Yayasan Warisan Johor

agensi berkanun di Johor, Malaysia

Yayasan Warisan Johor (YWJ) ditubuhkan bagi memelihara dan memperjuangkan warisan kerajaan negeri Johor. Warisan Sejarah, Seni dan Budaya Negeri Johor perlu dikembangkan dan diperjuangkan bagi membentuk jati diri bangsa yang bermaruah.[1]

Yayasan Warisan Johor

YWJ ini beralamat di JKR 293, Jalan Mariamah,80100 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim. Selama 20 tahun Yayasan Warisan Johor ditubuhkan, sebanyak 53 buah buku telah diterbitkan, terdiri daripada buku sejarah, budaya, politik, kesenian, biografi, novel dan puisi. Kerajaan negeri Johor melalui YWJ telah mengadakan Hadiah Sastera Darul Ta'zim setiap dua tahun sekali. Hadiah Sastera Darul Ta'zim yang diadakan pada 17 Julai 2009 merupakan kali ketujuh. Hadiah Sastera Darul Ta'zim diwujudkan sebagai penghargaan kepada para penulis Johor.

Pejuang bangsa sunting

Ramai pejuang bangsa dilahirkan di Johor seperti Dato' Abdul Rahman Andak, Dato' Onn Jaafar, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Sardon Jubir, Ibu Zain Sulaiman, Tan Sri Syed Jaafar Albar dan ramai lagi. Pada 2004, Akhbar Harakah dan KeadilanDaily melaporkan bahawa Yayasan Warisan Johor telah mengiktiraf Mat Indera sebagai seorang yang sebaris dengan almarhum Sultan Ismail dan kesemua pejuang kemerdekaan dari Johor.[2] Bagaimanapun Yayasan Warisan Johor sendiri menjelaskan dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa walaupun nama Mat Indera disenaraikan menerusi penulisan yang diterbitkan dalam buku bertajuk, Pengukir Nama Johor namun Mat Indera tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan negara. Kedua-dua penulisan berkaitan Mat Indera yang diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, Abu Bakar A Hamid dan Mad Ismail Zamzam, sebagai tafsiran dan penilaian oleh masyarakat.[3]

YWJ telah menulis 150 biografi dan diterbitkan dalam lima buku iaitu :

  1. Pejuang Terbilang Johor
  2. Tokoh Ternama Johor
  3. Pengukir Nama Johor
  4. Johor Mengabdikan Namamu
  5. Johor Mengenang Sumbangsihmu
  6. Pengemudi Bahtera Merdeka Johor.
  7. Fatimah Gadis Desa Srikandi Bangsa]
  • Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesatria Bangsa
  • Tan Sri Fatimah: Potret Seorang Pemimpin

Rujukan sunting