Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia atau YaPEIM adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
يايسن ڤمباڠونن ايكونومي اسلام مليسيا
Jata Malaysia
Logo YaPEIM
Intisari agensi
Dibentuk13 Oktober 1976; 47 tahun yang lalu (1976-10-13)
JenisAgensi Kerajaan
Ibu pejabatNo 46E-1, Mentari Business Park, Jalan PJS 8/2, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
Menteri bertanggungjawab
  • Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi Kerajaan
Agensi induk
Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Laman sesawang
www.yapeim.my qaseh.yapeim.my

Penstrukturan Semula

sunting

Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancar semula pada 20 Julai 1984 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

YaPEIM ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah (LPA) melalui Surat Ikatan Amanah YaPEIM.

Visi, Misi & Tagline

sunting

Institusi unggul menerajui pembangunan sosioekonomi secara inklusif dan berkesan bagi kesejahteraan ummah.

Komited dalam usaha memperkasa ekonomi ummah dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik, efisien dan berintegriti

Tagline

sunting

Terus Melonjak Memacu Kejayaan

Objektif Teras

sunting

Menjadi sebuah Badan Pembangunan Ekonomi dan Sosial (Economic & Social Development Enterprise) yang cemerlang dalam aspek pembangunan ekonomi Islam, pendidikan dan pembangunan sosial, serta menjadikan YaPEIM sebagai rujukan di peringkat nasional mahupun global dalam tiga perkara tersebut melalui tata kelola yang baik, penuh tanggungjawab dan ketelusan.

Perkembangan Semasa

sunting

Pembiayaan Kemudahan Mikro Kredit (Ar-Rahnu) YaPEIM

sunting

Pada 30 Januari 1985, Mesyuarat Jemaah Menteri pada ketika itu telah bersetuju dan meluluskan pelaksanaan Rancangan Pajak Gadai Islam.

Bagi merealisasikan skim pajak gadai Islam, YaPEIM dan Bank Negara Malaysia telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu Skim pada tahun 1992.

YaPEIM merupakan peneraju dalam perkhidmatan Mikro Kredit Ar Rahnu negara sejak tahun 1993 melalui Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) dan bermula tahun 2000, perkhidmatan ini diterajui Koperasi YaPEIM Berhad, salah sebuah institusi di bawah kawalan YaPEIM.

Objektif utama perkhidmatan ini adalah untuk menyediakan kemudahan mikro kredit secara mudah, cepat dan amanah kepada masyarakat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk kegunaan sebagai modal perniagaan secara kecil-kecilan dan lain-lain aktiviti yang produktif bagi membangun sosio-ekonomi ummah melalui transaksi gadaian yang berlandaskan hukuk syarak.

Sehingga akhir 2023, hampir 950 ribu rakyat Malaysia telah menerima manfaat daripada perkhidmatan Mikro Kredit Ar Rahnu YaPEIM melalui 213 cawangan Ar-Rahnu YaPEIM di seluruh negara.

YaPEIM Gold

sunting

YaPEIM Gold Sdn Bhd (YGSB) yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM telah ditubuhkan pada 16 Disember 1997. YGSB mula menceburi industri perniagaan emas bermula tahun 2014 di bawah jenama YaPEIM Gold.

Premis perniagaan YaPEIM Gold yang pertama dilancarkan pada 26 Oktober 2015 oleh YAB Perdana Menteri ketika itu di Tingkat 3, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.

Dengan misi membantu umat Islam memiliki emas secara patuh syariah dan menerajui pembentukan konsortium peniaga emas muslim, sehingga akhir 2023, YaPEIM Gold telah berjaya menarik hampir 18 ribu pelanggan melalui 8 cawanganya di seluruh negara.

Portal Infak & Sedekah Inspirasi Qaseh

sunting

Sebagai salah sebuah yayasan perintis dalam aktiviti amal jariah di Malaysia, YaPEIM komited untuk terus mengorak langkah seiring dengan peredaran semasa, terutamanya dalam pendigitalan aktiviti kutipan sumbangan yang mudah dan selamat.

Portal Inspirasi Qaseh diwujudkan pada tahun 2021 ketika negara masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan Covid-19. Inisiatif ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memudahkan aktiviti kutipan sumbangan/sedekah/infak melalui platform atas talian bagi pelaksanaan aktiviti amal jariah melibatkan program sosio-ekonomi, kebajikan dan pendidikan YaPEIM.

Projek Transformasi Najjah 2023-2027

sunting

Pelan Transformasi dan Perubahan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dikenali sebagai Transformasi Najjah telah dilancarkan secara rasmi pada 5 Disember 2023 bertujuan mengembalikan hala tuju agensi itu terutama peranannya dalam ekosistem pembangunan ekonomi Islam. Transformasi Najjah yang membawa maksud "Kejayaan" merupakan pelan transformasi YaPEIM yang pertama kali dilancarkan sejak penubuhan agensi itu pada 1976.

Kerangka Transformasi Najjah ini dibuat dalam tempoh lima tahun, bermula tahun 2023 hingga 2027, selari dengan hala tuju strategik YaPEIM, merangkumi tiga teras utama, enam teras pelaksanaan, lapan strategi dan 46 inisiatif.

Tiga teras utama yang digariskan dalam Transformasi Najjah ini melibatkan penghayatan nilai amanah; model pembangunan, operasi dan tadbir urus yang padu dan mampan; dan rangka kerja perundangan yang teguh dan komprehensif.

Tiga teras utama ini juga selaras dengan kerangka dasar Madani yang di bawa Perdana Menteri Malaysia ketika ini, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim selain sebagai kesinambungan Pelan Transformasi Al-Falah, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) 2023-2027, yang dibangun untuk menjadikan agensi-agensi agama lebih efisien dan bergerak secara sinergi ke arah mencapai visi utama Membangun Malaysia Madani.

Pautan luar

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.