelesaian konflik Arab-Israel. Sekali lagi, isu sempadan mendahi punca utama, status pelarian, yang paling sentimental, berkenaan status Baitulmaqdis yang mendari kota suci Islam, Yahudi, dan juga Kristian. Tidak mahu Israel meminta lebih banyak lalu membawa lebih banyak masalah, Arafat segera menegaskan hak milik Palestin keseluruhnya ke atas seluruh Tebing Barat dan Gaza, termasuklah Baitulmaqdis Timur yang didiami ramai etnik Arab dan juga kediaman kepada 175,000 orang pendatang Yahudi.
PLO asalnya mahu mengisytiharkan sebuah Palestin merdeka pada 13 September, walaupun tidak ada perjanjian damai dengan Israel yang menemui kejayaan. Pada sebelah pihak lain, Israel akan secara berterusan dan formal akan merampas beberapa bahagian Tebing Barat. Di bawah pemerhatian Presiden Clinton-dan seluruh dunia-episod rundingan damai di Kem David yang terhenti pada Julai 2000, meletakkan isu keamanan Asia Barat tergantung tanpa tali dan amat berbahaya jika didiamkan tanpa sebarang langkah susulan. Sama ada 13 September yang diimpikan akan muncul atau tidak atau pada tarikh lain), dengan rundingan yang sentiasa buntu, PLO akan terus menerima tekanan antarabangsa untuk meneruskan rundingan damai yang sukar ditemukan titik fokusnya.
Pengganti beliau kini harus memikirkan idea baru untuk memastikan impian Arafat, dan impian para penduduk Palestin, menjadi kenyataan.
Sakit dan meninggal dunia
suntingLaporan-laporan pertama dari rawatan terhadap Arafat oleh doktor-doktornya untuk apa jurucakapnya telah berkata sebagai 'flu' datang pada 25 Oktober, 2004 selepas beliau telah muntah semasa satu mesyuarat. Keadaannya semakin merosot dalam hari-hari berikutnya dan beliau tidak sedarkan diri selama 10 minit pada 27 Oktober. Berikutan lawatan daripada doktor-doktor lain, termasuklah sepasukan dari Tunisia, Jordan, dan Mesir, dan perjanjian oleh Israel tidak menghalangnya untuk kembali, Arafat telah dibawa pada 29 Oktober oleh satu jet kerajaan Perancis ke hospital ketenteraan Percy di Clamart, berdekatan Paris. Mengikut salah satu daripada doktornya, Arafat telah menderita daripada penyakit Idiopathic thrombocytopenic purpura (ITP), satu penyakit berkaitan immunologi dalam bilangan edaran platelet adalah luar biasa rendahnya[perlu rujukan]. Pada November 3 beliau jatuh dalam keadaan koma yang semakin mendalam. Dalam hari-hari penting, keadaan kesihatan sudah menjadi tajuk spekulasi, dengan anggapan bahawa beliu menderita daripada keracunan atau AIDS [1]. Pelbagai sumber membuat spekulasi bahawa Arafat telah berada dalam koma, dalam keadaan "vegetative state", atau mati. Pihak berkuasa Palestin dan doktor berkelahiran Jordan menyangkal dakwaan laporan bahawa Arafat telah mati otak dan bergantung kepada mesin sokongan.