Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan bagi membantu meningkatkan kualiti pendidikan anak Sarawak. Yayasan Sarawak sering dikaitkan dengan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran.

Yayasan Sarawak
JenisBadan berkanun
Lokasi
  • Sarawak, Malaysia
Pengerusi
YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg
Laman sesawangYayasan Sarawak

SejarahSunting

Yayasan Sarawak telah ditubuhkan di bawah Ordinan Yayasan Sarawak sebagai Badan Berkanun Kerajaan Negeri pada 27 Mei 1971 di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub Ketua Menteri Sarawak pada masa itu.

Berbekalkan azam supaya rakyat Sarawak tidak harus ketinggalan dari sudut pelajaran, beliau telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Yayasan Sarawak.

Beliau telah menjadi Pengerusi Yayasan Sarawak yang pertama dan Yang Berbahagia Datuk Amar Abang Haji Yusuf Puteh Setiausaha Kerajaan Negeri pada ketika itu telah dilantik sebagai Setiausaha Yayasan Sarawak yang pertama.

VisiSunting

Untuk menjadi Yayasan bertaraf dunia dalam membangun modal insan yang berkualiti di Sarawak.

MisiSunting

Beriltizam untuk memacu pembangunan modal insan yang berkualiti untuk Sarawak melalui bantuan dan sokongan yang berkesan.

Objektif PenubuhanSunting

Yayasan Sarawak telah ditubuhkan atas 6 objektif utama iaitu:

  1. Memberikan biasiswa dan pinjaman atau menyediakan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk kepada sesiapa sahaja rakyat Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, untuk melanjutkan pendidikan di sekolah, maktab, universiti atau institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negeri, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga.
  2. Secara aktif menggalakkan peningkatan peluang-peluang pendidikan bagi rakyat negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, di dalam negara dan sebarang institusi pengajian tinggi di seluruh dunia tetapi mengutamakan universiti-universiti di dalam negara.
  3. Memberikan biasiswa dan bantuan kewangan lain dan berusaha mendapatkan penajaan seumpamanya dari badan-badan lain untuk rakyat Negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya apabila difikirkan wajar.
  4. Memberikan bantuan dan menyediakan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertimbangan Lembaga berada di dalam keadaan memerlukan bantuan atau kemudahan berkenaan.
  5. Menyediakan bantuan, sama ada secara pinjaman atau pemberian atau sebagainya kepada organisasi institusi yang ditubuhkan dan ditadbirkan untuk tujuan saintifik, perubatan, pendidikan, kebajikan, sosial atau kerja amal.
  6. Memberi sumbangan dan bantuan di dalam keadaan kecemasan atau malapetaka negara.

Aktiviti dan perkhidmatan utamaSunting

BIASISWASunting

  1. Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib
  2. Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)
  3. Biasiswa Perubatan Yayasan Sarawak
  4. Biasiswa Tempatan Yayasan Sarawak
  5. Skim Pendahuluan Pelajaran dan Teknikal

PEMBIAYAAN PENDIDIKANSunting

  1. Biasiswa Pinjaman Pelajaran Dalam Negara
  2. Pinjaman Pelajaran Luar Negara
  3. Biasiswa Pinjaman Latihan Teknikal
  4. Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Sarawak (HiED)

PROGRAM DAN BANTUANSunting

  1. Program Pertukaran Pelajar
  2. Program Pendidikan Komuniti
  3. Bantuan Pakaian Seragam Sekolah
  4. High Performing Rural Schools (HIPERS)
  5. Program Bantuan Bahan Bacaan
  6. Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak
  7. Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak (AKKMS)
  8. Program Kerjasama YS-JPNS

BAYARAN BALIK PINJAMANSunting

  1. Kaedah Pembayaran Balik Pinjaman
  2. Insentif Bayaran Balik

Pautan LuarSunting