Yayasan Amanah An-Nur Maisarah

Yayasan Amanah An-Nur Maisarah atau singkatannya YAAM adalah sebuah yayasan atau badan amanah berdaftar bukan kerajaan yang didaftarkan di Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (No. Pend.:PPAB-04/2006).[1] Matlamat utama yayasan ini ditubuhkan bagi menyediakan kemudahan asrama dan pendidikan kepada anak-anak yatim, fakir, miskin dan terlantar. [2]

Latar Belakang sunting

Yayasan Amanah An-Nur Maisarah (YAAM) mengendalikan sebuah Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Miskin di Batu 9, Jalan Ipoh-Chemor. Kawasan seluas lebih kurang 2 ekar tersebut menempatkan sebuah asrama, dewan makan, dewan serbaguna, perpustakaan mini, pejabat urusan, surau, bilik warden, stor barangan, bilik mandi dan tandas.

Pusat Relif Komuniti sunting

Di samping bimbingan dan pendidikan untuk anak-anak, Yayasan juga menyelia warga emas, fakir miskin dan ibu tunggal di kawasan kejiranan yang berhampiran dengan Pusat Jagaan. Pelbagai perkhidmatan bersifat kepedulian masyarakat berbentuk advokasi, konsultansi, bimbingan, pendidikan di samping menyalurkan bantuan makanan dan pakaian.

Senarai Pemegang Amanah sunting

Pentadbir dan Aktivis sunting

Dr.Fazillah binti Nordin adalah Pengerusi Pemegang Amanah merangkap Pengarah Yayasan dan dibantu oleh Ahmad Ansor Batubara sebagai Penolong Pengarah dan peguam yayasan

Pautan sunting

  1. Yayasan Amanah An-Nur Maisarah
  2. Facebook Yayasan Amanah An-Nur Maisarah

Rujukan sunting